Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
"Cemane ko boleh bersalin kat Melaka?!"
Yeah. Soklan biase aku dengar sepanjang terime tetamu time pantang. KehKeh.
Kenyataannyer, aku bersalin kat Melaka atas kedegilan aku sendiri.
Bajet2 sempat je nak balik JB bersalin, rupenyer Allah dah aturkan aku bersalin kat Melaka. Luckily, kami sempat jugak la buat back up plan if anything happen throughout our journey. Siap dah survey kat mane nearest Hospital kat Lendu tuh. Fuhfuhfuh.
I am suppose to know that I already had a sign a week before. Huhuhu. Tapi sebab mase Zaim aku ok2 jek, so aku tak notice pon yang tu tanda-tanda aku dah nak bersalin. Plus, Zaim tengah demam panas mase tuh. So, memang aku ungkal giler. Nak jugak pegi konvo! Sian Zaim.
12 Ogos 2015. 5.35am
Aku rase katil bergegar. Beberape kali. Neves gak. Aku da start pikir bende2 mistik since kitorg kat tempat orang kan. Pastu aku tengok pesal Zaim makin merengkot tido. FYI, Zaim anak omputih sebab die tak penah rase sejuk. Even, tido dalam air-cond pun tak nak selimut. Naseb la aku tergerak nak angkat Zaim, niat hati nak peluk die. Time angkat tu baru pasan anak aku menggigil sekuatnyer. Sampai bleh dengar ketap gigi die. Panik! Padahal badan die tak panas pun. Seriously memang neves giler. So, lebih kurang kul 6.15am tu Zaim warded, suhu 40 darjah. Panas dalam.
7.05am. Zaim discharge.
Mase mandikan Zaim dalam ward tu aku dah terase contraction. Pastu da cakap ngan husband. "Eh, sayang ni nak berak ke nak bersalin ni ek?". Ahaa. Pastu sakit tu hilang. Aku pun anggap ok lah. Sakit perut kot.
Lepas da setel Zaim discharge rase penat sangat badan. Mane tak, sampai Melaka lebih kurang jam 11 malam. Pastu da sbuk2 masuk wad teman anak. Aku dah down and siap2 bagitau abah tak nak gi konvo sebab risau kalo badan Zaim naik panas lagi. Abah ok je. Balik homestay kitorang tido sebab penat sangat. So, tak pi amek jubah lah.
11.00am
Mase tido bape kali gak terjage sebab perut ngeras. Aku pikirkan aku sakit perut. Jadiknyer, lepas da bape kali ngeras tu aku decide la nak mandi and buang air. Naseb baik buang air, eheh. Lepas buang air tu la pasan ade tanda darah.
11.45am
Warded kat Hospital Alor Gajah. Kepala dok memikirkan Zaim lagi. Risau. Sedih. Ni sume dugaan. Mase salam2 ngn husband lagi da rase nak nanges sebab dah sampai ke perjuangan terakhir terpakse bertarung sensorang. Allah je tau ape perasaan aku. Nanges! Abah anto gi spital, husband and anak tinggal kat homestay. Aku siap pesan kat Nuar, kalo pape jadi jage Zaim bebaik. Aku tau Nuar pun sebak *ye ke?*
Sampai hospital jalan da bukak 4cm. Aku nak puji misi2 kat Hospital Alor Gajah memang terbaik. Mostly da berusia so dorang memang sangat concern. Allah. Rase macam bersalin kat umah dengan famili2 plak. Selesa teramat sangat. Time kasih misi!
12.15pm
Contraction makin kuat. Air ketuban dan dipecahkan. Doktor diagnosis baby da terberak sket. And, yang risaunye doktor cakap jantung bby slow. Allah. Dugaan lagi. Doktor cakap takleh bersalin kat Alor Gajah since dorang takde pakar. So, aku nek ambulans ke Hospital Melaka. Abah balik amek Zaim and Nuar bawak ke Hospital Melaka.
First time aku naik ambulans. Memang hell giler. Dengan contraction yang makin kerap dan kuat. Dengan permukaan jalan yang tak rate. Berhentak2. Terhantuk2 kepala aku. Allah. Dugaan sangat. Kepale dok risau baby ok tak. Zaim ok tak.
2.00pm
Sampai Hospital Melaka. Best sangat2 sebab time tu ramai pelawat dok kat pintu depan. dengan muke aku dah ntah pape. Malu kite!
Yang lagi best, labour room penuh. Aku memang dah tak tahan sakit. Aku yakin da boleh sangat nak teran tapi doktor2 ni sbuk nak pasang CTG lah, nak kenal2 lah. Tanye tu, tanye ni. Aku memang tak dan dah nak borak. Soh tunggu dlu, jangan teran sebab jalan baru bukak 5cm. Adeh. Doktor2 pakar dah 5-6orang standby depan aku. Nak diagnosis lagi ntah hape2.
Sebab aku ungkal sangat. Doktor tak dapat nak trace jantung baby. Doktor dah start hangin ngan aku. Kehkehkeh. Aku cakap ngn doktor aku dah tak tahan sakit. Aku nak teran. Doktor cine tu marah "kalo awak boleh teran, awak teran la kalo ade contraction lepas ni!". Ehh. Ko bentak aku. Ko ingat aku memain ke? Lepas die cakap gitu terus jelah aku kangkang. Alhamdulillah, due kali teran terus Zahra keluar. Terus nanges. Amazingly, mase doktor letak Zahra atas dada aku, Zahra nanges siap kuar air mate. Allah. Perasaan lega dan nikmat yang tak dapat digambarkan!!
So, merase la bertarung nyawa sensorang. Takde orang nak support leher. Dulu husband yang tolong. Takde orang yang jerit, kepala baby da kuar. Dulu husband yang tolong bgtau. Yang ade 5-6 doktor pakar yang dok tenung bawah aku tu. Cait! 57minit yang sangat menyakitkan ended with happy tears. Syukur!
3.30pm
Husband dapat permission jenguk aku yang still dalam labour room. Tu pun pas bape kali merayu. Zaim tinggal ngan atok. First time tengok husband sebak. Sebab aku bertarung sensorang. Bergetar suare husband time azankan Zahra. Aku pun ase nak nanges.
Kalo nak citer details memang berjela panjang. Just make it short. So, the rest bleh la simpan on my own. Tapi saat melahirkan memang penuh dengan emosi. Bercampur campur emosinyer. Yang pastinyer nikmat melahirkan tu adelah satu anugerah yang indah. Thank you Allah for the opportunity, again. It is wonderful.
Hidup dengan kehadiran Zaim and Zahra adelah sangat membahagiakan. Walaupun kecoh itu, ini tapi tak terase pon penat tuh. Sekarang ni hari hari pasang impian nak jadi suri rumah. Kalo Allah izinkan, Insha Allah :).
Ok lah. Thanks for reading!
Hidup dengan kehadiran Zaim and Zahra adelah sangat membahagiakan. Walaupun kecoh itu, ini tapi tak terase pon penat tuh. Sekarang ni hari hari pasang impian nak jadi suri rumah. Kalo Allah izinkan, Insha Allah :).
Ok lah. Thanks for reading!
Love.Izrin
No comments:
Post a Comment