Salam sume!
Camne ujung minggu korang? Best tak? Havoc tak?
Pade readers2 yang negerinye dilande banjir, harap korang bersabar.
Ini dugaan Allah. Disetiap ujian Allah, pasti ade hikmahnyer. Sabar tau!
Sebab aku tak tau nak tolong camne, kalo aku bleh sedut segale air tu, err~
Cam merepek plak,kan?
okeh, soklan!
Bleh tak lelaki ngan perempuan berkawan baik? Hanya berkawan baik?
Boleh? Tak boleh?
Aku pun tak sure, depend on individual.
Kalo tak boleh, knape tak boleh?
Kalo boleh, kenape boleh?
Hidup memang banyak persoalan yang sukar nak dijawab. hurm.
Yes, i have a men bestfriend, betul ke ayat ni?
Kenape perlu ade kawan lelaki sebagai kawan baik? Kawan perempuan tak best ker?
Hasben tak jeles ker?
ok, firstly kene admit that my hasben jeles, haha.
Tapi, aku suke die jeles. At least i know he love me. :)
Cemburu itu lumrah pade pasangan yang saling menyayangi, tak gitu? (^^)
Kenape aku ade kawan baik lelaki?
Sebab, dari kecik aku suke kawan ngan lelaki. Dorang taff, ensem, hahaha.
Tak la, that is physical attration plak. Okeh, salah topik.
Cube korang bayangkan, kalo men pondok2 ngan kawan pompuan, sket2 nak gaduh, nanges.
Berebut watak, memasing nak jadik mak, aduiihh! Pening kepale!
Tapi kalo men pondok2 ngan laki, rileks jek. Dorang jadik anak pun muke sembarang jep. haha.
Tu mase kecik2, bile dah besar, aku rase aku perlukan seorang kawan lelaki.
Supaya aku tau camne lelaki ni berfikir.
Tak semestinya tuk bercinte, but kite just nak tau dunia lelaki.
Bile kite tau, kite akan sedar betape berbezanya pemikiran dorang ngan kite wanita! huh!
Sometime dorang memang hampeh. haha. Sorry, it's a fact!
*ok, sumpah control macho! phiuh! ekekeke.*
Ini dia kawan baik aku, aku kenal die since 2008.
Kami memang sangat rapat. We even go to the very same school.
Too bad, die kurang matang. But, at least, i gained something thru his immature thinking.
And also, thru him, i'm starting to understand my hasben. He's helping me a lot.
Too bad (again), my bestfriend ni tak kawen2 lagik, haha. Padan muke!
And, baru2 ni, aku ke kursus Frontliner.
I met someone, yang terase sangat dekat ngan aku.
Aku pun tak sure knape, but, yes, he did.
*yang pegang mic tu*
Okeh, kawan baik aku yang ni dah kawen.
Perangai tak matang but die sangat manners dan matang dalam pertuturan.
Aku sangat2 senang kawan ngan die, die pun byk bagi nasihat hal ehwal rumah tangge ngan aku since die dah kawen for 2 or 3 years. *kire dah ade pengalaman la*
And, also, dah ade sorang anak pompuan yang comel.
Yang aku salute ngan die ni, sbb die ngan wife die bercinte PJJ but bleh kekal sampai 6 tahun. wow!
Lastly, kawan baik aku, yang aku dah lantik die terus menjadi suami aku,
Sape lagi kalo bukan, encik hasben.
*nice pose darling*
Kenape Encik Hasben?
Sebab, kami dipertemukan semase aku sedang gigh membina keyakinan diri dan memulihkan semangat.
Selepas, 'keputusan kecintaan' yang mega dasyat.
Encik Hasben, buat aku lupekan semua kelukaan hati dan memberi seribu kemanisan hidup, so that i could appreciate what i have in life.
In the same time, Encik Hasben tak pernah sedikit pun terniat nak masuk jarum, haha.
Die ikhlas berkawan dengan aku. Hanya kawan.
Tapi, sape yang mampu menolak untuk menyayangi insan yang telah bersame saat suka dan duka?
Kami gelak2 bersame.
Ngumpat bersame. *sebab opis atas bawah jep*
Lepaskan marah pun ngan die.
Pegi melalak bersame.
Dan bile hati sayu, die la orang yang aku cari.
Yang best, kitorang tak tak penah declare bercinte pun.
But, suddenly he propose me to marry him. uhh!
Sape yang tak nak kawen ngan orang yang dah almost knowing you 100%
dan, boleh terime you seadenyer? Giler tak nak?!
*walaupun encek hasben tau aku kentut kuat, hahaha. Sebabkan kitorang tak bercinte so, aku ni perangai sembarang jep la ngn die, huhuhu. Burok la kau ni!*
Dan yang paling penting, sepanjang aku kawan ngan Encek hasben, aku dah banyak berubah.
Aku lebih menghargai hidup aku.
Aku lebih concern on my family.
Aku dah tak penting diri sendiri.
Aku lebih sayangkan diri sendiri, sebolehnyer tak nak mengguris hati sendiri.
And, from this;
to this;
Bukan encek hasben suruh, but, he made me realize yang somehow, somewhere, human need to change.
For their own good, redha ke jalan Allah. Alhamdulillah.
Semoga, hubungan ini pun diredhai Allah hingga ke syurga hendaknyer. Insyaallah.
But, selain dari kawan baik.
I have Teman Sepanjang Hayat.
Takde calon2, the only person is;
MAMA.
Sape yang lebih tahu pasal aku kalo bukan mama,kan?
Taik lalat aku kat mane pun mama tau, tak leh nak sorok dah! hahaha.
Time kaseh mama sebab lahirkan aku kat dunia ni dan tarik sume kebahagiaan untuk aku.
Tuhan je yang Maha Adil untuk membalas segala penat lelah mama membesarkan aku, duit hanya duniawi.
Semoga mama dikurniakan tempat disyurga nanti, doa tu yang pasti. Insyaallah. (^^)
regards.