Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 6, 2015

Convo Vs. EDD



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Lame benor rasenyer aku tak update belog. Bukan tak sempat nak update je, malah kengkadang tak sempat nak jenguk and blog-walking pun. uhuhuhu. Sibuk sangat la konon kan. Bile tengok balik kat post, banyak draft je. Entry langsung tak abes. Ceh!

First thing first, Alhamdulillah kami dah boleh konvo! Pat tahun wei berpeluh ketiak naik turun Melaka. Akhirnyer, tamat jugak belajaq. Walaupun pointer tak cecah 3.00 pon but I have to admit that I am proud of myself! #muahciked. Yelah, sape lagi nak rase bangge kalo bukan diri sendiri. Aku je tau susah, getirnyer flexible learning ni. Belum kire tanggungjawab kerja, isteri, ibu dan anak. Dengan segala dugaan dan masalah. Segalenyer lah. But, all these thing makes a certificate worth a life. Betape susahnyer nak dapat sekeping Diploma. Nanges!

Blum cite bab costing lagi. Kadang rezeki tu ntah datang dari mane. Aku takde buat pinjaman dengan memane badan organisasi mahu pun persendirian pun. Cume sekali jelah tebal muke mintak abah sponsor yuran semester sebab mase tu pas kawen, duit dok berabih untuk majlis. Uhuhuhu. Cadang nak bayar balik pun ntah bile. Adehh. Lepas kawen, travelling expenses sume fully sponsored by husband. Ini rezeki jugak. Thank you husband. For always be my back bone. My ATM machine. My real enemy. My best friend. 

Sekarang ni satu bende plak yang merunsingkan kepale. Tarikh konvo dengan tarikh due date cume selang seminggu. Okeh. Cabaran lagi. At first, husband aku memang tak izinkan pegi. Die risau keselamatan, keselesaan aku. Yelah, dah sarat ni uncomfortable nak travel jejauh lelagi dok lelame dalam kereta. Pastu risau cemane kalo tetibe aku nak bersalin. Aku pun memule nak give up jugak convo ni sebab risau itu dan ini. But then, aku pikir, bile lagi aku nak merase konvo ni? Nak pakai jubah konvo. Aku tak tau bile lagi nak sambung belaja. Yelah, anak da nak masuk 2. Dengan kestabilan ekonomi negara yang tak berape nak kukuh ni, aku tak rase peluang tu ade. So, this is it. Lepas puas pujuk, buat muke sedih sket husband pun relakan. ehehehe. 

Beg baby dan beg bersalin dah ready pun dalam kete. GL pun da dapat. Surprisingly, husband pun da survey Hospital nearest UiTM Lendu tu. Hopely, dekat-dekat lah dengan homestay kami nanti. Homestay abah yang carikan, time kasih kat jiran lame kami, Pakcik Huzaimi sebab tolong cari and bookingkan skali. Dah ringan dah satu hal. 

Pape pun, aku harap selamat dan dipermudahkan lah sumenyer. Selamat konvo dan selamat bersalin. Insha Allah. Doakan la ye  :)

Thank you for reading!

Love.Izrin