Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 14, 2013

Welcoming Rejab!

Hola Holi Cikebum Cikebum! Cewah. Macam best plak tagline nih kan. Terase mude dan bertenage gituh. Ekekeke. Eh! Jap je dah bulan Rejab kan. Lepas ni bulan Sya'aban pastu Ramadhan pastu Syawal, dah setat kene calculate bajet raye dah nih. Hamboi! Citer pasal raye terus teruje..korang dah abes ganti pose ke belum? Haaa..cepat-cepat ganti pose oi!

Actually, Ramadhan adelah bulan yang sentiase aku nantikan. Aku suke suasana bulan Ramadhan, kalo korang pasan, malam sepanjang Ramadhan adelah malam yang paling tenang dan sayu. Ntah kenape. Mungkin jugak kerana limpahan macam-macam tawaran pahala dari Allah untuk kite sume, bulan mengejar syurga orang kate. Al maklumlah, dalam bulan Ramadhan, banyak gandaan pahale, tak gitu? Tapi jangan lupe akan kelebihan bulan Rejab ngan Sya'aban gak, yang dipetik dari hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, yang bermaksud;

"Rejab adalah bulan Allah SWT, Sya'aban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku"

Jelas dari hadith di atas yang ketige-tige bulan islam tersebut terkandung seribu satu pahala untuk kite kejar. Jadik, amek la kesempatan di atas keistimewaan yang dah terang-terang kite tau. kan? Kebiasaannyer, umat Islam akan berpuasa sunat dibulan Rejab. Bile di google banyak jugak fadhilat berpuasa dibulan Rejab nih, antarenye;

* Berpuasa sunat Rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosa yang lalu.
* Berpuasa sunat Rejab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai disyurga
* Berpuasa sunat Rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah di dalam syurga
* Berpuasa sunat Rejab 15 hari, diberikan pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun
* Berpuasa sunat Rejab 14 hari, diberikan pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun
* Berpuasa sunat Rejab 13 hari, diberikan pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun
* Berpuasa sunat Rajab 10 hari, diberikan sepasang sayap untuk terbang seperti kilat si atas titian Siratul-Mustaqim semasa hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 9 hari, diberikan kesempatan mengucap semasa keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke dalam neraka.
* Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 7 hari, akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada hari Kiamant
* Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikurniakan muka yang bercahaya semasa keluar dari kubur pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan dijauhkan dari azab kubur
* Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan dijauhkan bala bencana, penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 3 hari, akan dibinakan benteng yang akan menghalang dari memasuki neraka pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan digandakan pahala ibadahnya
* Berpuasa sunat Rejab 1 hari, akan diberikan pahala berpuasa seperti empat puluh tahun, diberikan nikmat minum air syurga dan diberikan pahala seperti mengerjakan ibadah sepanjang hidup

Amboi..ini baru ganjaran berpuasa, belum lagi pahala lain-lain ibadah yang kite buat sepanjang bulan Rejab ni. Tengok betapa Allah sayangkan kite, dicipta tige bulan istimewa untuk kite melipat gandakan pahala dan ibadah kite. Syukur pada Allah.

Ape lagi u olls, jum la tokok tambah ibadah kite! Hugs.

Love.Izrin

Tuesday, May 7, 2013

PRU-13

Hola holi cikebum cikebum! hehehe.
Habes sudah perang Pilihan Raya. Perang jerit. Perang saudara. Eh! Yang penting, Malaysian has voted. Menang atau kalah adat bertanding. Alhamdulillah, proses Pilihan Raya berlangsung dengan aman, rasenyer takde laporan cedera or mati mase mengundi kot..ke aku yang tak tau? Erm. Alhamdulillah, kat tempat mengundi yang aku jage takde perkara buruk berlaku. Orang Johor memang sopan. I loike!

Tahun ni adelah kali pertame aku ngundi, aku ngundi awal sebab aku kan petugas berjaye,hikhikhik.Dan kali pertame jugak aku volunter nak jadik kerani pengundian. Seksa woooo!! Ase nak mati keje, tak minum air, tak cukup rehat. Ceh, poyo kan. Kalo nak rehat takyah keje!

Nak gi keje pun tak bangun pagi kul 5.30pagi kot, tetibe hari Ahad kitorang laki bini bangun kul 5.30am. Beriye mandi dan bersiap. Eceh. Siap laki aku buat brekpes lagi. Baru berangan nak makan brekpes mekdi yang pat hengget tuh. Hurm.. Kuar umah awal, kul 6.40am dah kuar. Giler cepat. Kalo nak gi keje yang kene punch kad tuh, hegeh-hegeh 7.40am baru kuar umah! Sepanjang jalan aku tido-tido kambeng, sebab aku mabok nek kete..mabok yang mengade-ngade tuh.hehehe..Tau-tau je dah sampai dewan. Dan dah ramai petugas dan jugak ejen-ejen parti kat luar pagar dewan. Terus aku ase cuak!

Kaunter undi bukak dari kul 8pagi sampai kul 5petang, macam opis hour plak kan. Memule ingat cam sekejap je..Tapi, bekerja di hari Ahad tidak semudah disangke! Sebab aku ni plak jenis dah setting minda, Ahad adelah hari rehat,huhuhu. Mase macam tak bergerak weihh. Aku asik tengok jam tangan je..adoii! Dari kul 10am++ sampai ke pukul 3petang++ memang orang ramai nak mampos! Saluran aku plak ade 670 pengundi (tak sume datang undi), korang bayangkan lah! Naseb aku keje ngan sume lelaki-lelaki perkase, so aku dapat la keje ringan sket. Koyak kertas undi and jolok kertas undi dalam balang je. Tapi sebab dalam keadaan camni, duduk yang terlalu lame sangat menyakitkan tulang belakang!

Syukur dah kul 4petang, orang dah semakin kurang. Aku sempat tido jap kat meja, dengan ejen ade kat sebelah meja aku. Bongok tak? Mesti laki aku malu ngan sikap keanak-anak kan aku.hahaha. Lantak la. Ade orang yang aku perlu jage. Sian die penat! Dah ler sempat tido, bile dah nak kul 5petang tuh, aku la yang paling semangat. Tapi bile dari posisi duduk nak berdiri tuh, adoi..sakit giler segale urat sendi aku sume. Rase dah macam orang tua dah! Tapi kan bile mengenangkan balik memacam kerenah pengundi ni ade gak yang lawak. hahaha. Ade gak beberape kawan sekolah aku yang datang ngundi, cayalah korang! Tu sume pengalaman dan kenangan untuk aku. Ngeh3!

Ingat dah setel satu bab boleh la rilek-rilek. Boleh dok sambil lunjur kaki kat lantai. Tapi TIDAK! Kali ni adelah azab nak mengire undi depan bijik mate ejen plak! Ejen BN memang rileks habes (sebab die first time so tak reti nak betah kot) tapi ejen DAP, mak oii! Undi BN die tengok dengan sangat teliti, kalo ter lebih tande sket soh tolak. Wei, aku geram je. Sebab aku study buku SPR bagi aku undi tu boleh je diterime. Aku letak je kat bakul undi ragu! Ngok punyer ejen, tak bace buku ker? Ops! Tapi tanggungjawab tetap aku buat dengan penuh hemah. Aku wat muke manis je depan ejen. kihkihkih. Tapi nak kire and tunjuk kertas undi yang sebanyak 607 keping tu satu persatu memang sangat menyeksakan. Sampai saket tulang belakang aku. Kaki aku due kali krem wei sebab diri lame sangat! Sian tau. Naseb baik sekali kire je dah dapat jumlah yang betul. Kalo tak memang aku nanges la nak kire balik.

Dah setel sume, aku terus dok kat lantai melunjur kaki. Nikmatnyer!! Ase nak nanges kegembiraan jep sebab dapat duduk, huhuhu. Walau hati berdebar-debar nak tunggu keputusan PRu-13 tapi penat mengatasi segalenyer! Syukur sume berakhir dengan lancar. Takde rusuhan, cume saket tinge dengar orang perli-perli. Tapi takpe, kakak paham adik-adik beratur panjang. Kite balas dengan senyuman jelah. Ape kuase kitorang, dah ini konsep PRU yang orang Malaysian nak. Nak cat dakwat kekal la, nak tabung telus bleh nampak la. Banyak songeh! Bile kene beratur panjang, lame tau plak meroyan! hahaha. Walau ape pun, aku bangge tengok dak-dak mude kuar mengundi, tak kire la korang pangkah sape. At least di usia yang muda korang dah involve dengan pembentukan negara. Syabas!

Balik umah, sebab dah tak larat sangat nak gi makan. Kitorang drive thru mekdi je. Balik, makan dan terus membongkang tido! Takde nak nak tunggu keputusan PRU apetah la nak gi mandi. Tido la dengan bau badan yang tengik. Esoknyer, bangun kul 6pagi terus bukak pesbuk semak keputusan PRU! eheh. Informasi dihujung jari.

Haa..tu la kesah aku di hari Ahad, 5 Mei 2013. Pilihanraya Umum ke-13 yang penuh dengan kejutan! Tapi ini kisah aku, pengalaman aku. Yang manisnyer adelah bekerja sambil ditemani suami dan 'si-dia'. Ehem. Bile dorang berdue ade, ase semangat je. ekeke. Macam gatal plak kan. Tapi syukur sumenyer berjalan lancar. Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah! Ape citer PRu korang plak? =p

Love.Izrin