Assalamualaikum WBT.
OMG. OMG. It's already June lah! Dah setengah tahun rupenyer kite dalam dok diam tak diam ni kan? Ape yang aku dah buat selame nam bulan ni ek? Macam takde jek. Cis. Tak produktif langsung la tahun 2013 ni. Takde produk yang aku produce pun setakat nih. Aiceh. Penangan The Apprentice sangat kau! hahaha. Eh. Best tau tengok The Apprentice tu, rase encourage sangat, apetah lagi bile tengok care Tony Fernandez yang strict tuh. Best wei. Korang pun tengok la!
Alohhhhhh. Semester baru is coming back lah. Terus mood down. hahaha. Ngade kan. Punyer la pemalas nak belajar. Teruk perangai. Well, selamat datang ke semester terakhir. Yabedabedu. Dalam dok malas-malas ni, rupenyer aku dah nak grad dah. Tak sangke. Sobs. But, there are few things happen in my life, dan aku terpakse memilih untuk berehat dari belajar. So, i'm taking a semester break and will be back in 2014. So, tahun depan la aku grad. Walau ape pun, this is not a tough decision at all. Even though, some people might not agreed but this is whats the best for me. Suami aku pun setuju dengan kemahuan aku, he did support me. Alhamdulillah. Banggenyer belajar tanpe ade pinjaman pelajaran!! *belagak*. hahaha.
Last Sunday, alah, semalam je. Kitorang bercucuk tanam. Cewah, macam petani plak kan. Actually, beberape bulan lepas, aku ade beli pokok bunge. Pade mulenyer ia sungguh cantik, kembang berseri. Namun atas sebab kemalasan aku, pokok bunge tu terbiar. Bukan je bunge tak kuar lagi, malah dahan pun kering kontang. So, korang boleh la assume yang aku memang abaikan tanggungjawab aku ke atas pokok-pokok bunge aku kan. huhuhu. Semalam, kitorang dah buang sume pokok and dahan yang rosak, yang agak-agak kalo jirus air sebeldi pun tak mampu nak hidup balik. Sedih kau. Duit tuh, tapi duit laki aku la. hahaha. Dan, kitorang dah mule semai benih cili ngan tomato. Benih yang kitorang tabur dulu pun dah kuar dah daun die, sket hari lagi bleh la makan cili and tomato free. Eceh, berangan. Biji betik yang laki ite tabur kat pasu pun dah mule kuarkan daun, fuyooo. Aku plak yang teruje. Selame ni, tengok bunge je cantek, upenyer kalo tanam buah-buah or sayur-sayuran lagi baik. Hasilnyer bleh dimakan.
Pastu kan, laki kite suwit sangat. Die beli benih bunge matehari sebab tau bini die suke bunge matahari. Alololo. Tibe-tibe rase suami aku romantik plak. hahaha. Bestnyer bile habiskan mase weekend kat umah dengan aktiviti peluh-peluh camni. Selalu dok tido je pagi sampai petang. Tak syok. Now, setiap weekend dah tau dah nak buat ape. Selain memanjai pokok-pokok, kitorang dah kene setat kemas bilik. We need some space, well, i think we need a lot of space. Yang ni aktiviti yang paling payah skali sebab setiap kali nak buang barang mesti tibe-tibe timbul perasaan sayang kat barang tuh, walaupun selame ni barang tu dok kat stor jek. Time ni la tibe-tibe terfikir kebaikan setiap barang. Last-last, satu barang pun tak buang. Mencik.
Aktiviti yang maseh pending sampai sekarang adelah watching movies, Fast & Furious 6! Setiap kali nak pegi mesti full-booked. Tension sungguh! Even, nak tengok week days pun tak dapat. Best sangat ke citer nih? Nak beli pirate CD cam tak puas hati plak. Nak tengok wayang gak, tak kire!!
Ok la. Nak balik dah ni. Petang ni ade appointment dengan kakak misi kat Klinik atas bukit. hahaha. Will update more soon.
Psst. Kite tak sabar nak jumpe Ramadhan. Korang? =)
Love.Izrin
No comments:
Post a Comment