Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 29, 2014

Sayonara 2014, I'll be missing you!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Lagi bape hari je nak abes tahun 2014. Rase kejap sangat mase berlalu. Macam-macam dah jadik sepanjang tahun ni, yang pahit, yang manis, sume aku dah telan. Alhamdulillah. Tahun ni penuh dengan proses learning, almaklumlah first time mother..tapi rasenyer I did a good job. Insha Allah. Tahun depan nak improve lagi lebih-lebih lagi tang tanggungjawab sebagai isteri tuh. Insha Allah, will catch up!

Boleh tak kalo aku nak simpulkan yang tahun 2014 ni tahun yang sedih untuk Malaysia? Indeed. Macam-macam dugaan yang negara kite hadapi dari sekecik-kecik masalah dalaman negara sampai sebesar-besar bah melanda Kelantan. Dah tu, jadik tumpuan dunia sebab flight hilang dari radar, sampai sekarang pun tak jumpe. Tapi the biggest challenge is apebile rakyat dah hilang kepercayaan pade kerajaan. Ape pun yang kerajaan cube buat, walau baik mane sekalipun, rakyat tetap menghentam. Bukan senang nak puaskan hati orang kan?

Tapi bagi aku, tahun 2014 ni tahun yang sangat sibuk! Mane taknyer, dengan Zaim yang dah makin membesar, dah pandai jalan, mulut dah bising walaupun cakap bahase Korea. hahaha. Kene lah aku fahamkan jugak ape kehendak die, setakat ni tak lah susah nak faham body language si Zaim ni. Kite faham bile die penat, bile die rase tak selesa, bile die moody. Insha Allah, ibu will learn more from you sayang. 

Family pulak okay-okay jek. Mama ngan abah dah mule accept that they have a different path in life. Kami adik beradik terpakse la terime hakikat yang dorang tak mungkin akan bersame semule. Doa sekian tahun terpakse la kami lupekan :). Ape pun kitorang doakan yang baik-baik untuk kehidupan baru mereka. Amin. Dan, Insha Allah tahun depan family besar kami akan berkembang lebih besar lagi. Meriah la rumah Tok Abah ngan Tok Ma raye tahun depan (^^)v.

Tahun depan family kecil kami pun akan berkembang, Insha Allah. Since aku pun dah abes blaja, nak tunggu konvo je, Alhamdulillah. So, boleh la tambah ahli keluarga lagi. Harap sume urusan kami dipermudahkan Allah. Insha Allah. So, starting next year, planner kami dah penuh sampai ujung tahun. hahahaha. 

Aku doakan semoga urusan korang untuk tahun akan datang akan dipermudahkan jua. Sesame kite doakan agar negara kite akan lebih bernasib baik. Setiap musibah dan dugaan yang Allah berikan pasti ade peringatan dariNya. Daripada sibuk nak menuding jari, lebih baik kite muhasabah diri dan berusaha untuk memperbaiki diri. Setiap perubahan besar yang didambakan perlulah bermule dengan perubahan pada diri sendiri. Insha Allah. Ingatan untuk diri aku jugak!

Thanks for reading!

Love.Izrin