Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 24, 2010

sEndU wANiTa bERGeLar iSTeRi

bebaru ni saye ade berdepan dengan situasi.
di mana si suami bermain kayu tiga.
saya tahu. saye kenal wanita itu.
saye kenal lelaki itu. saye kenal juga isterinya.
saye nampak sumenyer permainan mereka.
tapi siapa saye diantare mereka?

saye cube jugak slow talk ngan insan ketiga ini.
mengingatkan akan rumah tanggenyer sendiri.
tapi apakah cuma kudrat saya?
saya hanya mampu berkata2.

saye tulis ini kerana saye rase bersalah.
kerana tidak mampu untuk berbuat ape2.

this one is for his wife;

dapat kurasa
getaran kaca kalbu itu
butir2 permata yang terlerai
dari rona pancainderamu
jelas kesakitan dan kesedihan itu

biarpun kau rela
hati diperkosa
telah kau lihat dari ruang itu
luluh jantungmu, rebah ke bumi

dia juga sepertimu, hawa
tiadakah belas ihsan?
meragut kebahagiaanmu
dikala pertemuan beribu batu

dia juga punya teman hidup sepertimu
tiadakah bisa hirisan kalbu
andai die diperlaku sebegitu
terus terusan kau membisu
menghambat rasa, memendam duka

kau tahu duka itu pedih buatmu
hampir pasti duduk dirimu

biarkan saja gelora dikalbu
biarkan saja permainan itu
kerana segalanya hanya waktu
pastinya nanti kan ada penghujung

saye tahu si suami dan insan ketiga ini masih lagi berhubung
sesekali berjumpa.
saya hanya mampu berkata2.
terkilan hati apabila mendapat tahu.
sang lelaki ini yang tidak mampu hentikan perasaan itu.

wanita ini sungguh tabah.
semoga Tuhan membalas segala kelakuan si suami ini.
Amin.

No comments:

Post a Comment