Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 28, 2012

Weeding Invitaion Yang Dihampakan

Salam Satu Malaysia.
Hari ni tak nak blues2..every Monday is a pinky Monday!
Girlish tak i? huhuhu..gigirl la sangat! *roll eyes*

Stright forward to the roots of question;
" Why you blogging? "
I can simply answer;
" I'm blogging because i have no diary "

Smile.

Gosh! Ramai yang curious kenape aku ade blog. eh! kenape aku takleh ade blog,kan?
Ramai kate aku tulis tak best. ehem, aku bukan a real writer. Bukan jugak minah jiwang. Sori sebab blog aku takde ayat bunge2 cinte..lalala..
FYI, aku tulis blog sbb aku suke tulis diary tapi terlalu malas nak meniarap everytime aku rase nak coretkan something about my life.
Tau kan dak pompuan memang suke meniarap atas katil memalam sebelum tdo just to write something in their diaries. Biarlah sepotong ayat sekali pun, hehehe. Tu aku la tuh..PEMALAS!

Lupekan pasal diari. Moh kite cite pasal kawen. HOH! Terus semangat.

Last weekend, 26 & 27 May, banyak giler wedding!!!!
Fuuyyyooo, untung la weekend langsung tak masak. hahahaha.
Alhamdulillah, kengkawan maseh lagi mengingati kami dan kerana itulah kami diundang dalam majlis mereka. It's really excited bile dapat tau kawan2 nak kawen.
Sayangnyer, kami tak dapat nak attend sume wedding. sobs. We have to pick four out of twelve wedding invitation on last 26 & 27 May.

My husband and i decided to attend two wedding each day. sebab tak larat.
Plus, aku baru baik demam and anuar maseh demam.
Tak larat nak travel all the way to Pontian then patah balik ke JB. huish. sungguh tak larat.
Jadi maaf la kalo ade wedding invitation yang terpakse kami tolak.
Kami attend wedding yang dekat2 jep. aci tak?
The other odd reason is, kami diarrhea. Yes, both of us. Sweet kan? =)

So, pade kawan2 yang dah selamat kawen tuh, Selamat Pengantin Baru.
Semoga tabah menempuhi alam perkahwinan.
Dan, semoga perkahwinan diberkati sehingga ke akhirnya. Amin.


Loves. Izrin

Tuesday, May 15, 2012

Hari Mama ! Hari Mak!

Entry yang patut publish on sunday lepas but postponed.
Sebab aku terbace Ustaz Azhar Idrus tweet " haram menyambut Mothers Day "
Kat dinding pesbuk aku pun aku tak wish but here the secret.. *muke degil*

Taaaadddddaaaaaaa!!!!
Cheese Choc Cake.
1/2 for Mama & 1/2 For Mak. Adil. (^^)

Maap Ustaz. Saye memang degil. huhuhu. Sile sebat tapak tangan saye sbb ingkar. (-__-)
Actually, aku bace tweet Ustaz tu then tak bace pun sebab musababnyer..
sebabnyer aku tak nak ase bersalah!
Pas dah beli kek baru aku bace..okeh, at least, aku betul2 selebret Mama & Mak..
bukan sebab lain-lain pun.

Hajat hati nak belikan gelang mas kat Habib Jewel but, our financial is unstabilize.
Ceh! cakap jelah tak mampu kan.. hahaha.
Anyway, tak kire la how much cost i have to spend still isn't enaff nak bayar balik ape yang Mama dah spend untuk aku. kan? kan?

Oleh itu, pade hari sabtu lepas, dalam terik mentari aku pakse gak encik somi gi jusco tuk beli kek.
Memandangkan kitorg kat umah mama, dan kebetulan malam tu encik somi nak balik umah mak.
Aku terus decide nak beli kek and divided into two, hehehe. *kek pun terpakse belah due*
Bukan kedekut, but as you know, secret recipe cake mostly in big size.
Kalo beli due, cam membazir plak. Sape nak makan kek bebanyak??!
Dan yang paling penting, kami ingat our mum..
Ini hanyelah small gift from us to you both.

Even dah bahagi due pun, perlu bersusah payah nak ngabiskan kek tuh. Fuh!
Bayangkan kalo beli due, huhuhu. Tak pasal2 hari isnin kene bawak bekal kek gi opis.

Nak story pasal pengorbanan Mama ker?
Takyah la, sbb i don't think it will be end in just one entry. right?
So, pade korang yang masih ade ibu, mak, mummy, mum, amma, mama, umi dan lain2 seangkatan..
appreciate la mereka-mereka.
You have no idea how much they sacrifice to make you a person.

Walaupun aku selalu gaduh ngan mama, marah ngan mama, geram dan lain-lain perasaan.
Mamalah kawan terbaik aku! Teman ngumpat aku.
Hoi, pastilah. Sape lagi yang kenal aku lebih dari orang lain? kan? No one else.
So, walau camne tegang pun hubungan aku ngan mama, i will never hate her.
Deep inside, i really love you, mama.
You mean so much to me Mama. I Love You!

Nak upload gambar mesra kami, urgh. Terlalu mesra la plak. hahaha.
Terpakse ditapis. ngeh2!

Mama, thank you for everything!
Harap mama tak bosan layan kite..
Love you till death.

tetibe teringat yang aku penah cakap kat mama yang aku tak nak kawen dan nak dok ngan mama sampai tua. hahaha. penangan orang putus cinte. Moron.
Walaupun dah kawen, syurga aku maseh ditapak kakimu Mama. hugs!




Love. Izrin

Monday, May 14, 2012

When A Friend In Need..

Salam Senin korang!
Sedang entry ini ditulis, cuace kat luar hujan lebat..
ohh, bestnyer kalo sekarang adelah waktu malam, pasti tido lena..ZZzzzzzz!
Tapi, unfortunately, it's in the morning and yes, i am working. Urgh!

Naseb ade hot milo sebagai peneman sepi.
"ko ni selalu curik mase keje buat belog kan??"
"Huh! Mane ade!"     <--   padahal??!! hahahahaha.

Keje sebagai pegawai khidmat pelanggan kadang2 tak mencabar, lelagi duduk kat main office.
Selain kerap dikunjungi bos2 besar, dato'2, datin2, kerap lagi opis aku ni sunyi sepi.
Sebab bos besar kan jarang dok opis..hehehe.
Dan, hari2 la aku ade jep mase nak menulis diari dalam belog nih..okeh.
Bukan curik mase in fact, aku isi mase lapang ngan bende berpekdah. :D
Lagipun, aku hebat sebab dalam menjawab call maseh lagi bleh menaip!

Okeh la. Sape kat sini penah putus cinte??
Huish! Ramainyer yang angkat tangan..
Hurm..it's a normal phase in every person life..
Nak atau tak, it's not an option. Kite akan mengalaminyer.
Tapi bukan sume orang same rase sakitnyer..

Recently, my close friend having a heart-break. sobs.
Aku sedeh tengok keadaan die, i know she really suffering.
Bayangkan, berat badan die boley turun 5kg dalam mase 3 weeks. OMG!! *ini bukan iklan ubat kurus*
Aku try gak tuk keep her spirit up but, korang yang penah melaluinyer sure faham.
Korang akan rase cam nak tumbuk muke orang yang convince you to just forget about that guy, easily, just like that sambil jerit "KO CAKAP SENANGLAHHHHHH!!!!"

Really. Putus cinte memang sakit.
Aku tau ape yang kawan aku sedang lalui coz  aku dah lalui.
Syukur pada Allah, aku maseh hidup dan diberikan kebahagiaan yang abadi, insyaallah.

Tapi, ape yang aku nak cakap kat sini, aku tak berjaye pun tenangkan kawan aku ni.
Kesian die. *tak gune betul aku ni*
Family die jauh, she rent a house alone.
I can imagine, what she will do in time she arrive at home.
Malah, mungkin tak sempat pun nak bukak pintu pagar or tukar baju.
Definitely, she will cry all nite long.

sobs. Ape aku nak buat.
Aku bukan kat tempat die. Aku tak nak jadik macam orang2 lain yang senang2 je cakap;
"Dah la, tak gune nangis..move on.." or
"Ko ni membazir je nangis tuk orang cemtuh..!!"
Aku bukan cam nih, makin saket hati minah tu adelah.

Aku cube jadik pendengar yang baik.
But, i know. It's not enaff. I shud have say something pleasant, tapi ape??!
Aku takut je tersalah cakap and akan membuatkan minah tu makin saket!
urgh! I'm a very bad girlfriend!

To my girlfriend, named xxxxxx, <--terpakse censored atas sebab2 keselamatan.

"Babe,
i had try to coax you, try to keep you spirit up.
I really don't know how to make you just like you. You are not you anymore babe.
I'm afraid i might losing a fun girlfriend i had before.
Every single words i said might sometimes hurting you like when im asking you to;
stop thinking about him..or..let him out from your mind.. i know it's hard for you.
But, that's the best word i can think at that time and the best advise i can give to you.
*based on  my experience perhaps! sigh*
I just wanna see you smile, not a fake smile you did recently. Damn. you are ugly in that fake smile.
I have gone thru what you went thru, i know it's hurting, so much.
I know you keep thinking like thousand times " WHY!!!" but still you haven't figure out why..
And, i know you tired.
But, i'm here to keep believing in you babe. Seriously."


Hopely, kawan aku sorang tu bace la ayat2 bunge2 aku nih.
And, i really hope it will make her smile, senyum pahit pun takpe la.

Loves. Izrin.

Tuesday, May 8, 2012

Pelamin Indah!

Hai kawan2! *nada upin ipin*
It's just a short entry..
Hari aku nak share gambar2 pelamin yang aku rembat dari encik google..time kaseh encik google!!
Saje nak bagi korang idea tuk pelamin korang nanti..


owh, suwitnyer color pastel.

hey! it's a moon chair!! nice la..

ala2, kete labu cinderella..ohsem!

it's like they using a kadbod jep tuk background pelamin..tapi hasilnyer sangat memuaskan mate!

simple and neat. I like this one!

Macam2 tema wedding sekarang ni,kan? Sumenyer pun cantek2 belaka..
Untunglah orang sekarang, barang kawen sume pun comel2.. :)
Nak kawen jugak la!! *ops! kawen lagi skali la!*

Regards. Love.

Friday, May 4, 2012

Famili Planning..

Assalammualaikum..


Hari ni aku nak share pasal perancangan keluarga.
Sume pasangan yang baru berkahwin takut nak rancang keluarge, ni sume sebab parents kite suke momok2kan kite, kununnye kalo merancang nanti bile kite dah nak anak susah plak nak dapat.
Haish, rezeki kan ditentukan oleh Allah. Bukan sesape, bukan ibu bapa kite.


Bile kite dah bersedia untuk berkahwin, bukan bermaksud yang kite jugak dah bersedia nak menimang anak, betul tak? Memang hati mahu tapi mentaliti? Kewangan? Or kite terlalu mengikut kehendak "atuk nenek" nyer yang tak sabar nak cucu?


Tapi, ia bukan semudah yang disangka..mempunyai anak memerlukan persediaan mental, fizikal dan kewangan yang kukuh.


The question is : When to have babies??

Situasi :
Jenab : "eh u dah ada isi ke??"


Rina : "TAK.." dengan tambahan "i'm planning... we're thinking of 2014 to raise a child"
lantan jawab spontan manusia (yang pada hemat saya tak pikir panjang)---


Jenab : "ehhhhh anak pertama jangan rancang! tak baik plan-plan!!"
 
TYPICAL!!
p/s: merancang keluarga tidak salah di sisi agama Islam.
bila bercakap pasal family planning.. maksudnya merancang untuk MEMBINA sebuah institusi keluarga... bukan kahwin, beranak, letak kat facebook, bagitau orang dah ada anak, bagitau sedara dah ada baby... ukur baju di badan sendiri sama ada anda sudah benar2 bersedia mentally & financially?
Jangan nanti, nenek and atuk plak yang kene jage and sekolahkan anak korang tuh!
 
it's not easy to raise a child..lebih-lebih lagi korang yang dok kat bandar besar cam KL tuh.
Young married couple..do not only think of urself, just to please ur parents, to show relatives & peers that u're pregnant..blurghhh! can u just freaking think about the future of the child?


Selepas beranakkan anak tu, tak boleh masukkan balik dalam perut tau..
Kene ingat anak itu satu AMANAH jangan jadikan BEBAN!
Depan orang korang senyum, kat rumah bergaduh kerana anak, sedangkan belanja baru kahwin pun entah terkial2 nak setelkan (melainkan korang kawen free!) ini pula nak membesarkan seorang lagi insan bernyawa. FIKIR.
Mungkin ada yang akan kata "ehhhh rezeki anak lain!!!"
rezeki ni semua datang dari usaha, doa dan tawakal. Bukan datang pade kite bergolek2.
Memang ada orang rezeki dia datang selepas ada anak sebab pasangan itu berusaha untuk meperbaiki kehidupan demi anak mereka bukannya menonong duit masuk dalam akaun bank.


Kisah ini saye terbace dan copy dari blog someone yang saye pun dah lupe, try search balik langsung takleh recall. Sorry ea sis..


Kisah Benar ;
Seorang isteri berjawatan berusia 29 tahun dan gaji bulanan adalah RM3500 sebulan manakala suami pula bekerja sebagai akauntan dengan gaji RM4000++
Mereka tinggal berasingan kerana sorang bekerja diutara sorang lagi diselatan. Konon lepas kawen nak rancang tuk hidup bersame.
Selepas bernikah, beliau bunting pelamin. jadi, tak sempat beli rumah, hias rumah, nak rancang tinggal bersame, menyambut raya berdua, pegi honeymoon, rasa kemesraan berdua... semua tak sempat! semuanya masa dan kewangan untuk si kecil.
1) nak beli rumah = kena pikir, duit nak pakai untuk baby
2) nak hias/beli perabot = uishhhh. tv plasma & set sofa kena tolak tepi, duit boleh buat belanja bersalin
3) honeymoon apatah = jauh panggang dari api. bini tengah ngandung ngan morning sickness lagi ngan tak larat lagik.
maka kawan saya sudah tetap dgn gynae hospital swasta (average rate), akan bersalin hujung tahun... so bak kata pemikiran cliche, rezeki kan?? kawan saya itu mengalami contraction pada bulan ke 7 mengandung... bila ke hospital, mmg sah hendak bersalin, bayi tak cukup bulan. maka, tanpa suami jarak jauh dan ahli keluarga, kawan saya menangis sekuat hati mahu tunggu at least ibunya tiba di KL. dalam masa 1jam 30minit ibu nya sampai, (mujur tak bersalin lagi time tu) maka kawan saya di bawa masuk ke labour room.
Mulalah saat sedih... dia takboleh push kerana terlalu penat menangis. maka kena c-section. yuran bersalin normal yang pada mulanya RM2k melonjak kepada RM5k....
bayangkan. namun, alhamdulillah selamat melahirkan.
Pulang ke rumah, beberapa hari selepas tu, bayinya yg tak cukup bulan kurang sihat. bawak ke hospital kena follow up dan admitted. easily RM2k lagi...
kini sudah setahun usia bayi tu.. haritu saya dan suami melawat.
Rumahnya sepah, tak teratur, perabot entah ke mana, susun atur dah macam hape, asal boleh.
note: kawan saya ini seorang yang sangat sangat jujur. tanpa bertanya dia cerita sbb dia tahu kami pasangan baru kahwin...
Maka kite kene buat persiapan kewangan berdasarkan kepada ape yang pasangan ni dah lalui ;



- c-section RM5k
- rawatan baby kurang sihat RM2k
- diapers/baju/pump/cot/etc barang bayi RM3k
- perawatan tradisional pantang RM1500
Selepas habis pantang mula bekerja:-
- nursery RM300 sebulan
- diapers RM300
- formula milk RM300
- ubat / brain development toy/ lain-lain RM200 sebulan.
UNTUK TEMPOH BERSALIN + PANTANG, TOTAL = RM11,500
UNTUK SELEPAS PANTANG, TOTAL = RM1,200 SEBULAN
Ni baru kewangan tuk si kecil belum lagi tuk keperluan kite sendirik.
Rumah, kete, duit rumah, barang2 asas, bil2..
Senang ke nak membesarkan seorang anak? SUSAH!
Belum masuk stress management. contohnya, suami isteri pula kena kerjasama--- soal masa. anak baru lahir sehingga dia berusia satu tahun kena bangun setiap 3jam attend the baby tau. bukan boleh senang2 tidur berdengkur. banyak lagilah, saya rasa ramai ibubapa muda boleh share kat sini.


Lagi plak ni tahun 2012-- memanglah senang ada yang cakap--
"alahhhh biasa2 je sudahlah. orang dulu susah pun anak dia hidup je"
sebagai ibubapa takkan we dont want the best for our kids?
takkan kita nak besarkan anak dengan konsep BIASA-BIASA JE?
kalau setakat nak ada anak tapi ala-kadar buat apa? biar usaha sehabis baik untuk kehidupan anak tu bila meningkat dewasa. anak aset ibubapa.

Now we talk about REZEKI~!
ada yang baru kahwin 3-4 bulan muka dah muncung macam cencurut sbb tak pregnant lagi. tension katanya.
kalau orang tanya, atau salah cakap nak melenting tak tentu hala. hormon tak stabil.
relaxlah~~~ mungkin tuhan tahu anda tak mampu besarkan anak lagi. jadi tuhan lewatkan sedikit. fikir positif. so, relax. jangan tertekan. take ur time. melainkan dah lebih 2tahun baru seek for treatment, dengan izin Allah.

Fikirlah, mmg wang bukan segala-galanya... tapi kerana wang lah punca keretakan rumahtangga ke-2 selepas pihak ketiga. kerana wang tak cukup, tak stabil -- pasangan suami isteri akan bertengkar. so, chill~~~~ jalan kelam kabut, indenial, atau melenting tak tentu hala.
Bila korang dapat tahu kawan lain mengandung, sila tumpang gembira. Jangan tunjuk sangat muka tak puas hati just because ur not pregnant... now we really talk REZEKI!


Ingat, anak tu amanah Tuhan yang perlu kite jage bukan sebagai barang tuk korang show off dah tu tak reti plak nak jage. Mengeluh lagi sbb susah nak jage anak. Bile dah stress sgt dera plak anak tu, abeh anak tu korang bantai!
Pade korang yang belum ade anak tuh, kengkadang korang rase cam dah bersedia tapi Tuhan Maha Mengetahui, Die tau korang belum bersedia jadik die bagi zuriat tuk korang lambat sket. Oleh itu, jangan cepat berputus ase okay! Insyaallah, pasti ade rezeki nanti.


Semoga cerita ini mampu membuatkan korang yang menanti2 tu (cam aku) or yang sedang merancang tu menarik nafas lega sket =)


Yang penting usehe tau!
*eh! best ke entry senget ke kiri camni??*


Regards. Love.

Thursday, May 3, 2012

Kami Merancang, Tuhan yang Menentukan..

Salam Khamis, Salam 1 Malaysia!
Terase berwibawa sungguh bile ke kantor dengan baju batik.
Thats why i'm proud to be Malaysian =)

Semalam aku announce kat Facebook aku sedang amek anak angkat!!
Terus inbox aku diserang ngan soklan tak berasas bertubi2.
Soklan yang aku tak terpikir pun ade. Oh, Malaysian people sometimes you put too much concern!

Time kaseh la pade yang inbox, yang mane aku tak reply tu means aku takde jawapan tuk soklan korang :)
Soklan korang terlalu mendalam, ade gak yang racist. Macam2 la.
Kelakar and sedeh gak sbb orang Melayu kite ni maseh berpikiran kolot. heh!

Soklan2 yang pelik yang aku jumpe dalam inbox aku semalam;
Ko amek budak dari mane?
Ko siasat tak latar belakang budak tuh?
Ko amek anak INDON ke?
Ko ikut prosedur tak?
Ko TAK LEH mengandung ke?
Ko serik nak ngandung ke?

Haha. Kelakar la korang nih. Klakar sampai nak nanges pun ade.
So, biarlah aku terangkan pade korang yang mungkin tak faham.

Ye, aku dah dua kali keguguran, bukan aku buang or sengaje tak nak.

Tapi, ni perancangan Tuhan tuk aku ngan hasben, kami redha. Korang harus terus menyokong kami bukan kondem.

Dan, aku TAK PERNAH serik pun dalam berusehe tuk mendapatkan zuriat. Kalo bleh kitorang nak anak ramai! Bleh buat team football.

Doktor kate rahim aku OKAY, so, assumption aku TAKLEH mengandung lagi tu adelah sangat kasar dan tidak benar same skali. Setakat ni alhamdulillah, rahim aku okay cume belum ade rezeki.(^^)

Macam aku cakap, ni sume perancangan Allah tuk aku.

Anak angkat yang aku war2kan tuh adalah anak kepada kawan aku yang comel lote!

Maknyer bagi keizinan tuk aku same2 nengok baby Dinie membesar..Alhamdulillah, mak Dinie banyak support aku dalam menghadapi tekanan akibat keguguran.

Aku dan nuar pun bukan la amek terus baby Dinie and tinggal ngan kitorang, since Dinie ade mama and baba yang baik. Kami cume menumpang kebahagiaan dorang dalam membesarkan Dinie.

Thanks ye babe!

Sekarang ni, aku ngan nuar merancang tuk ber'hanimun' dulu.
Bukan niat menidakkan rezeki, kalo ade rezeki kami terime. Tapi lebih baik aku abeskan study dulu.
Sebab, dah dua kali aku keguguran mase tengah menghadapi exam.
Mungkin penangan exam aku tak mampu nak handle dan menjejaskan kandungan.
Biaselah aku ni suke studi last minit and dah jadi habit aku akan stay up sampai pagi.
Pastu terpakse travel Johor - Melaka lagi.
Insyaallah, rehat dulu (^^)v

Ape2 pun, still nak ucap time kaseh kat korang yang bagi macam2 pendapat.
Aku amek sumenyer dengan +ve, sbb sure korang berniat baik,kan? (^^) *pasti..*

Thanks pade famili aku yang sgt menyokong and suami yang sentiase ade disisiku =)
Thanks gak pade kawan2 yang selalu bagi kate2 semangat! Thank you!

Ape2 pun, keep reading and following my blog.
Nanti nak share banyak lagi info ngan korang =)

Regards. Love.

Wednesday, May 2, 2012

Kerusi Moden di Pelaminan Cinte..

Assalamualaikum..kum..kum.. *sayup-sayup*
Halamak! Scary lak. Teringat cite hantu kum kum dulu.
Punyer la bodo sebab takut gile ngan orang yang datang jual barang kat umah sampai sanggup semunyik bawah selimut everytime they coming.
Especially those yang pakai purdah, hahaha. Zaman kanak2 memang penuh ngan kisah2 momok!

Namun, bukan itu yang nak di ceritekan kat sini. Skema. Dush!
Hari ni aku nak highlight kisah kusi pelamin yang dah semakin mengujakan hati nurani.
Aduii, kalo buat entry wedding, sume bende sangat mengujakan..
Apekan daye, niat hati kawen biar sekali seumur hidup =)

korang yang nak kawen, jum usha kusi pelamin korang nanti.

Ni musim kusi2 zaman sekarang..
sbb nak nampak background blakang, pengantin sanggup tak bersandar.
Aku tak minat sbb aku lebih suke bersandar and rileks!


This is too much space plak.
Sape nak duduk kat ruang2 len tu unless korang kawen on double wedding.
Tapi background dais tu macam ohsem gak kan?


Uish, kemain kecit kusi die, pengantin kene dok berhimpit plak, kihkihkih.


Oh, ini sangat ohsem la!
Tapi same gak, pengantin still takleh nak bersandar.


Sekarang kusi umah pun dah bleh jadi kusi pelamin..tapi nampak selese kan?
Baru la kurang nebes pengantin!


Saje nak gtau korang yang pelamin aku bentuk cemtu la dulu..ngee.
Tapi aku tak pakai kosi share, sbb kitorg tak suke share kusi. sekian. hahaha.


Perasan tak pelamin ni macam buaian?
Dan kalo duduk sure ase cam nak baring..cosy!


Kusi pilihan semase..kusi ni sesuai digunekan kalo kene ngan pelaminnyer..
tak sure la selesa ke tak..


Pelamin yang minimum, kene plak ngan kusi yang minimum..
tampak sangat balance disitu ngan warne yang agak pastel. wow!

Oh, ye. Nak share ngan korang.
FYI, korang sebnarnyer bleh demand korang punyer pilihan kusi pelamin and sile try before korang betul2 duduk kat kusi tu sbb kadang2 ade kusi yang tak selese tuk korang duduk.
Ape lagi nnt bile dah pasangkan ngan pelamin, kusi tu nampak cam ter'togok' dan sungguh tak kene.
Or, kusi tu menutup background pelamin korang yang ohsem, ruginyer!

Kalo wedding planner korang tu baik, dorang sure akan lukis lakaran pelamin korang so that korang bleh describe camne pelamin korang nnt. And dorang perlu jujur gtau kusi tu seswai ke tak ngan pelamin pilihan korang. okey!

Selain tu, nak cakap gak.
Bahawasanya kusi2 lame pun maseh reasonable tuk diguna pakai ngan pelamin2 terkini.
Entry ni saje aku buat sbb banyak sangat kusi yang cantek2 skrg :)
Im giving you more option. (^^)v

Ok, thank you for reading, kalo sudi moh ler follow belog aku!
Regards. Loves.