Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 23, 2014

Multi-tasking


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Adeh. Saketnyer badan. Sesejak dah ade anak ni rase kurang betul mase untuk diri sendiri. Mase untuk diri sendiri cume dalam bilik mandi je. Tu pun sekarang mandi dah koboi habes. hahaha. Kadang dalam bilik mandi nak berangan pun tak sempat. Dasyat tak? Dasyat tak? hahaha.

Sume orang macam aku ke or aku je yang tak reti nak manage time bile ngan anak? Or aku ni obses sangat sampai takleh nak tinggal anak? hahaha. Banyak pulok telahan kan. Sekarang Muhammad Zaim dah lasak, dah men golek golek, imagine die atas padang rumput kot. Ade sekali tu, suami aku sedar dari tido tengok Muhammad Zaim dah nak masuk bawah meja makan dah. hahaha. Adeh. Tu blum ngan mulut die pot pet pot pet lagi even men gusti gusti ngan bantal pelok die. Main sensorang je kot, bising giler mulut. 

Aku ngaku la, sejak ade Muhammad Zaim ni banyak bende yang aku tak sempat nak buat. BANYAK okeh, huhuhu. Kekadang tak sempat nak masak. Tak sempat nak tengok Running Man. Tak sempat nak buang air. huhuhu. Kekadang bukan tak sempat tapi lupe. Baru anak sorang kau, dah tak terurus diri sendiri. Cemane nak uruskan orang len? Blum part suami lagi. Naseb baik la suami aku ni jenis yang penyabar. Kalo tak, pengsan gak aku nak urus rumah tangge, 

Bile dah jadik ibu ni, banyak keje kene 'menyambil'. Faham kan? Buat banyak keje dalam satu mase. Haih. Naseb baik Allah ciptekan wanita ni keupayaan multi-tasking yang sangat baik. Sangat sangat. Contohnyer sekarang ni, mase mandi aku nyambil basuh baju Zaim. Sebab ikot cakap orang tua tua baju budak kene basuh tangan, jangan pulas mase perah la, hape bagai. So, aku basuh tangan je. Kalo tak larat, aku merengek la kat suami minta tolong basuhkan. hahaha. Lepas dah basuh baju tu, air balance basuh baju tadi, kan ade sabun kan, aku top up sket lagi sabun/floor cleaner then wat cuci bilik air plak. hahaha. Bijak kan? Bilik air kene sentiasa bersih sbb bilik tu paling penting. Banyak ilham dapat dalam tuh. hahaha.

Dan multi-tasking yang paling popular dalam hidup aku sekarang adelah, sambil tidokan Zaim, ibu die tido sekali. Yang ni aku paling suke! Maunyer tak suke kan. Ngeee! Tapi kekadang, Zaim dah bangun ibu die tak bangun bangun lagi. Teruk kan? hahaha. Part yang aku paling rase hampeh bile Zaim tido tapi mate plak tak ngantok, tapi bile aku dah start weng weng ngantok, Zaim plak dah terjage. Huaaa..Sabar jelah kan. Tapi kan, seriously, time anak korang tido ni takde maknenyer korang dapat tido gak. Time ni la korang nak buat itu, ini. Nak pam susu, nak masak, nak makan, nak gi toilet dan memacam la. Due jam tu rase macam tak cukup je nak buat macam macam. 

So, korang yang bakal jadik mak mak ni standby jelah menghadapi kepenatan 500%. hahaha. But, it's really worth it to enjoy every second with your little one. Bile lagi kan? Nanti die dah besar, dah tak nak dah digomol gomol. ekeke. Aku saje share pengalaman aku so korang bakal bakal mak tu bleh la prepare cemane nak urus mase bile dah ade anak nanti. Yang penting, anak dijage, suami pun tak terabai. Sekian.

Thanks for reading!

I have to admit yang Muhammad Zaim ni memang anak babah!
Takpe, yang penting, Zaim muke copy paste aku. kehkehkeh.


Love.Izrin

Tuesday, March 18, 2014

Slymrich Blueberry Fiber by EHPS Marketing

                                

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, hujan turun lebat di bumi Johor. Dah lame dah rumput kontang. Syukur!

Hari ni nak borak produk lagi. Haih. Produk lagi. hahaha. Bukan ape, orang kate bende baik mesti share. Aku ni sebab dah consume Superrich Puteri Vanilla dan dah nampak kesan yang positif terus yakin ngan rangkaian produk EHPS Marketing ni. Sebab utamenye aku yakin ialah penggunaan kandungan semulajadi dan halal. Bonus point lagi, produce by orang melayu kite :). Hah! Lengkap pakej kan? ngeee!

Hari ni aku nak borak pasal Slymrich Blueberry Fiber.

                                       
Ape yang best dengan produk ni? Selain dari rase blueberry yang sedap? Meh aku story sket kat sini.
Yang penting, bear in mind ini adelah produk pelansingan. So, ia dicipta khusus untuk awak-awak yang nak kuruskan badan in the same time nak consume produk with natural ingredient. Hah! Nah hamek! This is what you need! Dijamin penggunaan bahan semulajadi dan halal!

Ape yang ade dalam Slymrich ni? 
Fiber Oat, Fiber Gandum, Fiber Apple Hijau, Psyllium Husk, Daun Senna, L-Carnitine, Astaxanthin, Arga, Ekstrak Blurberry, Ekstrak Strawberry, Ekstrak Acai Berry, Ekstrak Maquiberry, Ekstrak Teh Hijau, Ekstrak Delima, Kurma, Kismis, Madu, Buah Tin, Goji, Ginko Biloba, Vitamin C dan Kolagen. 

Ape yang buat aku suke dengan kandungan produk ni adelah makanan kesukaan Nabi kite pun ade! Korang pun mesti dah sedia maklum akan khasiat kurma, madu dan kismis kan? Tambah plak dengan pelbagai jenis Fiber yang sememangnyer boleh mengenyangkan perot. Bagusnyer kalo dapat diet ikot care Rasulullah SAW, kan? :)

Ape yang best dengan produk ni?
- Mendapatkan berat badan yang ideal
- Membantu melancarkan usus dan melegakan masalah sembelit
- Membantu pembuangan toksin dan angin dalam badan
- Membantu masalah sukar tidue dan mengelakkan kemurungan
- Mengurangkan masalah gastrik
- Mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
- Membantu melicin dan mencantikkan struktur sel kulit
- Sesuai untuk penghidap diabetis dan darah tinggi
- Membekalkan vitamin A,C,D dan E
- Kaya dengan anti-oksidan

Bonus! Bonus! Selain dapat kurangkan berat badan, korang pun boleh dapat kulit yang cantik dengan produk Slymrich ni. Selain tu, dapat jugak melawan penyakit. Ni yang buat aku suke produk-produk EHPS ni, selalu bagi extra benefits kat produk die. Kire dapat pakej due dalam satu la kan. 

Harge produk ni pun tak la terlalu mahal kalo nak banding produk lain which is RM70 untuk Semenanjung Malaysia and RM75 untuk Sabah/Sarawak. Sekotak ade 15paket. Produk ni pun takde paksaan untuk consume hari-hari. Nak makan selang-selang pun boleh. Tapi kene ingat jugak, kesan sesuatu produk keatas individu adelah berbeza-beza. 

So, untuk awak-awak yang tengah cari produk untuk selim, masukkan la produk ni untuk pertimbangan korang yek. Insha Allah dijamin berkesan. Cume cepat atau lambat jek. Yang penting, buat ape pun kene istiqamah! :D

Kalo ade yang berminat or nak tanyer pape bleh la emel aku kat reen_rockchick@yahoo.com atau SMS/whatsApp 018-9039286 / 012-7637632. In Sha Allah aku jawab sume pertanyaan. Kalo nak tanyer-tanyer tapi tak nak beli pun boleh. Yang penting, bende baik kite share :)

Thank You for Reading!

Love.Izrin

Tuesday, March 11, 2014

Pray For MH370


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Allahu Akhbar. Satu dunia tengah mencari mane perginyer kapal terbang MH370.
Kalo nak ikotkan logik akal, tak mungkin kapal terbang sebesar tu boleh ghaib cemtu je, kan?
Nak kate terhempas, takde bukti. Nak kate dirampas, tiada tuntutan. Nak kate mendarat cemas, takde kesan. Kesian aku tengok keluarga-keluarga mangsa yang terlibat, persoalan yang takde jawapan. Kalo aku kat tempat dorang pun aku bingung! Kalo terhempas, kite tau yang mereka tak selamat. Kalo ditawan, kite tau mereka maseh hidup. Tapi, bile hilang tanpe kesan? huhuhu. Sadis.

So, korang kat yang luar sane. Jangan la memperlekehkan ape yang sedang terjadik. Bayangkan keluarga korang ade dalam kapal terbang tu. Ape perasaan korang? Ape pun, kite sesame la berdoa semoga pasukan penyelamat dipermudahkan dan menemui ape saje bukti atau petunjuk. Al-Fatiha.


Langit sudah bertukar kelabu
Kesedihan melanda terpahat di kalbu
Seluruh dunia menanti beritamu
Muncullah nanti seperti selalu

Andai tercalar tinggalkanlah petanda
Andai terguris tunjukkanlah di mana
Andai ada tunjukkanlah rupa
Tidak nanti kami tertanya

Sudah tertulis janji bersemi
Lautan biru bertukar merah
Ya Allah Ya Tuhan kami
KepadaMu kami berserah


Thank you for reading!

Love.Izrin

Thursday, March 6, 2014

Supplement Untuk Mak-Mak, Kakak-Kakak!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah. Muhammad Zaim dah pat bulan. Dah makin lasak. Makin ligat.
Kaki die selagi tak tido, selagi tu la bergerak jek. Geram!
Kalo nengok orang makan tu, dah pandai dah terliuh. Macam nak makan jugak jek. ceh. Tak sedar baru pat bulan betol la Zaim ni. hahaha.

Sekarang ni, Zaim asik nak ajak main je. Memang la seronok. Ajak main, gelak-gelak. Bebel-bebel mulutnyer. Best. Tapi kalo dah ajak main kul due, tige pagi. Huaaaa. Ibu jadik zombi la kat opis!! Zaim lain la, gi umah pengasuh bleh tido sampai tengahari. Tak aci tau Zaim ni. . Nanges!

Mase memule naik keje dari cuti bersalin, memang terase sangat penat. Plak tu, aku ni bersungguh sangat jadik ibu dan isteri. Kunun tak nak abaikan sesape. Kunun sume bende aku bleh buat la. Tu yang badan penat, mau tak, kederat digunekan lebh-lebih sangat. Kadang aku rase macam aku terlalu memakse diri sampai asik rase nak demam. Dah la tu, bile badan penat mule la mood pun swing. Asik nak marah je. Jage Zaim pepagi bute pun macam tak ikhlas sebab merungut dalam hati. hahaha.

Jadi, aku pun mencari inisiatif untuk memperbaiki prestasi diri. Selain dari nak cari extra tenaga, aku pun nak servis la komponen 'kewanitaan' aku. Nak jage keharmonian rumah tangge. kui kui kui. Orang kate lebih baik mengusehekan sesuatu sebelum terlambat. Ye tak? Ye tak? So, aku pun google la. Banyak gile produk kat pasaran ni yang khusus untuk suami dan isteri rupenyer. Aku tak penah tau pun *sebenarnyer tak penah nak amek tau pun*

Dalam banyak-banyak produk, ade la aku try satu produk ni. Aku ni memang la jenis yang takut nak mencube. Takut dengan side-effect la. Takut kene masuk spital. Kene operate buang tu, buang ni. Adoi. Belum pape aku dah pikir bukan-bukan. Tapi kali ni bulatkan je hati! Aku pilih produk yang berasaskan bahan-bahan semula jadi iaitu SUPERRICH PUTERI VANILA. Hasil anak jati Johor beb. Tapi bukan tu sebab aku pilih produk ni. Yang menjadi keutamaan aku adelah bahan-bahan semulajadi yang digunakan. Produk pun tak mahal. Meh aku highlight kan kat korang kebaikan produk ni.


AMALKAN MINUM SUPERRICH PUTERI VANILLA kerana Bahan-Bahan Gred AAA+A di dalamnya dapat mengatasi masalah-masalah kebiasaan bagi wanita.

EKSTRAK APRIKOT
============
Khasiat:
1.Membantu menstabilkan tekanan darah
2.Mengurangkan masalah sakit sendi.
3. Menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
4. Mengelakkan migrain.
5. Menstabilkan hormon
6. Membantu pengaturan tekanan darah

MANJAKANI
===========
1. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

2. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

3. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

EKSTRAK DELIMA
============
1. Menambah tenaga
2. Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah

KURMA
======
1. Mencegah lemah otot
2. Memulihkan sengal-sengal badan
3. Mencegah lesu
4. Memanaskan badan
5. Mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda
6. Membantu melicinkan perjalanan darah

EKSTRAK BIJI ANGGUR
==============
1. Melawan virus dan infeksi kuman
2. Membantu mencegah kanser prostat

MADU
======
1. Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
2. Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak.
3. Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
4. Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
5. Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan

EKSTRAK MANGGIS
============
1. Memberi tenaga)
2. Prevents inflammation
3. Mencegah sakit urat saraf
4. Mencegah kemurungan
5. Mencegah kegelisahan/panik/cemas)
6. Tingkat system pertahanan badan
7. Mengimbangi seluruh badan.

EKSTRAK TOMATO
============
1. agen pertahanan badan
2. mampu melawan penyakit athma
3. boleh membantu menghasilkan vitamin yang diperlukan oleh badan.

PUERARIA MIRIFICA
=============
1. mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal
2. merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim
3. merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur
4. menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)
5. menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi
6. menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
7. mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
8. membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah Menopos dan osteophorosis
9. menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh

EKSTRAK DURIAN BELANDA
=================
1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
3) Tenaga meningkat dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
4) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser: Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-paru, dan Pankreas.
5) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
7) Sari buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan tidak membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

PROTEIN SOYA
==========
1. Membekalkan protein yang membentuk pelbagai sel baru.
2. Mempunyai vitamin B6, dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.
3. Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik
4. Menghasilkan asid folik yang bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.
5. Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.
6. Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon
7. Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.
8. Salah satu sumber kalsium yang diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.

HABBATUSSAUDA
===========
1.Memperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)
2.Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
3.Anti alergi dan anti bakteria
4.Anti radang (mengubati pelbagai macam radang)
5.Mengatasi kemurungan dan keletihan
6.Anti Oksidan dan anti penuaan
7.Menormalkan kadar kolesterol dalam darah
8.Anti sakit (analgesia)
9.Merawat sakit kepala (migrain)
10.Ia akan melancarkan perjalanan darah, mengatasi senggugut dan memberi tenaga bagi wanita yang sedang haid.

EKSTRAK MAQUIBERRY
==============
1. Mengandungi antioksidan yang tertinggi diseluruh dunia
2. Meningkatkan kekuatan dan daya tahanan
3. Meneutralkan radikal bebas
4. Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium yang bagus
5. Menambahkan paras tenaga
6. Aktiviti anti radang
7. Meningkatkan kekuatan dan imunisasi badan

KOLAGEN IKAN LAUT DALAM
==================
Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
Anti-bakteria, membuang TOKSIN
Menghilangkan SEMBELIT
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
Membantu meningkatkan METABOLISME
Meningkatkan fungsi stomatch
Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya

Kalo korang google pasal Superrich Puteri Vanila ni memang la korang akan terliuh dengan testimoni-testimoni orang yang dah consume produk ni. Tapi jangan mudah tergode! hahaha. Cube sendiri baru tau kesannye! Cewah. Aku pun nak wat testimoni buley tak? buley tak? *ngade*

Seminggu lepas aku consume SPV ni, aku perasan yang aku tak lagi letih akibat berjage malam. Serius! Serius sangat. Malah, aku okay je main-main ngan Zaim dari kul 2pagi sampai la aku bobok kan Zaim tido dekat kul 5pagi. Pagi tu bangun nak gi keje lagi. Memang badan terase ringan dan bertenaga. Selain tu, masalah keputihan aku pun dah macam takde jek. Pastu kulit muke terase bersih dan kurang berminyak. Alhamdulillah. Yang bestnyer produk ni selamat untuk kite-kite yang menyusu dan halal lagi :). Harap boleh la tambah susu badan kan. Haa. Lagi satu, harge produk ni pun tak la mahal sangat. I kotak = RM69.00 je. Dalam die ade 15paket. Korang boleh pilih nak consume hari-hari or selang-selang. Sebab lain orang, lain kesannyer. Ade yang cepat, ade yang lambat :)

Produk ni ade banyak lagi khasiat tapi kalo nak explain dalam satu entry mahu berjela gak ni. Nanti aku update lagi pasal produk ni okay :). Pastu ade gak produk untuk abe-abe and adik-adik manis yang mahu selim. Will update to you soon k.

Kalo ade sesape yang berminat nak try produk ni, or nak tanyer2 dengan lebih lanjut. Boleh la emel aku reen_rockchick@yahoo.com atau kalo nak cepat boleh la text me. SMS ONLY. SMS to 018-9039286. Yang member-member bleh la whatsapp aku. Segala pertanyaan, In Sha Allah akan dijawab dan dilayan except for personal issue (^^)v

Thank you for reading!

Love.Izrin

Wednesday, February 26, 2014

Breastfeeding VS Formula Milk


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah untuk hari yang indah ni. Lagi-lagi dapat sarapan mee bandung! Burp. Alhamdulillah :)


Breastfeeding VS Formula Milk.
Aih. Unfortunately, Muhammad Zaim tak dapat exclusive breastfeed! Tapi syukur Alhamdulillah, sampai ke hari ni aku maseh giat mem'produce' susu badan :). Dan, aku maseh lagi gigih mencube pelbagai ikhtiar memperbanyakkan susu badan. In sha Allah.

Actually, aku tak penah pikir pun yang aku tak mampu nak breastfeed kan Zaim, some more due to my breast infrastructure. heh. So, memang kitorang tak beli pun breast pump bagai, sebab dalam kepale otak aku memang aku nak Zaim dapat direct breastfeed dari aku. Naseb baik kak long ade extra breast pump, die la yang sedekah breast pump kat aku, huhuhu. Sungguh la sedih bile tak dapat nak breastfeedkan Zaim, Allah je yang tahu. Lagi plak, bile orang asik nak salahkan kite bile anak kite nangis kelaparan sebab tak cukup susu. Ase bersalah bergande-gande. Nikmatnyer bile tengok kakak aku nyusukan anak die setiap kali. Tapi tu la, rezeki Allah bagi kat setiap umatnyer, lain-lain. Yang penting, kite kene usaha dan tawakal!

I was over expected that everyone around me will support me in whatever situation I am facing with but unfortunately, vice versa. Sedih. Dalam pantang, depression is a big thing. Tak bleh biar orang dalam pantang depress sebab dorang mudah diserang angin meroyan. Kite yang berpantang ni pun kene la cube control diri dan perasaan. If you feels like crying then go on crying. Jangan tahan perasaan sebab ia akan memudaratkan. Trust me. More over, orang berpantang tak bleh sembahyang. Kite dalam keadaan kotor dan bende2 ''itu'' mudah je nak bisik2 kat telinge kite. What I can advise you all is, banyakkan beristigfar. Sentiasa la berzikir sebab itu je yang bleh menjadi pendiding kite.

After having so much depression, dengan orang sekeliling, dengan Zaim yang kene jaundice lagi so aku mintak pendapat dan keizinan suami untuk start bagi Zaim formula milk. Yelah, ibu mane yang sampai hati tengok anak kelaparan, tido pun dalam kelaparan. huhuhu. Ibu mintak maaf ye Zaim, maybe one day you will read this dan maafkan ibu sebab tak fully breastfeed you. Pastu mintak gak pendapat pakcik google. Bace cite-cite orang, pendapat-pendapat orang. Rupenyer, ramai lagi ibu yang tak dapat nak breastfeedkan anak die, bukan aku sorang. Ade yang lebih teruk, tak dapat langsung produce susu. So, ini semua rezeki Allah. Orang kate nak bagi baby susu formula kene try dari produk yang paling murah. So, aku decide untuk cube susu Lactogen.

Takut, Risau.
Nak bagi susu formula untuk kali pertame bukan mudah sebab aku seolah-olah mempertaruhkan nyawa Zaim. Yang paling aku risaukan adelah allergi susu. Paling takut! Tapi alhamdulillah, zaim sesuai dengan Lactogen. Tengok Zaim poo-poo pun ok. Warne cantek. Lepas tu, jaundice pun kurang. Syukur! Sampai sekarang pun Zaim consume Lactogen, dan berat badan Zaim pun bleh tahan. Timbang 3bulan ritu berat Zaim dah 6.6kg. Memang jadik bantal peluk ibu ngan babah je Zaim nih :)

Tapi korang jangan plak ingat aku okay je ngan keadaan sekarang sampai tak bagi Zaim susu badan. Walaupun Zaim ok ngan susu formula, aku still cube memperbanyakkan susu badan. Kalo pump dapat sket tu, sket tu la aku bagi kat Zaim. Tak kire! hahaha. Alhamdulillah, suami sentiasa support aku. Die gak yang belikan aku set penyusuan Shaklee, alhamdulillah susu sentiasa ade walaupun sket. Ape pun rezeki yang Allah bagi kite kene syukur walaupun sket. Yang penting korang kene sentiasa pantau shi-shi ngan poo-poo die sebab dari situ bleh tau anak korang serasi dengan susu atau tak.

Ohh, ini kelakar. Bile korang jadik mak, korang akan spend paling kurang 2minit untuk belek poo-poo anak korang. hahaha. Ini fakta tau!

Aku buat entry ni sebab nak support korang-korang yang ade masalah cam aku jugak. Aku faham perasaan kecewe tu. Memule aku down jugak sebab kekangan menyusukan anak tapi somehow kite kene redha lepas dah puas berusaha. Tapi jangan penah berhenti berusaha. Kene pecaya Allah sentiasa ada. Mane tau, after a while trying, Allah nak bagi susu melimpah ruah?? Amin!

Thank you for reading!

Love.Izrin

Wednesday, February 19, 2014

Long Hiatus..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Rindunyer dengan belog!

Oh ye. Alhamdulillah. I am a mum to a young caliph, Muhammad Zaim bin Khairul Anuar.
Muhammad Zaim selamat dilahirkan 3November2013. Alhamdulillah, dah 3bulan and dah pandai meniarap pun. huhuhu. Nampak sangat lame tak hapdet belog. Kan?

Muhammad Zaim mase dalam hari.

Alhamdulillah. Urusan bersalin sume dipermudahkan. Ape yang dihajati sume diperkenankan. Syukur sesangat, mudah nak melahirkan Muhammad Zaim ni :).

Will continue writing soon. Carik banyak mase nak tulis banyak cite. Okay!
Thank you for reading.

Love.Izrin

Thursday, October 31, 2013

Our Little Precious - Counting Days !


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah. Baby and I now in 39 weeks. Syukur. Yep, kami tengah menunggu hari :)
People keep asking me my due date, but I always answer randomness. Tak penah jawab bebetoi pun. Bukan kedekut or berahsie ke hape, I think I shall let baby decided bile die nak kuar kot. Due date is just an estimation dari doktor, Maha Kuasa Allah yang menentukan segalanya. Tu, dah gitau 39weeks tu, korang dah bleh agak dah due date aku kan? :)

Since next week aku dah ready-ready nak bersalin, so this might be my last entry. Mane la tau kan. Kot-kot nanti ade yang rindu. Eceh. Inshaa Allah, pas bersalin dan berpantang bagai sume bleh la mule menaip balik. Sekarang ni pun banyak sangat pending entry. Dah kering idea la. Ade topik tapi entry dapat se-perenggan je, tak kan nak establish gak! huh.

Alhamdulillah, I had an amazing 39weeks. Perhaps, everybody experience the same sweetness too, kan? I am so glad that I was not gifted with sickness, bad and nonsense craving-ness and other difficulties. Syukur sesangat. Tapi korang-korang yang dianugerahkan sume-sume to must be strong enough after all those annoying thingy. Aku memang salute la ngan korang! huhuhu. Aku ni dah masuk 9bulan baru la rase pelik-pelik sket. Demam la, cirit-birit la, sembelit la tapi tu sume common thing for pregnant lady. Ngadu ngan doktor pun, doktor takleh wat ape. So, just deal with it. Kesimpulannya, aku enjoy sepanjang 39weeks ni. Dengan baby yang tersangat aktif kat dalam nih, bleh bayangkan memacam kerenah die bile dah kuar nanti. heh. Puas dah tenung perut gerak kiri, kanan, berombak, senget sume la. hahaha. Tinggal nak tenung baby je plak pasni.

Preparation tuk baby so far Alhamdulillah, dah setel kot. Kot? hahaha. Aku mane tau sangat ape nak beli, just tanye-tanye orang gitu. Nanti kalo baby dah kuar baru pasan kot ade yang tertinggal. hahaha. But, setakat ni aku rase sume dah ade. Kitorang pun tak la over-spend sangat untuk barang-barang baby. Beli mane yang perlu je dulu. Carik barang pun yang affordable price. Lagipun, nanti kan korang datang melawat mesti bawak hadiah kan? hahaha. We have to think out of the box, nanti-nanti banyak lagi keperluan lain yang nak disediakan yang memerlukan duit. So, takmo habeskan duit sekarang.

Alololo. chhhoooommmmeeeellll-nyerrrrrr!
Nanti nak amek gambo cemni la jugak :p

Takut dan neves but in the same time mesti la eksaited. That's my answer everytime orang tanye. Camne tak neves, ini kan pertame kali. I really don't know what to expect. Sakit nak bersalin camne, tande-tande nak bersalin camne. Banyak la. Sempat tak nak gi spital. Is it the road clear without traficking on that day. hahaha. Kadang-kadang otak ni pikir ntah hape-hape je. Tapi aku doa-doa sumenyer berjalan lancar. Kalo nak ade story the making of.... pun biar la that story will makes us laugh everytime we flashed back. ngeee. Bleh gitu?

Ohh, ye. Orang maseh curios for my baby gender. Jeng Jeng Jeng! hahaha. Ala, nanti kuar mesti korang akan tau gak, time tu kompom dah laki ke pompuan. Sekarang ni kalo aku cakap sekali tetibe kuar len, hah? Camne. Ni kan rezeki Allah, mesin scan tu buatan manusia je, sesungguhnyer Allah yang lebih mengetahui. Ape pun gender baby, kami terime dengan penuh syukur. Aku pun takde doa nak anak laki ke pompuan, aku doa nak anak ramai je. hehehe. Amin! Amin! Amin! =D Jadik, mari tunggu dengan penuh kesabaran k.

Hurm. Penantian memang penuh penyiksaan. Sekarang aku paham kenape kawan aku dulu nenanges bile dah dekat due tapi tak bersalin lagi. huuuaaa. Lelagi bile kenkawan yang due dekat-dekat ngan kite sume selamat bersalin dah. Adeh. Cume aku tak nanges la, risau sket je. Aku takut bile aku nanges, baby turut stress. Baby takmo stress tau, ibu tetap tunggu baby ye tapi baby takmo kuar lambat-lambat sangat tau. Baby tak nak jumpe ibu ke? :). Aku penah bace info baby yang dok dalam perot sampai 40weeks ni memang 100% sehat, kire badan die memang dah betol-betol ready nak adapt ngan dunia luar perut. If that so, I am so glad that my baby is a healthy baby! Yea!

Ok la. Tak tau dah nak tulis ape. I wish I still got a chance to write my journey here. inshaa Allah. To all my family and friends, please pray for me. Semoga Allah permudahkan sume urusan kite. Andai usia tak panjang, mohon ampun dan halalkan segala makan minum serta keterlanjuran tutur kate ye. I am glad to have you guys around all this while in my life. Ape yang lebih berharge daripade family? Walau dicincang mane pun tak akan pernah putus! To my husband, mysoulmate, thank you for everything. I love you so much.

To my tiny little baby inside, best sangat ke dok dalam perot ibu? Meh kuar jumpe ibu meh! Meh! Ibu dah beli cekedis ni. Ngee. Walaupun kite blum jumpe, we know we will love you so much, my little precious.

Till next entry. Thank you for reading!

ExpectingMummy.Izrin