Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2012

Lelaki vs Suami

Assalamualaikum,,
Salam Rabu. Pagi ni cuace redup kan?
Tenang je perjalanan ke opis, ditemani burung2 ngan mentari jingga.
Subhanallah!

Oh, ye. Gong Xi Fa Cai pada kawan2 or pembace2 berbangse Tiong Hua.
Atau sesape yang menyambut. Happy Chinese New Year!!
Malam CNY hari tuh, langit umah aku berselerak ngan bunga api. Indah langit!
Dok mendongak langit depan umah tu dah macam kat taman yang meriah ngan Pesta Bunga Api.
Bisik hati aku " kaye tul orang cine ni, besar2 mercun..aku gak untung dapat tengok.."

Ok. Cukup pasal CNY.
Ang pow pun tak dapat :(

Dah 10 bulan maseh tak pecaye dah kawen? hahaha.
Kelakar okeh. Tapi ini serius.
Aku pun tak tau aku ni ade penyakit ape, but totally aku bukan nyanyuk.
Tapi kadang2, dalam sudut hati kecil aku ni cam tak pecaye yang aku dah kawen. eheh!
Mungkin sbb kadang2 diri terase mude. Bluek!

Bile berkahwin, lelaki berubah. Ye ker?
Tak la, they getting more smarter! Yup! hehe.
Meh kite kupas;
Ape perubahan ketara lelaki lepas kawen?

Perut buncet.
Yaahuu. Saje letak ni yang nombor satu. haha.
Padahal selame ni, masakan mak la yang nombor satu, tersedap dalam dunia.
Kununnyer, masakan isteri pun takleh 'celen'
Tapi bile dah kawen, segalenyer berubah!
Haha. Credit to all wifey, suami kite takkan akui but it shows dengan advancenyer perut mereka.

Manje.
Okeh. Ni sifat lelaki yang susah kite nak tengok diluaran.
Time bercinte pun manje gak, tapi bile dah kawen. Lagi kemain manjenyer. Aaauuummm.
Sebab dah sah,kan?

Pemalas.
Yang ni sahih. Lelaki akan jadik pemalas bile dah kawen.
Sebab? Mentaliti lelaki akan berfikir bahawa kerja rumah adelah tanggunjawab isteri.
"kan dah ade isteri, biarla isteri buat.."
Dan mungkin sbb tu jugak la Tuhan kurniakan kaum wanita ni dengan kelebihan 'boleh buat dua kerja dalam satu masa'. Obviously, tuk cover kerja2 yang tak mampu dibuat oleh kaum lelaki.
Ade sesape nak bantah? (^^)

Matang.
Dulu kalo kuar dating sure gi catch up a movie or lepak2 tak tentu hala.
Kadang dok lepak kedai mamak 5-6 jam. Lupe balik umah.
Sekarang, kuar dating haruslah untuk beli barang dapur, spend time men bowling ngan isteri.
Kalo lepak minum ngan kenkawan pun kejap je, teringat kari ayam isteri kat umah.
Mamak pun kalah!

Ego.
Ye. Siap sedia la wahai wanita.
Lelaki akan lebih ego selepas kawen.
Tiada usehe memujuk, tiada istilah mengalah.
Kalo ade pun, sekali sekala jep. Kire bertuah la kalo dapat dipujuk tuh :)
Perlu sujud syukur. :)

Lebih ceria.
Ofismet : Eh, ensem jep pagi ni? Ade pape ke?
Suami : Biase la, orang ade orang umah.
Hahaha. Sebab tu lah, Tuhan sarankan kite berkahwin. pyschology tu. :)

Lebih concern.
Kalo dulu, hampeh. Tak amek port pun pasal hal jamu2 orang pompuan nih.
Kalo ade salegirl seksi pun belum tentu die heran.
Tapi bile dah kawen, siap pasang tinge opismet pompuan cter pasal jamu.
Balik umah, cter ngan isteri. Siap offer nak belikan lagi. Untung isteri :)
Almaklum la, orang sayang bini. hehe.

Lebih open.
Kalo dulu, nak cakap sume bertapis.
Nak cakap 18sx pun tak leh, control jep depan pompuan.
Pas kawen, nah! hamek kau! haha.
Tapi, bagus la. Sume bende cter ngan isteri. Senang hati isteri :)

Lebih kebapaan.
Walaupun belum ade anak.
Contoh, kalo beli perabut tu tetap nak fikir " bahaye tak kalo nanti kite dah ade anak..erm.."
Hmm, touching tak? Serius jatuh cinte ngan suami camni. I love you my hasben!

Setakat ni pasan ni jelah perubahan2 lelaki selepas kawen,
sape lagi sampling frame? hasben la. hehe.

Ape pun, perkahwinan memang penuh ngan dugaan.
Anggap ia satu ujian Allah untuk mendekatkan lagi dua insan.
Dan, anggap la ujian tu sebagai pengikat dan mengutuhkan lagi hubungan suami dan isteri

regards.
Happy Chinese New Year

Thursday, January 19, 2012

Allah Sayang Wanita


Assalamulaikum
Salam Satu Malaysia!
Salam ceria di Hari Khamis yang indah :)

Pagi ni aku pegi keje ditemani sang mentari yang baru 'bangun tido'.
Jingga dan sangat indah.
Cume aku tak sempat nak snap gambar, sbb tengah driving.

Hari ni aku nak share ngan korang pasal kaseh dan sayang Allah pada makeluk yang bername Wanita.
Pernah tak korang sebagai wanita rase;
"Argh, dunia ni memang tak adil..lagi2 tuk orang pompuan!"
"Kenape la wanita yang selalu jadik mangse,,"
"Kenape Allah ciptakan wanita ni lemah??"

Jangan tipu, nanti kene sambar petir. hehe.
Dulu aku pun berfikir camtu *huh! sangat tak berilmu,kan?*
Tapi setelah puas memikirkan segale yang berlaku ade hikmahnyer, maka, aku sedar
yang bahawasanya kejadian wanita di bumi adalah sangat istimewa.



Gelaran isteri di dalam Al-Quran.
Allah SWT tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita, malah didalam Al-Quran,
suami dan isteri digelar Zaujuh yang membawa maksud pasangan.
Islam melihat suami dan isteri sebagai pasangan serta pelindung kepada satu sama lain.
Bukan sebagai pesaing.

Darjat tinggi kepada wanita.
"Syurga itu ditelapak kaki ibu"
Biasa dengar,kan?
Subhanallah, sangat tinggi darjat yang Allah SWT kurniakan kepada wanita.
Bersyukurlah.

Selain tu, terdapat sabda Rasulullah yang berbunyi;
"Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" -kaum wanita sentiasa dilindungi :)

Nama yang mulia pada bahagian tubuh wanita.
Terdapat bahagian tubuh wanita yang digelar "rahim" yang bermaksud Maha Penyayang.
Didalam rahim inilah wanita menjaga sebuah nyawa yang menyambung warisan anak adam.
Ia merupakan penghubung kepada makeluk.

Diberi pahala dan keistimewaan berterusan.
Walaupun wanita mempunyai kekurangan kerana diberi cuti oleh Allah SWT daripada bersolat setiap bulan,
namun, wanita terus terusan diberikan pahala sekiranya wanita itu bersabar dengan ketidak selesaan yang dialami.
Selain itu, wanita yang melahirkan anak juga digugurkan dosa-dosa seperti bayi yang baru lahir.

Menjaga tertib serta taat pada suami juga merupakan bonus kepada setiap wantita untuk mendapatkan pahala daripada Allah SWT.

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya,
“Adakah kamu menyembahyangkan mayat?”
Jawab mereka,Tidak”.
Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

 “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

 Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

 Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

“Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”

Hah. Hamek ko. Banyakkan kaseh sayang Allah SWT pade kite?
Jadi, kalo rase dunia ini tak adil, maka kejarlah akhirat.
Sesungguhnyer akhirat itu tiada tolok bandingnya keadilan bagi sekallian makeluk.
And, sape kate Allah tak adil pade kaum wanita?

Renung-renungkan dan selamat beramal!!



*saye dan anak2 nanti :)*
regards.

Wednesday, January 18, 2012

+ Langit Biru +


Bismillah,,
Assalamualaikum.
Dah lamenyer aku tak hapdet belog ni.
Actually, hari2 jenguk belog but i have nothing to say.
Sorry.

Awal tahun. Tiada azam.
But, i would say that i wanted to do some changes in me. Life.
Tahun ni umur aku dah 26 tahun.
Dah tua rupenyer aku nih.huhu.
Singkat betul hidup ni,kan?
Rase macam baru semalam abes sekolah :) *perasaan mude*

Terase aura ke'tua'an aku terserlah sekarang ni.
Especially, aku dah kuat membebel.
Sian encik hasben.
Selalu memakse diri mendengar alunan bebelan yang indah dari aku. hikhikhik.
Sabar ye, ni tande isteri sayang :)

Boley tak kalo tak nak cite pasal wedding lagi?
Maybe, sometimes i would love to write some entries bout wedding.
Sebab, family aku maseh ade balance anak dare and anak terune.
So, one day, aku sure akan gembar gemburkan kisah wedding dorang ni,kan?
Tapi, sekarang, i dont feel like to talk about wedding.
Cukup2 la entry rujukan yang lepas2.
Buley ke? =)

I think, it's better for me to write randomly my daily activities.
Or share some infomation, so korang bleh gak tambah ilmu pengetahuan sket.
Ye tak?
Pendek kate, aku akan tulis anything yang aku rase nak tulis.
Harap, korang akan terus menyokong penulisan belog aku ni, even it's not regarding wedding.
ok? ok? Pelissss! *with sparkling eyes*


Walau hidup penuh dengan cubaan dan dugaan.
Dont ever forget that, ade orang yang akan bahagia dengan kehadiran kite.

regards.
Wassalam.

Monday, January 2, 2012

+ 2012 +

Adekah 2012 adelah tajuk yang seram?
As if you remember the 2012 movie, hihihi.
Assalamualaikum dan happy monday!!
It's the first day working on 2012, rase lain plak. Eceh, padahal takde beza pun :p

New year is not making any big difference on me actually,
aku pun bukan stereotype person yang pasang azam tiap2 awal tahun dan mengeluh dihujung tahun sebab tak mencapai keazaman yang dipasang! hampeh tak cemtuh?
Lebih baik tak pasang azam, just achieve every single desire that i wanted :)

Dan, aku pun bukan jenis orang yang pegi count down kat park2 sambil tengok bunga api ngan kawan2.
Pastu, overnight. Sok pagi baru balik umah, phew~
Yelah, aku baru terpikir kenape aku tak pernah celebrate count down? But, bile pikir2 balik, what for?

Just thought, i'm a big girl now.
It's either i keep on smiling or start to worried.

2011, meninggalkan aku dengan 1001 kenangan.
For sure, i will always remember.
It's the year that i change my title to "Puan".
Same thing goes to ma sister, she got married on the very same year, Alhamdulillah.
Selain tu, perkahwinan aku jugak membuka ruang tuk Abah meluahkan kaseh sayang pade kami,
ever since then, we've been close. Alhamdulillah.
Allah maseh memberi kami ruang tuk bahagia dalam cara kami sendiri, Thank God!

Almost 9 month kami menumpang teduh dirumah mama, 2012 menjadi titik tanda penghijrahan kami.
Where we will insyaallah move in our home this coming February.
Alhamdulillah jugak, persiapan tuk berpindah dah 65% complete.
Tinggal nak settlekan urusan JKR, TNB dan SAJ, angkut barang dan pindah masuk rumah.
I'm so happy.

Walaupun hidup kami are slower than others but, i fully believe that Allah has plan our life smoothly.
And, we will go with the flow as if it's good for both of us.
So, doakan la yang terbaik tuk kami berdua yep :)


regards!