Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 26, 2014

Breastfeeding VS Formula Milk


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah untuk hari yang indah ni. Lagi-lagi dapat sarapan mee bandung! Burp. Alhamdulillah :)


Breastfeeding VS Formula Milk.
Aih. Unfortunately, Muhammad Zaim tak dapat exclusive breastfeed! Tapi syukur Alhamdulillah, sampai ke hari ni aku maseh giat mem'produce' susu badan :). Dan, aku maseh lagi gigih mencube pelbagai ikhtiar memperbanyakkan susu badan. In sha Allah.

Actually, aku tak penah pikir pun yang aku tak mampu nak breastfeed kan Zaim, some more due to my breast infrastructure. heh. So, memang kitorang tak beli pun breast pump bagai, sebab dalam kepale otak aku memang aku nak Zaim dapat direct breastfeed dari aku. Naseb baik kak long ade extra breast pump, die la yang sedekah breast pump kat aku, huhuhu. Sungguh la sedih bile tak dapat nak breastfeedkan Zaim, Allah je yang tahu. Lagi plak, bile orang asik nak salahkan kite bile anak kite nangis kelaparan sebab tak cukup susu. Ase bersalah bergande-gande. Nikmatnyer bile tengok kakak aku nyusukan anak die setiap kali. Tapi tu la, rezeki Allah bagi kat setiap umatnyer, lain-lain. Yang penting, kite kene usaha dan tawakal!

I was over expected that everyone around me will support me in whatever situation I am facing with but unfortunately, vice versa. Sedih. Dalam pantang, depression is a big thing. Tak bleh biar orang dalam pantang depress sebab dorang mudah diserang angin meroyan. Kite yang berpantang ni pun kene la cube control diri dan perasaan. If you feels like crying then go on crying. Jangan tahan perasaan sebab ia akan memudaratkan. Trust me. More over, orang berpantang tak bleh sembahyang. Kite dalam keadaan kotor dan bende2 ''itu'' mudah je nak bisik2 kat telinge kite. What I can advise you all is, banyakkan beristigfar. Sentiasa la berzikir sebab itu je yang bleh menjadi pendiding kite.

After having so much depression, dengan orang sekeliling, dengan Zaim yang kene jaundice lagi so aku mintak pendapat dan keizinan suami untuk start bagi Zaim formula milk. Yelah, ibu mane yang sampai hati tengok anak kelaparan, tido pun dalam kelaparan. huhuhu. Ibu mintak maaf ye Zaim, maybe one day you will read this dan maafkan ibu sebab tak fully breastfeed you. Pastu mintak gak pendapat pakcik google. Bace cite-cite orang, pendapat-pendapat orang. Rupenyer, ramai lagi ibu yang tak dapat nak breastfeedkan anak die, bukan aku sorang. Ade yang lebih teruk, tak dapat langsung produce susu. So, ini semua rezeki Allah. Orang kate nak bagi baby susu formula kene try dari produk yang paling murah. So, aku decide untuk cube susu Lactogen.

Takut, Risau.
Nak bagi susu formula untuk kali pertame bukan mudah sebab aku seolah-olah mempertaruhkan nyawa Zaim. Yang paling aku risaukan adelah allergi susu. Paling takut! Tapi alhamdulillah, zaim sesuai dengan Lactogen. Tengok Zaim poo-poo pun ok. Warne cantek. Lepas tu, jaundice pun kurang. Syukur! Sampai sekarang pun Zaim consume Lactogen, dan berat badan Zaim pun bleh tahan. Timbang 3bulan ritu berat Zaim dah 6.6kg. Memang jadik bantal peluk ibu ngan babah je Zaim nih :)

Tapi korang jangan plak ingat aku okay je ngan keadaan sekarang sampai tak bagi Zaim susu badan. Walaupun Zaim ok ngan susu formula, aku still cube memperbanyakkan susu badan. Kalo pump dapat sket tu, sket tu la aku bagi kat Zaim. Tak kire! hahaha. Alhamdulillah, suami sentiasa support aku. Die gak yang belikan aku set penyusuan Shaklee, alhamdulillah susu sentiasa ade walaupun sket. Ape pun rezeki yang Allah bagi kite kene syukur walaupun sket. Yang penting korang kene sentiasa pantau shi-shi ngan poo-poo die sebab dari situ bleh tau anak korang serasi dengan susu atau tak.

Ohh, ini kelakar. Bile korang jadik mak, korang akan spend paling kurang 2minit untuk belek poo-poo anak korang. hahaha. Ini fakta tau!

Aku buat entry ni sebab nak support korang-korang yang ade masalah cam aku jugak. Aku faham perasaan kecewe tu. Memule aku down jugak sebab kekangan menyusukan anak tapi somehow kite kene redha lepas dah puas berusaha. Tapi jangan penah berhenti berusaha. Kene pecaya Allah sentiasa ada. Mane tau, after a while trying, Allah nak bagi susu melimpah ruah?? Amin!

Thank you for reading!

Love.Izrin

Wednesday, February 19, 2014

Long Hiatus..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Rindunyer dengan belog!

Oh ye. Alhamdulillah. I am a mum to a young caliph, Muhammad Zaim bin Khairul Anuar.
Muhammad Zaim selamat dilahirkan 3November2013. Alhamdulillah, dah 3bulan and dah pandai meniarap pun. huhuhu. Nampak sangat lame tak hapdet belog. Kan?

Muhammad Zaim mase dalam hari.

Alhamdulillah. Urusan bersalin sume dipermudahkan. Ape yang dihajati sume diperkenankan. Syukur sesangat, mudah nak melahirkan Muhammad Zaim ni :).

Will continue writing soon. Carik banyak mase nak tulis banyak cite. Okay!
Thank you for reading.

Love.Izrin