Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 1, 2013

Modul Keluarga Sakinah

Hye guys! Happy New Year! It is 2013 y'all. hehe. Selamat Tahun Baru, may this upcoming 2013 bring us more joy, prosperity and many2 happiness! Insyaallah. Typical people will ask you "Hoi, ape azam tahun baru ekau?" huh. Do they copy the question every time? Then, orang malas akan cakap "Halah! Samo yolah ngan azam tahun lopeh!" hahaha. Cait! Aku plak still figure out what will be my target this year. What I wanna achieve better than last year. Ape hek? Cause, I'm not like anyone else who made azam every new year, well..yeh.. I don't! Is that bad? ouch!

Okeh. Saje nak share ngan korang pasal Modul Keluarga Sakinah. Wah! Well, yes. I'm attending a short lecture of Pembangunan Keluarga Sakinah by Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, which you can click here to surf them better. It's actually anjuran bersama Puspanita Negeri Johor. Memule kene pakse pegi. heh. Betul orang kate, kalo majlis ilmu tu, liat sungguh minat kite nak jatuh hati. Cube soh gi tengok bola kat stadium. Palang besi sanggup ku panjati *hahaha. Incident gi tengok game Johor. Memalukan sungguh!!*. I think, YPKDT is using a good approaches by acting all the module than lecturing us, so, ia sangat mudah difahami, tidak membosankan dan seronok! Walaupun aku rase seronok, kakak depan kusi aku ni boley plak tido sampai terlentok liuk kepale die, haha. Sori kakak!

In my opinion, Modul Keluarga Sakinah is a must in every muslims family. Furthermore, in the modern world and sophisticated and rapidly developing countries, too many challenges for us to form a keluarga sakinah. It takes a lot of effort to YPKDT to deliver this module to the public. And, I personally think it is a worth knowledge for me, yang baru saje mendirikan rumah tangge ini. Cewah! Tau tak betape beriye-nye aku. Hubs balik terus-terus je cter ngan hubs sume modul dari 1 sampai 10. hahaha. Dan, sekarang, harus dishare with all of you. Enjoy!

MODUL 1 : KURSUS PRA PERKAHWINAN

  • Kursus ini dijalankan di seluruh negara dengan nama asalnya Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam ( MBKPI ).
  • Setiap pasangan diwajibkan menghadiri kursus sebelum berkahwin.
  • Cara perlaksanaan kursus adalah tertakluk kepada negeri masing-masing di Malaysia.
MODUL 2 : PERSEDIAAN KEIBUBAPAAN
  • Menerangkan upacara akad nikah
  • Cara melaksanakan ucapan penyerahan dan penerimaan tanggungjawab ( taklik )
  • Menerangkan tanggungjawab suami isteri
  • Panduan menghadapi alam rumahtangga

DALAM UPACARA AKAD NIKAH DI JOHOR
  • Perlu ada penyerahan tanggungjawab dari bapa pengatin perempuan kepada pengatin lelaki serta penerimaan
  • Perlu ada penerimaan tanggungjawab dari pengatin lelaki daripada bapa pengatin perempuan
  • Juga penyerahan tanggungjawab dari seorang ibu kepada anak perempuan
  • Penyerahan tanggungjawab ini dilakukan untuk memperingati tanggungjawab sebagai suami

 p/s : ade sesetengah majlis akad nikah yang aku attend, takde pun dilangsungkan upacara taklik dan penyerahan tanggungjawab bapa kepada menantu dan sebagainyer. Aku tak sure samada kadi yang skip atau atas kehendak pengantin dan keluarga. Wallahualam.

MODUL 3 : PRA KEIBUBAPAAN
( HAMIL )
  • Menerangkan garis panduan mendapatkan zuriat yang soleh.
  • Persediaan kerohanian & fizikal menyambut kelahiran.
  • Persediaan pengetahuan & bimbingan untuk melahirkan zuriat yang bertakwa.
MODUL 4 : ASUHAN BIMBINGAN DAN PENDIDIKAN
( BAYI HINGGA 7 TAHUN )

-     Menerangkan kaedah menyambut kelahiran bayi.
-     Cara memahami psikologi kanak-kanak.
-     Tanggungjawab mendidik anak tentang ilmu fardhu ain.

MODUL 5 : ASUHAN, BIMBINGAN DAN PENDIDIKAN
( MUMAYYIZ HINGGA BALIGH )

-     Menerangkan persediaan asas remaja berkualiti.
-     Penerapan sifat-sifat kerohanian.
-     Penyediaan fizikal.

Objektif :

-     Penyediaan asas-asas remaja berkualiti, bermaruah dan mempunyai jatidiri.
-     Memberi kefahaman tentang pembacaan Al-Quran.
-     Melahirkan generasi yang cinta kepada budaya murni.

MODUL 6 : ALAM REMAJA

( 15 HINGGA 21 TAHUN )

Program 1 : Penyerahan Taklif
Program 2 : Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran

Program 3 : Kerohanian

Program 4 : Kewangan Dan Material

Program 5 : Fizikal Dan Kesihatan

p/s : aku pun tak pernah lalui proses penyerahan taklif dulu, huhu.

MODUL 7 : ALAM DEWASA
( 21 HINGGA 40 TAHUN )

  • Penekanan aspek pengukuhan akidah.
  • Penghayatan amalan fardhu ain & kifayah.
  • Membuat keputusan dengan pertimbangan akal.

Objektif :
  • Melahirkan genarasi contoh dan mithali.
  • Melahirkan Genarasi Jati Diri Dan Berwawasan.

Program 1 : Pengetahuan
Program 2 : Kerohanian

Program 3 : Fizikal / Kesihatan

Program 4 : Kewangan Dan Material

Program 5 : Sosial Dan Kemasyarakatan
 MODUL 8 : ALAM MATANG
( 40 HINGGA 50 TAHUN )

  • Berkaitan usaha mempersiapkan diri menghadapi usia emas.
  • Peningkatan ibadat fardhu ain & sunat.
  • Penyucian nafsu
  • Menjauhi larangan Allah.

Muqaddimah

Alam matang merupakan satu tahap di mana seseorang itu mencapai usia 40 tahun ke atas. Permulaan alam dewasa yang mana ia adalah dikaitkan dengan peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu ketika berusia 40 tahun. Pada tahap usia ini setiap orang perlulah menyiapkan diri dengan rapi untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dengan lebih yakin dan bersedia sama ada dari segi fizikal dan spiritual bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat. Ia adalah merupakan peringkat umur untuk menerima tanggungjawab yang besar dan mencabar.

Objektif :
  • Untuk melahirkan ibu bapa mithali.
  • Untuk melahirkan insan kamil yang matang.
  • Untuk melahirkan insan yang mempunyai ilmu pengetahuan luas dalam semua bidang.
  • Untuk melahirkan kesedaran, bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan negara.
  • Untuk menjadi sumber rujukan kepada generasi muda.

Program 1 : Pengetahuan
Program 2 : Kerohanian
Program 3 : Fizikal Dan Kesihatan
Program 4 : Kewangan
Program 5 : Sosial Dan Kemasyarakatan

MODUL 9 : USIA EMAS
( 55 TAHUN KE ATAS )
  • Peningkatan aktiviti kerohanian, kebajikan dan amal soleh.
  • Mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala.
  • Peringatan kepada mati.

Muqaddimah

Usia emas merupakan satu tahap umur di mana seseorang itu sudah berada di satu tahap yang cukup matang dan segi fizikal, mental dan pengalaman hidup. Dalam usia sedemikian, seseorang individu itu sudah tidak wajar lagi mengabaikan masanya begitu sahaja kerana lumrahnya di peringkat umur inilah semakin hampir menemui Tuhannya pada bila-bila masa. Bekalan yang cukup melalui kerja-kerja kebajikan. dan amalan soleh yang digalakkan oleh Islam perlu disempurnakan di peringkat umur ini. Kelalaian akan membawa akibat yang merugikan kepada kehidupan masa depan kita di akhirat kelak.

Objektif
  • Untuk mempastikan individu di usia emas meningkatkan aktiviti kerohanian, kebajikan dan amal soleh.
  • Untuk merangsang semangat dan kemampuan yang sudah mulai pudar dalam diri individu berusia emas.

Program 1 : Pengetahuan
Program 2 : Kerohanian
Program 3 : Fizikal
Program 4 : Kewangan
Program 5 : Sosial Dan Kemasyarakatan

MODUL 10 : KHUSNUL KHATIMAH

Usaha bagi mendapatkan khusnul khatimah
Tanggungjawab membantu orang yang hampir mati.

Muqaddimah

Setelah manusia menjalani tempoh usia tertentu yang ditetapkan oleh Allah SWT yang Maha Kuasa, seseorang itu pasti akan menempoh akhir kehidupan iaitu kematian.
Setiap manusia pasti akan menempuh kematian dan kematian itu akan menemui kita pada bila-bila masa sahaja. Kematian akan menjelma sama ada melalui penyakit, kemalangan, bencana dan sebagainya yang telah ditentukan oleh Allah Taala. Umur yang ditentukan oleh Allah itu tidak akan berubah dan berganjak biar sedetik pun, ia apabila sampai masanya akan datang tanpa diundang.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 185 :
·         Maksudnya : “Setiap jiwa manusia pasti akan menempuh mati”.

FirmanNya lagi dalam surah An-Nisa’ ayat 78:
·         Maksudnya : “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatican kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh”.
Husnul Khatimah bermaksud berakhimya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk. Oleh itu, manusia hendaklah berusaha mendapatkan husnul khatimah pada penghujung kehidupannya.

Objektif :
  • Untuk Mendapatkan penyudah kehidupan yang baik iaitu husnul khatimah.
  • Meninggalkan jasa dan bakti kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.

Program 1 : Pengetahuan
Program 2 : Penghayatan
Program 3 : Kerohanian
Program 4 : Kewangan
Program 5 : Khidmat Bakti Terhadap Orang Yang Hampir Mati
Program 6 : Sejurus Meninggal Dunia
Program 7 : Tajhiz Mayat

*ilusi potret keluarga suatu hari nanti,insyaallah*

Jadi pade kite-kite, yang maseh belum terlambat lagi nak mempraktiskan modul keluarga sakinah dalam berkeluarga, moh! Kite terapkan modul keluarga sakinah dalam keluarga kite. Tak kire la bermule dari mane, dimane ade kemahuan, disitu ade jalan, kan? Semoga kite dapat melahirkan dan membentuk anak-anak yang soleh dan solehah serta dapat berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Love.Izrin

1 comment:

  1. Saya betul2 tertarik dengan Modul Keluarga Sakinah.Kebetulan pula saya sedang membuka
    satu Blog mindamembongar.blogspot.com (belum ada post lagi )dan ada menyentuh tentang
    pembangunan minda bayi kecil seawal 6 bulan sehingga 10 tahun.Mengapa dan apa manfaatnya akan saya huraikan berasaskan pemerhatian luar negara dan juga pengalaman
    sendiri membesarkan 4 orang anak yang saya jaga sendiri dibawah satu bumbung

    ReplyDelete