Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 26, 2013

Our Little Precious - The Breaking News


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Yes, I am pregnant. Alhamdulillah.


Penatnyer bermain dengan teka-teki :). It wasn't easy not to tell anybody padahal hati sangat eksaited. Terliuh gak tengok orang amek gambar perut la, itu la, ini la. Sometimes, it doesn't make sense to me. hahaha. Macam show off melampau plak. We trying so hard not to be over excited. Due to what we have been experience before, I decided to keep it a secret till the right time to tell the world. Wasn't easy for hubby also but he managed to shut his mouth. hehehe. Thanks sayang. Thanks sebab bersabar dengan karenah isterimu ini. Tapi ade gak mereka-mereka yang bijak bistari bleh teka yang aku preknen since parubahan-perubahan yang nyata. hikhikhik. Maaf, tiade niat pun nak berahsia but, I never denied :).
"Oh, ye. The other reason why I eager to keep it as a secret is just to give my respect to some people around me yang masih lagi gigih berusaha to conceive. Hurm. Ye. Aku pernah melalui sweet and sour hidup sebagai wanita. Kehilangan dan kegigihan, kemahuan, cemburu dan urgh! It's really tough. Being around TTCian members banyak menyedarkan aku, bukan aku sorang yang berase kehilangan. Dan ade mereka-mereka yang melalui dugaan lebih hebat dari aku. Aku salute mereka-mereka, rakan TTCian aku sebab they keep giving support to each other walaupun memasing pun belum beroleh sebarang hasil. Hebatnyer kuasa Allah, bagaimana ujian kecilNya mampu menyatukan hati ramai manusia sampai wujud satu komuniti yang saling memberi semangat camni. Time kasih pade my former skulmate, Ziela yang introduce aku kat TTC group. I never really do the BBT thing, hehehe.."
Selain tuh, aku memilih untuk berahsia sebab malas nak tengok sejenis orang yang akan susah hati sebab aku dah preknen. Bukan ape, khuatir perasaan tak baik timbul dan ade perbuatan-perbuatan yang tak baik jugak yang menyebabkan sesuatu yang tak diingini. Am I that paranoid? huh. Well, aku ni bukan la retis mahupun selebriti yang hidup penuh glamer tapi heran gak ade sejenis orang yang takleh nengok ape aku ade. Ape aku pakai. Ape aku beli. Ape-ape yang aku ade, mesti die nak ade. Sungguh rimas. Tak boleh ke awak corak hidup awak sendiri? Owh, adekah kerana cemburu? Alhamdulillah, hidup aku terlalu indah sampai ade yang nak tiru hidup aku. Eceh! Tapi ini sangat annoying yep. Urgh! Okay, takmo cite lagi.

Early pregnancy is not that hard but also not that easy. Alhamdulillah, I never experience the vomit-vomit thing. Loya-loya and pening-pening sket tu adelah tapi takdelah seteruk orang lain kot. Syukur. Tapi setat je preknen, aku jadi pemalas, ya ampun. I can even spend my whole weekend sleeping. Tu yang bile weekend dua hari tak cukup-cukup. hahaha. Teruk giler. Luckily, I still can cook, takde masalah ngan bau minyak bagai tapi sifat malas yang melampau mengatasi segalenyer. As a conclusion, kitorang kerap makan luar sebab bini malas nak masak. Sekian. hahaha.

Ohh, ye. Kalo sebelum ni I keep gaining weight, pregnancy cut it out! I'm loosing 2kg in first month pastu 4kg in a month after. Masuk 3 bulan, selera dah datang balik as usual. Fuuuhhh, naik plak mendadak! Takde selera makan in first two month is killing me, sebab aku risau akan orang didalam tuh. Tapi tekak ni buat hal. Ini sume symptom biasa je, doktor pun cakap okey. Aku je risau sangat.

Another breaking news is, I am 27 old now! Wewitttt. Hahaha. Most people, woman especially selalu takut dengan usia. Kenapa ek? Mesti dorang jarang dengar pepatah arab, "ajal maut ditangan Tuhan." heh. Atau takut dengan kedut-kedut dimuka? Aku plak, suke peningkatan usia. Many things happen and it brings me more good memories to be treasured. Aku jugak boleh nampak diri sendiri yang semakin matang dari hari sehari seiring peningkatan usia. Cewah. Eh. Tapi betul la. Alhamdulillah :)

"Terime kasih Allah for your guidence, all this years, all the test you have gave, it makes me a better and stronger person. Thank you for showing me the right way even when I am in the wrong side of the road. Thank you for the lovely people around me abah, mama and amazing siblings that I can't imagine live without them. Thank you for the love that remains between us after the breaking, you have wipe away the tears and replaced with smile. Thank you for sending me a good life-partner, a lovely husband and totally a good friend for life. A man that never giving up for me upside down. Thank you for the wonderful life, there are an obstacles but its still wonderful. Thank you for giving me a good friend to cheers and laugh with. Thank you Allah for all the miracle and blessing. Thank you for the rainbow after every rains :)"

p/s : Minta doakan yang baik-baik untuk kami ye :)

Love.Izrin

Monday, June 3, 2013

Dah Setengah Tahun ! !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum WBT.

OMG. OMG. It's already June lah! Dah setengah tahun rupenyer kite dalam dok diam tak diam ni kan? Ape yang aku dah buat selame nam bulan ni ek? Macam takde jek. Cis. Tak produktif langsung la tahun 2013 ni. Takde produk yang aku produce pun setakat nih. Aiceh. Penangan The Apprentice sangat kau! hahaha. Eh. Best tau tengok The Apprentice tu, rase encourage sangat, apetah lagi bile tengok care Tony Fernandez yang strict tuh. Best wei. Korang pun tengok la!

Alohhhhhh. Semester baru is coming back lah. Terus mood down. hahaha. Ngade kan. Punyer la pemalas nak belajar. Teruk perangai. Well, selamat datang ke semester terakhir. Yabedabedu. Dalam dok malas-malas ni, rupenyer aku dah nak grad dah. Tak sangke. Sobs. But, there are few things happen in my life, dan aku terpakse memilih untuk berehat dari belajar. So, i'm taking a semester break and will be back in 2014. So, tahun depan la aku grad. Walau ape pun, this is not a tough decision at all. Even though, some people might not agreed but this is whats the best for me. Suami aku pun setuju dengan kemahuan aku, he did support me. Alhamdulillah. Banggenyer belajar tanpe ade pinjaman pelajaran!! *belagak*. hahaha.

Last Sunday, alah, semalam je. Kitorang bercucuk tanam. Cewah, macam petani plak kan. Actually, beberape bulan lepas, aku ade beli pokok bunge. Pade mulenyer ia sungguh cantik, kembang berseri. Namun atas sebab kemalasan aku, pokok bunge tu terbiar. Bukan je bunge tak kuar lagi, malah dahan pun kering kontang. So, korang boleh la assume yang aku memang abaikan tanggungjawab aku ke atas pokok-pokok bunge aku kan. huhuhu. Semalam, kitorang dah buang sume pokok and dahan yang rosak, yang agak-agak kalo jirus air sebeldi pun tak mampu nak hidup balik. Sedih kau. Duit tuh, tapi duit laki aku la. hahaha. Dan, kitorang dah mule semai benih cili ngan tomato. Benih yang kitorang tabur dulu pun dah kuar dah daun die, sket hari lagi bleh la makan cili and tomato free. Eceh, berangan. Biji betik yang laki ite tabur kat pasu pun dah mule kuarkan daun, fuyooo. Aku plak yang teruje. Selame ni, tengok bunge je cantek, upenyer kalo tanam buah-buah or sayur-sayuran lagi baik. Hasilnyer bleh dimakan.

Pastu kan, laki kite suwit sangat. Die beli benih bunge matehari sebab tau bini die suke bunge matahari. Alololo. Tibe-tibe rase suami aku romantik plak. hahaha. Bestnyer bile habiskan mase weekend kat umah dengan aktiviti peluh-peluh camni. Selalu dok tido je pagi sampai petang. Tak syok. Now, setiap weekend dah tau dah nak buat ape. Selain memanjai pokok-pokok, kitorang dah kene setat kemas bilik. We need some space, well, i think we need a lot of space. Yang ni aktiviti yang paling payah skali sebab setiap kali nak buang barang mesti tibe-tibe timbul perasaan sayang kat barang tuh, walaupun selame ni barang tu dok kat stor jek. Time ni la tibe-tibe terfikir kebaikan setiap barang. Last-last, satu barang pun tak buang. Mencik.

Aktiviti yang maseh pending sampai sekarang adelah watching movies, Fast & Furious 6! Setiap kali nak pegi mesti full-booked. Tension sungguh! Even, nak tengok week days pun tak dapat. Best sangat ke citer nih? Nak beli pirate CD cam tak puas hati plak. Nak tengok wayang gak, tak kire!!

Ok la. Nak balik dah ni. Petang ni ade appointment dengan kakak misi kat Klinik atas bukit. hahaha. Will update more soon.

Psst. Kite tak sabar nak jumpe Ramadhan. Korang? =)

Love.Izrin

Tuesday, May 14, 2013

Welcoming Rejab!

Hola Holi Cikebum Cikebum! Cewah. Macam best plak tagline nih kan. Terase mude dan bertenage gituh. Ekekeke. Eh! Jap je dah bulan Rejab kan. Lepas ni bulan Sya'aban pastu Ramadhan pastu Syawal, dah setat kene calculate bajet raye dah nih. Hamboi! Citer pasal raye terus teruje..korang dah abes ganti pose ke belum? Haaa..cepat-cepat ganti pose oi!

Actually, Ramadhan adelah bulan yang sentiase aku nantikan. Aku suke suasana bulan Ramadhan, kalo korang pasan, malam sepanjang Ramadhan adelah malam yang paling tenang dan sayu. Ntah kenape. Mungkin jugak kerana limpahan macam-macam tawaran pahala dari Allah untuk kite sume, bulan mengejar syurga orang kate. Al maklumlah, dalam bulan Ramadhan, banyak gandaan pahale, tak gitu? Tapi jangan lupe akan kelebihan bulan Rejab ngan Sya'aban gak, yang dipetik dari hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, yang bermaksud;

"Rejab adalah bulan Allah SWT, Sya'aban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku"

Jelas dari hadith di atas yang ketige-tige bulan islam tersebut terkandung seribu satu pahala untuk kite kejar. Jadik, amek la kesempatan di atas keistimewaan yang dah terang-terang kite tau. kan? Kebiasaannyer, umat Islam akan berpuasa sunat dibulan Rejab. Bile di google banyak jugak fadhilat berpuasa dibulan Rejab nih, antarenye;

* Berpuasa sunat Rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosa yang lalu.
* Berpuasa sunat Rejab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai disyurga
* Berpuasa sunat Rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah di dalam syurga
* Berpuasa sunat Rejab 15 hari, diberikan pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun
* Berpuasa sunat Rejab 14 hari, diberikan pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun
* Berpuasa sunat Rejab 13 hari, diberikan pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun
* Berpuasa sunat Rajab 10 hari, diberikan sepasang sayap untuk terbang seperti kilat si atas titian Siratul-Mustaqim semasa hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 9 hari, diberikan kesempatan mengucap semasa keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke dalam neraka.
* Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 7 hari, akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada hari Kiamant
* Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikurniakan muka yang bercahaya semasa keluar dari kubur pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan dijauhkan dari azab kubur
* Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan dijauhkan bala bencana, penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 3 hari, akan dibinakan benteng yang akan menghalang dari memasuki neraka pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan digandakan pahala ibadahnya
* Berpuasa sunat Rejab 1 hari, akan diberikan pahala berpuasa seperti empat puluh tahun, diberikan nikmat minum air syurga dan diberikan pahala seperti mengerjakan ibadah sepanjang hidup

Amboi..ini baru ganjaran berpuasa, belum lagi pahala lain-lain ibadah yang kite buat sepanjang bulan Rejab ni. Tengok betapa Allah sayangkan kite, dicipta tige bulan istimewa untuk kite melipat gandakan pahala dan ibadah kite. Syukur pada Allah.

Ape lagi u olls, jum la tokok tambah ibadah kite! Hugs.

Love.Izrin

Tuesday, May 7, 2013

PRU-13

Hola holi cikebum cikebum! hehehe.
Habes sudah perang Pilihan Raya. Perang jerit. Perang saudara. Eh! Yang penting, Malaysian has voted. Menang atau kalah adat bertanding. Alhamdulillah, proses Pilihan Raya berlangsung dengan aman, rasenyer takde laporan cedera or mati mase mengundi kot..ke aku yang tak tau? Erm. Alhamdulillah, kat tempat mengundi yang aku jage takde perkara buruk berlaku. Orang Johor memang sopan. I loike!

Tahun ni adelah kali pertame aku ngundi, aku ngundi awal sebab aku kan petugas berjaye,hikhikhik.Dan kali pertame jugak aku volunter nak jadik kerani pengundian. Seksa woooo!! Ase nak mati keje, tak minum air, tak cukup rehat. Ceh, poyo kan. Kalo nak rehat takyah keje!

Nak gi keje pun tak bangun pagi kul 5.30pagi kot, tetibe hari Ahad kitorang laki bini bangun kul 5.30am. Beriye mandi dan bersiap. Eceh. Siap laki aku buat brekpes lagi. Baru berangan nak makan brekpes mekdi yang pat hengget tuh. Hurm.. Kuar umah awal, kul 6.40am dah kuar. Giler cepat. Kalo nak gi keje yang kene punch kad tuh, hegeh-hegeh 7.40am baru kuar umah! Sepanjang jalan aku tido-tido kambeng, sebab aku mabok nek kete..mabok yang mengade-ngade tuh.hehehe..Tau-tau je dah sampai dewan. Dan dah ramai petugas dan jugak ejen-ejen parti kat luar pagar dewan. Terus aku ase cuak!

Kaunter undi bukak dari kul 8pagi sampai kul 5petang, macam opis hour plak kan. Memule ingat cam sekejap je..Tapi, bekerja di hari Ahad tidak semudah disangke! Sebab aku ni plak jenis dah setting minda, Ahad adelah hari rehat,huhuhu. Mase macam tak bergerak weihh. Aku asik tengok jam tangan je..adoii! Dari kul 10am++ sampai ke pukul 3petang++ memang orang ramai nak mampos! Saluran aku plak ade 670 pengundi (tak sume datang undi), korang bayangkan lah! Naseb aku keje ngan sume lelaki-lelaki perkase, so aku dapat la keje ringan sket. Koyak kertas undi and jolok kertas undi dalam balang je. Tapi sebab dalam keadaan camni, duduk yang terlalu lame sangat menyakitkan tulang belakang!

Syukur dah kul 4petang, orang dah semakin kurang. Aku sempat tido jap kat meja, dengan ejen ade kat sebelah meja aku. Bongok tak? Mesti laki aku malu ngan sikap keanak-anak kan aku.hahaha. Lantak la. Ade orang yang aku perlu jage. Sian die penat! Dah ler sempat tido, bile dah nak kul 5petang tuh, aku la yang paling semangat. Tapi bile dari posisi duduk nak berdiri tuh, adoi..sakit giler segale urat sendi aku sume. Rase dah macam orang tua dah! Tapi kan bile mengenangkan balik memacam kerenah pengundi ni ade gak yang lawak. hahaha. Ade gak beberape kawan sekolah aku yang datang ngundi, cayalah korang! Tu sume pengalaman dan kenangan untuk aku. Ngeh3!

Ingat dah setel satu bab boleh la rilek-rilek. Boleh dok sambil lunjur kaki kat lantai. Tapi TIDAK! Kali ni adelah azab nak mengire undi depan bijik mate ejen plak! Ejen BN memang rileks habes (sebab die first time so tak reti nak betah kot) tapi ejen DAP, mak oii! Undi BN die tengok dengan sangat teliti, kalo ter lebih tande sket soh tolak. Wei, aku geram je. Sebab aku study buku SPR bagi aku undi tu boleh je diterime. Aku letak je kat bakul undi ragu! Ngok punyer ejen, tak bace buku ker? Ops! Tapi tanggungjawab tetap aku buat dengan penuh hemah. Aku wat muke manis je depan ejen. kihkihkih. Tapi nak kire and tunjuk kertas undi yang sebanyak 607 keping tu satu persatu memang sangat menyeksakan. Sampai saket tulang belakang aku. Kaki aku due kali krem wei sebab diri lame sangat! Sian tau. Naseb baik sekali kire je dah dapat jumlah yang betul. Kalo tak memang aku nanges la nak kire balik.

Dah setel sume, aku terus dok kat lantai melunjur kaki. Nikmatnyer!! Ase nak nanges kegembiraan jep sebab dapat duduk, huhuhu. Walau hati berdebar-debar nak tunggu keputusan PRu-13 tapi penat mengatasi segalenyer! Syukur sume berakhir dengan lancar. Takde rusuhan, cume saket tinge dengar orang perli-perli. Tapi takpe, kakak paham adik-adik beratur panjang. Kite balas dengan senyuman jelah. Ape kuase kitorang, dah ini konsep PRU yang orang Malaysian nak. Nak cat dakwat kekal la, nak tabung telus bleh nampak la. Banyak songeh! Bile kene beratur panjang, lame tau plak meroyan! hahaha. Walau ape pun, aku bangge tengok dak-dak mude kuar mengundi, tak kire la korang pangkah sape. At least di usia yang muda korang dah involve dengan pembentukan negara. Syabas!

Balik umah, sebab dah tak larat sangat nak gi makan. Kitorang drive thru mekdi je. Balik, makan dan terus membongkang tido! Takde nak nak tunggu keputusan PRU apetah la nak gi mandi. Tido la dengan bau badan yang tengik. Esoknyer, bangun kul 6pagi terus bukak pesbuk semak keputusan PRU! eheh. Informasi dihujung jari.

Haa..tu la kesah aku di hari Ahad, 5 Mei 2013. Pilihanraya Umum ke-13 yang penuh dengan kejutan! Tapi ini kisah aku, pengalaman aku. Yang manisnyer adelah bekerja sambil ditemani suami dan 'si-dia'. Ehem. Bile dorang berdue ade, ase semangat je. ekeke. Macam gatal plak kan. Tapi syukur sumenyer berjalan lancar. Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah! Ape citer PRu korang plak? =p

Love.Izrin

Wednesday, April 24, 2013

PIlih Dengan Bijak!

Assalamualaikum..
Ikon aku takleh upload plak, kene taip sendirik. Mencik.

Lagi berape hari je negara kite akan melalui hari yang sangat mendebarkan which is General Election. The excited part is I will be one of the pekerja bertauliah yang akan bekerja pada hari berkenaan. Wahhh. Ini pengalaman pertame tau. So, I didn't know what I should expected, teruja ke takut. Yang aku bleh pikir sekarang adelah TAKUT. Kot-kot la tengah keje tetibe ade penyokong parti ngamuk ke hape..adoiii!! Seriously, we have been promised for safety sebab ade polis yang berkawal tapi...aish..anything can happen. Rakyat Malaysia sekarang kan suke bertindak melulu!

Lagi satu, larat ke badan aku neh nak keje on weekend macam office hour?! Minda aku telah di setting bahawa Ahad adelah hari rehat sedunia. Matik!! Orang kate kalo keputusan diragui, dorang akan mintak kire balik undi. Waktu tu aku memang nanges la.hahaha. Luckily, aku akan bekerja same tempat ngan hubby. Walaupun takleh manje-manje tapi bleh la ngengade sket kan. kan. kan. Tapi awal-awal hubs dah cakap, hari kejadian die kene standby kat dewan lagi satu untuk pembahagian kotak undi kol 5 pagi..hua!! Apekah pengorbanan untuk negara sesengsara ini?? Tapi demi negara dan bangsa akan kugagahi jua. Eceh!

Throwback in 2008, mase aku bertugas untuk hari penamaan calon. Perasaan teruje tak terkate. Al-maklum, sebelum ni aku tak penah amek port hal negara *what? Jahatnyer kau!* padahal Pilihan Raya adelah element yang sangat penting dalam Malaysia since our country practice democracy parliament. Mase tu aku tak matang, budak-budak lagi la katekan, umur pun baru doploh due. Mane heran sangat bab ni, mase tu yang penting adelah duit claim OT! weehhuu. But, the experience I gain is really worth than one day claim OT tuh. Tengok orang-orang yang obses ngan pemimpin dorang adelah sesuatu yang sangat menakutkan. Yelah, aku tengok macam nak perang dah kat luar opis tuh. Padahal, calon-calon kat atas ni tengoh dok minum sambil borak-borak, gelak-gelak sesame dorang. Ape yang penyokong ni taksub sangat? Kat situ la baru dapat tengok betape kasarnya orang melayu berbahase padahal orang kite terkenal dengan budi bahasa yang tinggi. Tak malu ke dorang? Aku malu sebab aku melayu.

You olls sokong pemimpin atau sokong parti? Bile aku tanyer pade segelintir manusia, dorang akan buat muke heran. Helloooo..there is a huge difference tau dalam soklan aku tuh. Habeh, selame ni korang debate tu berhujah bute-bute je kew? Kadang kalo aku tanyer, korang sokong mane? "Ohh, aku sokong tttuuuutttt...". Kenape? "Yelah, sebab die kan parti ttuuutttt". "Hokey, maknenyer ko sokong parti la..kalo pemimpin haprak kat parti tttuuuuutttt pun ko tetap la sokong parti ttuuuuutttt". Die reply "ntah ek!". Okey.

Okay, I am not discriminate. Even if we have different opinion kite tetap Malaysian, tetap kawan tau tapi korang jadiklah pengundi yang bijak. Kalo selame sepenggal representative korang takde buat perubahan kat tempat korang, perlu ke bagi die lagi sepenggal? Penggal je kepale dorang! Sepenggal tu adelah lime tahun tau..jangke mase yang sangat panjang. At least one or two development pun dah bleh buat. Tak kire la die dari parti mane, kalo KPI dorang tak bagus, kite bagi la chance kat orang lain yang maybe other representative can bring some changes in your community. Development ke, schooling ke, welfare ke, facilities ke something that we need in our daily routine. And most important things is, representatives you olls will never ignores you. Datang time kempen je, pastu hilang. Kalo hilang keje jalan takpe, ni badan hilang, keje pun hilang same.

I can't say much on politic coz lain orang lain pandangan dan perspektif. Nanti orang kutuk I olls plak. hehehe. Aku pun tak la pandai sangat dalam hal-hal politik ni tapi pas amek DPA ni, aku makin faham apekah itu Politik. Lagipun, aku lebih memilih untuk menyokong pemimpin, bukan parti sebab dalam sebuah parti tak semua pemimpin bagus. Dalam barisan pembangkang pun, tak semua pemimpin dorang teruk. Ade jugak yang betul-betul perjuangkan naseb rakyat but you know, best team wins! Lagipun, bagus jugak ade pembangkang ni, kite boleh check and balance. Kadang ade bende yang kerajaan kite terlepas pandang, so si pembangkang ni pun isukan. Kalo tak kerajaan kite tak sedarkan hal yang sekecik-kecik zarah cam hal PTPTN kan? Eh! Tak pasal-pasal. Tapi secare logiknyer, bleh ke kerajaan baru nanti nak bagi pendidikan percume kat student dengan memansuhkan PTPTN? Well, I can't wait. Bleh la aku laki bini sambung degree together-gether. Kan abang? (^^)

Ape-ape pun, untuk pilihan raya kali ni, aku harap takde la insiden yang ntah hape-hape. Orang mati kene tetak ke hape. OMG! Please keep our election period clean! Aku nak balik umah, dapat tido atas katil pas jage undi nanti. Please ea korang? Please behave okay? Aku bertugas hari tu and seriously aku takut ni so korang jangan la buat hal ok? Ok. Tenkiu!

Ape pun, please be safe and jadik la pengundi yang bijak. Macam aku. hehehe.

Love.Izrin

Monday, April 8, 2013

Disturbia



Hai. Dah lamenye tak menaip entri. Rindu.
Padahal aku boleh je taip se-entri due namun sebab kunun-kunun sibuk ngan exam, gua terus ego tak hapdet belog. Terus belog usang lagi tak berpenghuni ni sunyi sepi. Bunyi cengkerik pun takde.

Penderitaan exam belum berakhir. 13hb nanti kertas yang terakhir Development Administration, PAD 390. Hari tu bukan men berturut lagi paper. Yang last ni jauh kemain. Azam aku untuk exam kali ni tak nak stress-stress. Tu yang jadiknyer aku kurang mentelaah. Sebab apebile aku mentelaah, aku akan lupe diri dan tak tido. Itu adelah sangat tidak sehat untuk diri aku yang sedang tidak berape nak sehat nih. Tapi aku sedar lepas exam je aku stress  sebab tak dapat jawab soklan pekse dengan baik. Nak recall case pun macam nak nangis! Balasan si pemalas.

Gambar waktu senja di pantai klebang yang aku amek tanpe edit dari phone yang kurang mahal.
Bile keindahan tu ciptaan Allah, takyah modal besar nak ubah jadi cantik kan?
So, who needs I Phone or Samsung?? (^^)

Tenangnyer tengok pantai ni klebang ni. Bukan saje aku bersame suami, malah kongsi gak pemandangan indah ngan keluarga. It's something yang aku dah lame nak buat. Dulu petang-petang abah rajin bawak aku gi men air kat Lido. Mase tu aku kecik lagi. Suke men campak-campak batu. Bile dah besar, baru aku tau knape abah selalu ajak aku gi Lido petang-petang. Sebab waktu matahari terbenam adelah waktu paling indah dan tenang. Bende yang aku tak pernah nak nikmati dulu. Waktu petang dengan abah. T_T

Banyak bende yang hati aku nak luahkan kat sini. Tapi benyak jugak yang menghalang. So, tunggu la waktu yang sesuai nanti. Bile tak perlu jage banyak sangat hati. Atau bile dah tak kire dan tulis ape aje!. Banyak hal yang berlaku dalam hidup aku sekarang ni. I have too much things in my mind. It really disturbing but ini hidup aku, aku yang kene lalui. Jalan hidup aku semak sekarang, aku kene tebas untuk jalan. Penat. Tapi kalo tak tebas semak camne aku nak teruskan perjalanan? Ini hidup. Takkan nak jangke sume bende baik-baik belake. Kan?

Sesungguhnya..aku berharap dengan berlarinyer masa, keadaan menjadi lebih baik. Insyaallah.


Love.Izrin

Thursday, March 14, 2013

Nak Baghi-tau Jek!


Hai. Minggu ni Johor penuh ngan acare gilang gemilang.
Yang merantau tu lekas-lekas la balik Johor!
Full schedule nih (^^)

Sesape yang nak carik keje. Haa. Moh ler reramai ke Pasir Gudang!




Pastu Hari Ahad, kite lepak kat Dataran Mahkota, Kota Iskandar plak.
Yang rajin, yok la jalan kaki 1KM!
Jangan lupe datang pakai baju PURPLE!!



The other weekend plak, kite support program earth hour!
Alah, bergelap sejam jek!
Save the Earth!



Wah. Best kan. kan. kan. Banyak giler program Johor bulan ni. Do enjoy all!

Love.Izrin