Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 11, 2013

Our Little Precious - Boy ke Girl?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah. Bebaru ni ramai kenkawan aku dah selamat bersalin. Tahniah korang! Tengok korang post gambo baby cecomel kat news feed tu geram plak. hahaha. Ape-ape pun selamat menjalani hari-hari berpantang larang, huhuhu. Kekdahnyer, time pantang ni la time paling mencabar dugaan serta hawa nafsu. Time ni la terase nak makan memacam. Orang kate la. Aku tak tau. Nanti aku dah experience, aku share k.


Sekarang ni, ramai dah yang berteka-teki, teka-tekuk jantina anak aku. Time ni memasing dah jadik macam tukang tilik dah aku tengok, pegang perut pastu tenung lelame. Scary ahh muke korang menilik anak aku. hahaha.
Orang selalu tanyer, " Baby ape? ".
Aku jawab, " Rahsie ".
Nanti orang cerdik siket mesti jawab balik, " Eh, tak scan ke? Sekarang kan dah ade scan 4D. Dah boleh tengok tau jantina. Muke pun dah bleh nampak.. Bukan mahal sangat pun. Pegi la scan..! "
Aku yang lebih cerdik pun jawab, " Ohh, kite dah tau jantina baby. Cume tak nak gitau awak. . " kikiki. Even, Famili aku pun tak tau sebab aku nak dorang teka. Hah. Cube teka! :p

Ade orang kate aku ni perahsia sangat. Macam mama. hahaha. Keturunan kitorang bukan perahsia tapi low profile. There are some part of our life should be kept for our own sweet moment. Kalo sume orang tau, tak best la. Bukan la nak berahsie sangat pun :). Simpan sket untuk detik-detik peribadi. Nanti kalo dah tau jantina korang nak tau name la plak. kan? Jadik, nanti tau sekaligus kan senang.

For your info, dengan kemajuan technology sekarang ni korang dah bleh tau jantina baby seawal 4 bulan tau. If your baby willing to let you know la. Eh. Yelah, baby pun malu jugak kite sebok skodeng-skodeng die punyer tuh..hehehe. Tapi, pape pun gender baby, kami terime seadanya. Tu kan rezeki memasing. Aku pun takde doa nak anak pompuan atau lelaki, yang penting sehat dan selamat :)

Ade la beberape blog yang aku bace yang share a few assumption sama ada kite ngandung baby girl atau boy. Takmo pecaye 100% tau. Ni aku cume share jek.

Tanda Anda Akan Mendapat Baby Boy.
- Tiada morning sickness yang berlebihan.
- Degupan jantung bayi tidak melebihi 140denyut/seminit.
- Merasakan berat dibahagian perut, tidak dibahagian tubuh.
- Perut kelihatan bulat sempurna.
- Bahagian aerola menjadi lebih gelap.
- Bentuk perut condong ke arah bawah.
- Suka makan yang masam & masin.
- Suka makan daging dan keju.
- Tapak kaki selalu berasa sejuk.
- Tangan selalu kekeringan.
- Suka menghadap wajah ke utara ketika tidur.
- Bukan hanya anda, malah suami juga bertambah berat badan.
- Muka kelihatan lebih berseri.
- Hidung lebih jambu.
- Kerap mengalami sakit kepala.

Tanda Anda Akan Mendapat Baby Girl
- Mengalami morning sickness yang berlebihan di awal kehamilan.
- Merasa berat badan di bahagian tubuh.
- Payudara kiri lebih besar daripada kanan.
- Rambut lebih keperangan daripada sebelumnya.
- Bentuk perut condong ke arah atas.
- Perut agak lonjong.
- Mengidam makanan yang manis.
- Suka makan buah-buahan.
- Suka minum air buah-buahan yang masam-masam.
- Jadik lebih cerewet.
- Lebih mudah moody berbanding sebelumnya.
- Kulit wajah bermasalah berbanding sebelumnya.
- Tidak suka makan roti dengan kulit.
- Payudara kelihatan mengembang.
- Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur.

Aku pun tak sure, tanda-tanda macam ade kat both gender jek. Ceh. Takleh pecaye ni. hehehe. Mommy to be yang mane kot-kot nak tilik gender baby korang tuh sebelum gi scan, try la tengok-tengok. Kot-kot dapat gambaran awal ke. hehehehe. Good Luck!

Jumpe lain entry.

Love.Izrin

No comments:

Post a Comment