Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 19, 2012

Allah Sayang Wanita


Assalamulaikum
Salam Satu Malaysia!
Salam ceria di Hari Khamis yang indah :)

Pagi ni aku pegi keje ditemani sang mentari yang baru 'bangun tido'.
Jingga dan sangat indah.
Cume aku tak sempat nak snap gambar, sbb tengah driving.

Hari ni aku nak share ngan korang pasal kaseh dan sayang Allah pada makeluk yang bername Wanita.
Pernah tak korang sebagai wanita rase;
"Argh, dunia ni memang tak adil..lagi2 tuk orang pompuan!"
"Kenape la wanita yang selalu jadik mangse,,"
"Kenape Allah ciptakan wanita ni lemah??"

Jangan tipu, nanti kene sambar petir. hehe.
Dulu aku pun berfikir camtu *huh! sangat tak berilmu,kan?*
Tapi setelah puas memikirkan segale yang berlaku ade hikmahnyer, maka, aku sedar
yang bahawasanya kejadian wanita di bumi adalah sangat istimewa.



Gelaran isteri di dalam Al-Quran.
Allah SWT tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita, malah didalam Al-Quran,
suami dan isteri digelar Zaujuh yang membawa maksud pasangan.
Islam melihat suami dan isteri sebagai pasangan serta pelindung kepada satu sama lain.
Bukan sebagai pesaing.

Darjat tinggi kepada wanita.
"Syurga itu ditelapak kaki ibu"
Biasa dengar,kan?
Subhanallah, sangat tinggi darjat yang Allah SWT kurniakan kepada wanita.
Bersyukurlah.

Selain tu, terdapat sabda Rasulullah yang berbunyi;
"Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" -kaum wanita sentiasa dilindungi :)

Nama yang mulia pada bahagian tubuh wanita.
Terdapat bahagian tubuh wanita yang digelar "rahim" yang bermaksud Maha Penyayang.
Didalam rahim inilah wanita menjaga sebuah nyawa yang menyambung warisan anak adam.
Ia merupakan penghubung kepada makeluk.

Diberi pahala dan keistimewaan berterusan.
Walaupun wanita mempunyai kekurangan kerana diberi cuti oleh Allah SWT daripada bersolat setiap bulan,
namun, wanita terus terusan diberikan pahala sekiranya wanita itu bersabar dengan ketidak selesaan yang dialami.
Selain itu, wanita yang melahirkan anak juga digugurkan dosa-dosa seperti bayi yang baru lahir.

Menjaga tertib serta taat pada suami juga merupakan bonus kepada setiap wantita untuk mendapatkan pahala daripada Allah SWT.

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya,
“Adakah kamu menyembahyangkan mayat?”
Jawab mereka,Tidak”.
Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

 “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

 Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

 Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

“Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”

Hah. Hamek ko. Banyakkan kaseh sayang Allah SWT pade kite?
Jadi, kalo rase dunia ini tak adil, maka kejarlah akhirat.
Sesungguhnyer akhirat itu tiada tolok bandingnya keadilan bagi sekallian makeluk.
And, sape kate Allah tak adil pade kaum wanita?

Renung-renungkan dan selamat beramal!!



*saye dan anak2 nanti :)*
regards.

No comments:

Post a Comment