Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 14, 2013

Welcoming Rejab!

Hola Holi Cikebum Cikebum! Cewah. Macam best plak tagline nih kan. Terase mude dan bertenage gituh. Ekekeke. Eh! Jap je dah bulan Rejab kan. Lepas ni bulan Sya'aban pastu Ramadhan pastu Syawal, dah setat kene calculate bajet raye dah nih. Hamboi! Citer pasal raye terus teruje..korang dah abes ganti pose ke belum? Haaa..cepat-cepat ganti pose oi!

Actually, Ramadhan adelah bulan yang sentiase aku nantikan. Aku suke suasana bulan Ramadhan, kalo korang pasan, malam sepanjang Ramadhan adelah malam yang paling tenang dan sayu. Ntah kenape. Mungkin jugak kerana limpahan macam-macam tawaran pahala dari Allah untuk kite sume, bulan mengejar syurga orang kate. Al maklumlah, dalam bulan Ramadhan, banyak gandaan pahale, tak gitu? Tapi jangan lupe akan kelebihan bulan Rejab ngan Sya'aban gak, yang dipetik dari hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, yang bermaksud;

"Rejab adalah bulan Allah SWT, Sya'aban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku"

Jelas dari hadith di atas yang ketige-tige bulan islam tersebut terkandung seribu satu pahala untuk kite kejar. Jadik, amek la kesempatan di atas keistimewaan yang dah terang-terang kite tau. kan? Kebiasaannyer, umat Islam akan berpuasa sunat dibulan Rejab. Bile di google banyak jugak fadhilat berpuasa dibulan Rejab nih, antarenye;

* Berpuasa sunat Rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosa yang lalu.
* Berpuasa sunat Rejab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai disyurga
* Berpuasa sunat Rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah di dalam syurga
* Berpuasa sunat Rejab 15 hari, diberikan pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun
* Berpuasa sunat Rejab 14 hari, diberikan pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun
* Berpuasa sunat Rejab 13 hari, diberikan pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun
* Berpuasa sunat Rajab 10 hari, diberikan sepasang sayap untuk terbang seperti kilat si atas titian Siratul-Mustaqim semasa hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 9 hari, diberikan kesempatan mengucap semasa keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke dalam neraka.
* Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 7 hari, akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada hari Kiamant
* Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikurniakan muka yang bercahaya semasa keluar dari kubur pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan dijauhkan dari azab kubur
* Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan dijauhkan bala bencana, penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 3 hari, akan dibinakan benteng yang akan menghalang dari memasuki neraka pada hari Kiamat
* Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan digandakan pahala ibadahnya
* Berpuasa sunat Rejab 1 hari, akan diberikan pahala berpuasa seperti empat puluh tahun, diberikan nikmat minum air syurga dan diberikan pahala seperti mengerjakan ibadah sepanjang hidup

Amboi..ini baru ganjaran berpuasa, belum lagi pahala lain-lain ibadah yang kite buat sepanjang bulan Rejab ni. Tengok betapa Allah sayangkan kite, dicipta tige bulan istimewa untuk kite melipat gandakan pahala dan ibadah kite. Syukur pada Allah.

Ape lagi u olls, jum la tokok tambah ibadah kite! Hugs.

Love.Izrin

No comments:

Post a Comment