Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 18, 2016

Trusted Brand : Shaklee


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dulu kan selau tercari-cari supplement ape yang bagus nak makan hari-hari untuk support kekurangan vitamin bagai dalam diri ni. Pastu dalam tercari-cari selalu la lost, pastu takde perkembangan. Hasrat nak amek daily supplement selalunyer boleh diklasifikasikan sebagai angan-angan. Kahkahkah. Ni citer bertahun dulu. Dari zaman muda belia sampai la dah ade anak sorang.

Tibe-tibe Allah uji mental aku dengan ganggu sikit kesihatan anak. Sekali pakej dua-dua plak tuh. Hand Foot Mouth Disease (hfmd). Naseb baik lah Allah ni Maha Mengetahui, die tau aku ni rapuh. Sikit je die bagi sakit tuh. Eheh. 

Bile anak tak sehat, mule la kepale otak aku ni berfikir banyak. Banyak sangat sampai la terfikir nak amek kan bebudak ni supplement tambahan. Mase dorang sakit tu aku ade bagi dorang minum vitamin C, mase tu aku cume tau jenama Redoxan, kebetulan aku penah rase sebijik kat rumah abah. Sedap kaw-kaw. Rase oren, lagi plak rendam dalam air sejuk. Rase bleh abeskan sebotol sehari. Ahahahaha. Tapi tu lah, sedap kat tekak aku jek. Mane bleh kan. Redoxan ni air die jenis yang cam ade gas tuh. Budak-budak mane la nak suka. Mak budak je lebeyyy. Plus, a bit expensive. Mase tu pikir nak anak cepat baik jek. Paksekan jugak dorang minum, melalak la jugak budak due ketoi tu.

Lepas dorang da sehat tu, terus la ikrar nak continue supplement. Mase tu tercari-cari gak supplement yang organik. Haaaa, sebab aku takot makan bende sembarang-sembarang abes berkimia badan aku ni. Baik-baik nak sehat tup-tup ade side effect lain plak. Lagipun, sebagai mak, aku rase aku perlu sehat. Seorang ibu kan nadi dan jantung rumah, kalo jantung tak sehat, satu badan tak sehat. Btol tak? Sape nak pam darah nanti? 

Teringat mase pantangkan Zaim ngan Zahra, aku ade la try produk Shaklee. Aku consume ESP jek, Alhamdulillah, ESP sesuai ngan aku. Berkesan gak la pada aku. Lantas, terus pi study pasal Shaklee. Puas da google sume, dok tanye plak ngn sorang kakak yang hebat lagi baik hati. Banyak gak la soklan aku, naseb kakak tu rajin melayan. Before ni beli ESP dengan die la jugak. Kikiki.

Beranikan diri beli Vitamin C. Actually, masalah aku adelah aku kerap sakit kepale, sinus akibat kurang tido. Time anak sakit memang la sangat kurang tido. Anak sehat pun bleh tahan kurang tido tu. Ahahaha. Ape nak buat, anak-anak aku bijak-bijak belaka. Tau main je, tido pun kurang.

Dari saat aku beli, sekitar Oktober sampai la sekarang ni dah bulan doblas, lebih kurang 2 bulan dah makan vitamin C, Alhamdulillah, blum demam lagi. Yang lagi best, sinus pun takde dah. Pastu dapat lagi extra, kulit muka lembap dari biase. Wow. Tak sangke. Sebenarnyer ade gak sekali tu rase badan seram sejuk, terus cepat-cepat telan 2bijik Vitamin C, terus ok. Alhamdulillah. Syukur la, tak susah rupenyer nak cari supplement ni.

Pastu kan, tau tak harge die pun berbaloi. Mahal? Memula aku pun ingat mahal. Yelah, harga Vitamin C je da nak RM100 kan? Tapi jangan cepat salah anggap. RM100 tu bleh tahan sampai 6bulan. Haaaa Hamek kau! Lame kot 6 bulan. Kalo korang calculate Tak sampai RM20 pun sebulan. Eh, Berbaloi sangat kan! 

Jangan ingat aku ni pentingkan diri sendiri. Sebab aku makan vitamin C ni supply gak kat Zahra, die kan still breastfeed. So, dapat la Zahra khasiat Vitamin C tu kan? kan?

Zaim? Haaa. Since die liat nak makan ubat la ape la, aku amek pendekatan bagi die makan Meal Shake. Meal Shake tu aku selalu campur dalam susu die. Ahaaa. Bijak tak? Sejak amek Meal Shake ni aku pasan Zaim dah kurang makan jajan. Pastu since die hfmd tu, die dah takde demam lagi dah. Dedar badan sikit-sikit tu ade lah. Blum lagi demam teruk. Harap-harap anak ibu sehat la sampai bile-bile.

Nak cite kes Zaim kene cirit birit baru-baru ni. Ntah ape la yang salah makan, bangun kul 4 pagi buang-buang air. Siap muntah lagi. Adoiii. Sian plak die lembek semacam. Nak kasi air garam konfem la die tak nak. Sedangkan susu pun die tak nak minum. Dua kali bancuhkan susu die buang aje. Risau muntah lagi agaknyer. Pastu, tergerak nak kasi die vitamin C, naseb baik la vitamin C Shaklee ni mudah larut dalam air. Ape lagi, rendam dalam air sejuk, kasi Zaim minum. Lepas minum air sejuk + vitamin C tu Zaim terus tido, pas bangun tido terus die bertenaga sket. Pastu, takde dah berak-berak. Terkencet jelah sket. Ahahahaha. Petang tu die main macam biase. Allahu. Dengan izin Allah, Shaklee ni memang ade manfaatnyer.

Start 2017 nanti nak try skin care die plak. Tapi dah beli siap-siap dah. Kahkahkah. Punyer la tazabar! Dok simpan je nutriwhite tu sebab sabun muke yang on going ni blum abes lagi. Sekarang aku pakai sabun arang biase jek, bagus jugak tapi biase la, manusia ni kan banyak kemahuan. Mahu ku kulit sehalus dan segebu Dato' Vida. Kahkahkah.

Pape pun, Insha Allah, Supplement ni aku nak teruskan sampai bile-bile. Pastu turun temurun kat anak plak. La ni tengah ajak adik beradik aku same-same amek supplement. Yang memule dok terjebak harus lah kakak aku kan. Ahahahaha. Bende baik ape salahnyer dikongsi kan. Tapi bisnes dan relation due bende berbaza. Got it? wweeeeee!

Ohhh. Nak bagitau korang. Selame ni dok beli-beli produk Shaklee, macam rugi plak kan tak jadi distributor. At least dapat gak la harge ahli. Dan untuk kegunaan sendiri.

Berminat?






Thank you for reading.


Love.Izrin

Thursday, November 3, 2016

Happy Birthday My Sweet Boy !


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah. Hari ni Muhammad Zaim dah 3tahun.
Ibu doakan Zaim membesar dengan sehat. Jadi anak yang baik. Hamba yang taat. Berjaya dunia dan akhirat. Insha Allah.

Aku ingat lagi hidup tanpa Zaim, 2 tahun lepas kawen. It is too plain. Sunyi weihh. Bukan tu jep. Pilu jangan kate la since I'm having twice miscarriage. It's not easy. Setiap kali peyed menjenguk je aku akan nangis. Mase tu bukan la berharap sangat nak dapat anak tapi sebab hati selalu terhiris dengan pressure dari orang luar. 

Lepas 2 tahun hidup plain, Allah has answering my prayer. Alhamdulillah, 9 month after that muncul la Zaim penyeri hidup kami. Punyer la happy tak terkate. In fact that happiness continuing until today. Walaupun, the motherhood journey is quite challenging, but our small house is always full of colors. Plus, we have our little princess, Maryam Zahra.

Orang selalu kate anak pertame tu selalu special. For me, yup. Aku setuju. But, it doesn't mean Zaim has major attention. Tak, tak. I have enough love to delegate to all my children. Zaim is special because, having him is like receiving a gift from Allah. I pray harder than ever for him, then unexpectedly Allah answering my prayer. I feel the love Allah has send through Zaim for me. Thank you Allah.

Time kasih jugak kat Zaim sebab you have give me so much happiness. Makes me learn what is my real priority. Ajar ibu erti sabar. I like when we dance together, even it is out of rhythm. I like when you talk to me, even ibu tak paham satu hape pon. Whenever you throw a tantrum, but I manage to control my anger, I feel like a winner. Bile ibu marah Zaim buat muke, geram tapi geli hati.

Thank you sayang for accepting me like you do now. I pray our love will last forever. My pray and love will always be with you.


Ibu love you Zaim.

Love,
Ibu

Tuesday, November 1, 2016

Miracle of Musibah


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Well, couple of months ago, our family was hit by an incident that none of us thought it might be happen. Ujian Allah yang tak disangka-sangka. Innalillahiwa'inailaihirrojiun atas musibah yang kami terima. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami sekeluarga. Amin.

Alhamdulillah, the musibah brings us closer and I notice that everyone are staying up close and no one leave the circle. I'm so glad that Allah keeps everyone in a very calm and realistic peaceful mind. And, even at the very critical time, my whole family are being very supportive. Ya Allah, terima kasih atas musibah ini. It's like a wake up call to everyone.

It's not about the musibah that I'm fussy about to tell. It's about how sad I am looking at my both parents, whom struggling to accept and swallow all this things. It is really broken to heard mama crying over the phone, let it out all her sorrow. Seeing abah hiding his tears going through all this. It's really broke me up. I'm not gonna lie.

There is one time, I pray Allah to turn back time so that we could fix whatever we do wrong so that this things won't happen. Unfortunately, we can't turn back time. What we can do is just face the fact. And, no judge.

Nak cite panjang2 pun pasal ni aku tak reti or it might be terlalu mengaibkan. Aku harap entry aku kali ni boleh remindkan aku tentang insiden ni in long terms. I wish that I still can read in my oldies ages so that I could remember all of this. I wish I could recall the moment one by one for the lesson. 

Aku harap takde sape-sape yang akan sia-siakan sesiapa dalam family since everyone are so supportive and leave no one terkapai-kapai sensorang. And still we can laugh to funny things like we did before. That is a miracle of musibah. Allah knows best. 

Harap-harap jugak, aku dapat bagi pendidikan dan kasih sayang yang sewajarnyer pada anak-anak aku especially to my girls. 

And, what ever it is, family first!

Thank you for reading.

#yusufrahimi
Love,
Izrin

Monday, October 31, 2016

Rindu!



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ya Allah. Sumpah rindu dengan blogging.
But recently, I had a very hectic life. Can't even have time to think of things to say on my blog. Rindunyer nak bercelotoh.

Tak sempat la nak menaip. Nak draft sambung2 taip pun tak sempat.
I have things to catch up before January.

Insha Allah. I will update my blog and continue writing as soon as possible.
Rindu giler kot!

Please keep checking on me. Heeee.

Thank you for reading!

Love,
Izrin

Tuesday, August 16, 2016

Tackling H.F.M.D !


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

What did you do to protect your child from disease?

Aku yakin mak mak kat luar sane sekarang mesti extra concern pasal kesihatan anak anak korang since lately negara kite kecoh pasal difteria la, itu la ini la. Belum kes culik. Nauzubillah..

Seriously, aku takut. Sangat takut. Sama-sama lah kite doa anak anak kite dijauhkan dari musibah yang menjauhkan anak anak kite dari kite. Amin.

Aku just nak share pengalaman aku jage anak anak aku yang bebaru ni dijangkiti hand, foot and mouth disease (hfmd). 

First things first, jangan panik. Cepat cepat lah bawak anak korang di doktor so doktor bleh diagnose betol ke anak korang kene hfmd. Tanda tanda hfmd, demam (tapi Zaim tak demam pun), hilang selera makan, keluar bintik-bintik merah pade kawasan sekitar tangan, kaki dan mulut. 

Pastu, balik rumah terus jek mandikan anak dengan dettol. Macam aku, seminggu tu memang aku mandikan dengan dettol. Lepas mandi, sapu krim yang klinik bekalkan. Tak kire lah korang yakin ke tak ngan krim tu. Sebab tu jek ubat yang doktor bagi. Jadikan routine. Mandi, bilas dengan dettol and sapu krim.

Aku ni plak, krim tu bukan aku sapu lepas mandi je. Time anak-anak aku tido aku sapukan jugak. Since dorang dah main-main, krim tu for sure lah dah hilang kan? Korang kene lah rajin sket.

Mase anak-anak kau tido tu, rajin-rajin lah lap kawasan yang dorang main tu dengan air dettol. Untuk basmi kuman. Aku jadikan routine jugak untuk seminggu. So, everytime anak-anak tido jangan lah korang pun tido jugak. Buat lah pape yang patut dulu. Cam aku, aku lap tempat-tempat yang anak aku da duduk, pegang. Lantai pun aku lap.

Mainan anak-anak yang mane yang bleh dibasuh such as plastik and besi tu, basuh lah. Mesti basuh. Especially korang ade anak kecik yang suke masukkan toys dalam mulut. Same jugak, basuh dengan air dettol. Pastu jemur lah bawah terik matahari. Cepat jek dah kering. Yang jenis kain tu, sumbat je dalam mesin then jemur. Done.

Selain krim sapu untuk kulit, doktor bagi jugak ubat sapu dalam mulut. Yang ni untuk rawat ulcer. Ubat ni paling mencabar sebab everytime bagi anak korang mesti menjerit punyer. Sebab mulut dorang ala-ala kebas. Pedih bile kene kat ulcer tu. Sian. Selain menjerit, dorang maybe akan muntah sebab dorang sedaye upaye nak kuarkan gel tu dari mulut. Sabar la sket ea.

Naseb baik jugak kat rumah aku ade standby calamine lotion. Bagus untuk ruam or iritation kat kulit. Aku selang selikan dengan krim. Rasenyer calamine ni bantu cepatkan proses pengeringan bintik-bintik air tuh.

Selain tu, baju-baju pun aku basuh dengan dettol. Nak basuh ngan air panas kemalasan plak. So, add on jelah dettol dalam cucian korang. Walaupun baju korang akan bau cam ubat sket tapi dijamin 99.9% bebas bakteria. Eheh.

Seminggu anak-anak aku kene hfmd ni, aku kerap mandikan dorang. Actually nak buat dorang leka jek. dari dorang dok diam tengok tv tapi tangan menggaru. Lagi satu, kalo dorang berpeluh pun boleh buat kawasan yang dijangkiti tu gatal. Nak kerap bagi ubat tido, kesian plak. Plus, ubat tido tu tak berkesan sangat pun. LOL.

Alhamdulillah, tige hari jek nampak bintik-bintik air kat tangan ngan kaki Zaim dah mule kering. Even ade bintik yang baru produce, tapi tak banyak and tak sempat nak berkembang pun. Maybe sebab routine dettol, krim sapu and calamine lotion tuh. 

Ahaaa. Seminggu ni, selain ikhtiar sapu-sapu ubat, aku belikan jugak dorang vitamin C. Yang rendam dalam air siap berperise oren tuh. Redoxan. Aku pun tumpang sekaki. Extra protection orang kate. Zahra pun cepat baik demam. Bintik-bintik Zaim pun cepat kering and tak kuar banyak. 

Semoga ape yang aku share ni dapat membantu korang. 

Thanks for reading!.

love.Izrin

Tuesday, June 28, 2016

Happy Ramadhan Kareem!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

23 Ramadhan 1437H.


Alhamdulillah. Setakat ni dah 22hari puase. Since bersalinkan Maryam Zahra aku memang belum dapat peyed aku. Orang kate normal sebab aku fully breastfeed. Last year aku pantang mase puase then dapat puase 2minggu je. Tu pun bertabah, mcm nak nangis sebab tak larat. Naseb bek mase tu still on confinement leaves. First time puase dengan breastfeeding. Lepas tu, jenuh lahai nak mengganti pose. 

Tahun ni, nekad kalo tak peyed gak nak pose penuh jadik takyah la nak ganti2 pose. Kire nek cuti raye orang dok sebok ganti2 pose aku bleh la rilek2 bedal belen2 kuih raye. Yahuuu. 

Cite pasal breastfeed, Alhamdulillah Maryam Zahra dah 1tahun 1bulan and still breastfeeding. Bangge. Bangge. Mase Zaim aku tak kuat semangat. Zaim tak pandai latch jadikan aku tak sabar. Kalo tak rasenyer bleh je kot Zaim breastfeed. Padahal mase Zaim tu ler experience bengkak susu yang kaw2 punyer. Sampai takleh nak jalan. Tapi takpe, yang sudah tu sudah lah. Zaim pun dah 2tahun 7bulan, sehat, bulat dan semangat! Insha Allah.

Tahun ni pasang angan2 konon nak buat kuih raye sendirik. Awal2 dah pesan kat suami jangan beli or tempah kuih. Nanti membazir. Eceh. Tapi apekan daye, dah 22 hari puase maseh belum nampak kesempatan nak menguli kuih. Ritu sempat jugak la buat cornflakes madu, dapat due telap. Satu telap untuk mertua, satu lagi untuk mama. Jem nenas pun dah buat, tepung je ntah bile nak adun. 

Masalah bile anak dare nak tido sambil ngempeng then kepit2 celah ketiak ibu ni. Takleh gerak sket. Asal aku bangun jek, anak dare tu pun deras2 bangun. GGGgggrrrr. Bile die bangun tu memang taklah aku nak mengadun tepung, dok layankan die jek. Biase la kan seni perlukan ruang. I need my space! Eheh. Ritu baru la ngeluh ngn suami, cane ni umah kite raye takde kuih. Aku dah kire2 duit nak beli kuih kat season nun. Aku pun suke. Ehehehe. Semalam balik keje suami bawak balik kuih raye 3 telap. Terkejut gak ntah bile mase la mamat ni order. Rupenyer opismate die jual. Tak sampai hati tak membeli katenyer. Cun gak la memandangkan projek kuih raye aku tergendala kan. Kikikiki.

Tahun ni gak kitorang projek mengecat rumah. Tapi misi mengecat sampai ke saat menulis ni baru 50% berjaye. Aku risau gak ni raye nanti umah aku separuh biru, separuh putih. Ahahahaha. Kalo terjadi hal sedemikian, harap tetamu anggap lah ni karya seni kami laki bini eh. Takyah tegur2 tau.

Rupenyer cabaran sangat bile dah anak due. Lagi plak Maryam Zahra tu dah pandai jalan. Selagi die tak penat, die akan jalan keliling rumah. Kalo tengah2 menumis tu tau2 jek ade orang kat belakang. Penat Allah jelah tau. Biase la bile bulan Ramadhan kite extra penat sebab kurang tido kan. Bile ade anak ni extraordinary penat nyer tuh. Ahaa. Cume bestnyer time sepertiga malam or time masak sahur tahun ni aku belum penah lagi keseorangan. Selalunyer memang si datin Zahra la peneman. Sebab die tu kalo aku bangun, die pun bangun. Kadang2 rumah aku tu kul 3 pagi pun cam 3 petang riuhnnyer. Tabah jelah jadik jiran aku. Kikiki.

Pesal aku dah lame tak update belog? Aku malas menaip. Ahahaha. Ade jek due tige draft entry yang sepatutnyer release tapi asik tergendale jek. Tengah2 taip ade je keje la, orang panggil lah. Benci tau. Jakgi aku nak delete lah. Semak plak tengok draft2 tuh. 

Ok bai.

Thank you for reading!

Love.Izrin

Wednesday, April 27, 2016

Langkawi Trip


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Februari lepas kitorang pegi over the sea. Eceh. Nak gempak je kan. Padahal gi Langkawi jek. Saje la nak throwback honeymoon moment. Last time pegi Langkawi tahun 2011, dah ingat-ingat lupe dah cane rupe Langkawi tu.

Sebulan gak la plan nak gi Langkawi ni, and it takes few months nak kentalkan hati pegi Langkawi. Sebab mind set dah otometik pikir susah nak bawak budak gi travel. Ini first trip yang agak jauh untuk budak dua ketoi tuh. Memule cam tak nak je pegi, especially long trip cemni sebab takot budak due ketol tu meragam. Tapi kitorang dah niat nak start family trip so bile lagi nak mule?

Memule husband nak drive sendiri gi Kedah, so that kite buleh spend banyak mase dengan beborak, ngumpat dan etc. Pastu kenkonon plan nak singgah sane, sini la, nak tengok view-view cantek lah. Cita-cita tinggi! Kehkeh. Wifey plak tak setuju. Mihmihmih. Bukan ape, takot budak-budak ni meragam plak sebab lame sangat perjalanan. Plus, dorang mesti extra penat dok dalam kete berjam-jam lamenye so aku decide kite sume nek flight jelah. Rase cam orang kaye sket walau pegi Langkawi jek.

To cut the cost, kitorang amek flight dari Kl ke Langkawi, and lucky me harge tiket MAS tengah murah! RM3++ untuk kitorang berempat pegi balik. WOW! Affordable sangat kan. Sape tanak. Terus je grab peluang keemasan tuh. Untuk save lagi cost kunun nak tumpang umah kakak aku, so pagi tu lincah-lincah je gerak ke airport. Kakak aku plak unavailable. Cis. Kitorang stay hotel memurah je sudah. RM1++ satu malam. Ok lah tuh.

Pagi tu kitorang gerak ke airport, park kete kat Cyberjaya then naik train ke airport. Ka-Ching! Save lagi duit parking. Memule cam was-was gak nak tinggal kete kat situ tapi akak aku kate situ sume kete orang yang keje and kene travel nek train daily. Ade je yang nak travel cam kitorang park kat situ. Ok lahh. Tawakal jek!

sampai airport awal, sempat la gi mekdi dulu makan-makan. Flight kitorang boarding kul 12.20tghr. Perjalanan pun 50minit aje. Memang sengaje amek tengahri so sampai Langkawi tak la petang sangat or malam. Senang nak pi makan or terus jalan. But, our first mission bukan la nak shopping or jalan sangat. Kitorang just nak rehat-rehat sambil enjoy sunset! So, sampai je Langkawi, 10minit gak la dok pikir nak sewa kete ape. Kitorang amek kete besar sket sebab pakse akak aku join same. hihihi.

Sampai sane cuace elok, panas terik so masing-masing decide nak check in dulu. Kalo dah check in of course lagi tido-tidoan dulu kan. kikiki. Kat sane kitorang stay kat Genting Resort, Awana Porto. Dapat bilik seaview so memang cun lah. Seswai ngan motif kitorang nak tengok matahari terbit ngan terbenam. Romantik sangat kan. Ahaa. Syukur la bilik dapat tajaan penuh so kat situ dah jimat duit penginapan. Ka-ching!

Bangun tido memasing kebulur. Haa. Sape soh tido lelame. Lelagi si abam tuh. So, malam tu kitorg food hunting kat area Cenang. Nampak Kedai makan Haji Ramli tu cam crowded  so makan situ jelah. Masakan die buleh tahan. Servis pun cepat. Harga pun ok. Akak aku blanje makan so makan sume terase sedap. Kenyang perut. Tenkiu kak long!


Penat kemain si abam tuh. Dah ler terpekik2 dalam flight. Adehhhh.
Si Zahra tau makan aje keje die. Selagi tak tido..ahahaha.

View dari bilik hotel kami.
Pagi and petang memang dok lepak kat balkoni jelah. 

Sok pepagi da kejut budak due ketol tuh. Actually tige ketol, ngan babah die skali ketiduran. Cait! Cepat-cepat siap then gi makan kat Cafe. Okeh. Awana tu 5 star hotel kan? Tapi buffet die hmmmmmm. Tak banyak choice. Lagi puas hati makan kat Hotel Grand Paragon walau 3 star je. One of the menu kat Cafe tu nasi lemak, yang rarenyer siap bungkus dalam daun pisang. Comel-comel plak tuh. Tak tau nak gelak ke nak puji. Or dorang memang sengaja ketengahkan local food?

Lepas dah isi perut kitorang terus je ke destinasi pertame, Underwater World. Dulu kitorang dah gi jugak, tapi mase tu berdue. La ni pegi berempat, aduhh kecoh giler! Sape lagi  yang paling eksaited kalo bukan si abam tuh. Best tengok die eksaited tengok ikan-ikan besar. Dalam eksaited die tu ade jugak takot-takot. Time die takot tu babah la penat sebab terus nak dukung. Be strong babah! 17kilo jek. Ahahaha.















Lepas dah jalan-jalan tengok fish lalu plak tempat menan, ingat nak menan fish. Takdenyer. Tetap jugak pilh car. So babah beli due untuk Ariff jugak. Buleh men same-same. 

Lepas tu, misi mencari krim gamat. Kalo korang nak tau, anak-anak aku ni kulit die sensitif. Ikot babah die. Especially Zahra. Die kerap kene rushes especially kat bahagian intim, kat tepi-tepi tu. Even tak teruk tapi mesti die tak selesa kan. Dulu die kerap kene rushes kat bawah leher, sebab peluh ngan air liur. Puas la dok letak krim itu, ini untuk rushes tapi tak berkesan sangat sampai la member aku kasi krim gamat. Bile pakai krim gamat tu alhamdulillah, the next day rushes sume kering. Terus jatuh cinte. Takde da pakai krim-krim len. Berpusing-pusing cari kilang gamat tuh. Nak beli kat pasaraya harge die melampau plak mahalnyer. Naseb bek la jumpe. Kebetulan siap jumpe ngn owner die lagi. ehehe. Sangat friendly orangnyer. Aku siap cakap ngn kakak tu kalo abes stok nak order by pos, die kate buleh jek.

Lepas shopping gamat, bende yang harus di beli mestilah COKELAT! Kitorang siap beli travel beg baru lagi. Extra besar dari yang sebelum ni. Murah dan besar. Sebab sekarang ni kitorang kalo gi memane memang sumbat baju pat orang dalam satu beg je. Senang. Bile sume dah puas hati. Kaki pun da melecet. Apelagi balik bilik luruskan kaki lahhh!

Malam tu abang ipar aku bawak gi makan kat Dataran Lang. Dataran tu under construction so memang gelap gelita, takleh nak amek gambar! Lepas makan, layan budak-budak ni men taman kejap pastu balik rehat. Sok dah nak flight balik. Sampai bilik aku terus-terus packing barang. Takot sok kelam kelibut. Nak tunggu due ketol tu tido nanti payah plak, terpakse kemas sopan-santun. Bagi dorang men-men dulu. Naseb bilik dapat twin sharing, so bukak connecting door, haaa main lah korang!


Makan kat Dataran Lang.

Sok pagi lepas breakfast lincah-lincah gerak gi airport. Actual flight kitorang kul 12.50tghr gitu, tapi staff MAS tu offer kalo nak boarding awal flight kul 11.10am tu sangat available. Kitorang ok jelah. Lagi cepat lagi bagus. Cepat sampai, cepat la rehat! hihihi. Sampai KL, gi makan pastu rehat jap kat umah akak aku then kitorang balik JB. Sok buleh rehat-rehat kat umah. Basuh-basuh baju yang dok bawak dari Langkawi tuh. Cun!




Memasing lepak mase flight balik. abam sedap tido.
Aku ngan Zahra jelah aktif. Ikut bateri Zahra memang jarang weak. Pheewwww!

Ni lah kisah manis kitorang kat Langkawi. Best. Even tak banyak tempat kitorang pegi tapi best la jugak. Nanti lagi 5 tahun boleh return. Ahaaa. Time tu anak maybe dah tambah lagi sorang. And, due ketol tu dah besar sket. Dah bleh behave la sket. Sume sket. Ahahahaha.

Kalo orang tanye serik tak or susah tak bawak anak kecik gi travel. Aku jawab tak susah pon. Mencabar jek. Kene la banyak sabar. Sebab tu la orang kate anak ni ujian utk kite. So, chill, ganjarannyer besar mak2 sekalian.

Thanks for reading!

Love, Izrin

Tuesday, March 1, 2016

Mac 2016


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hai lahh. Dah 3 bulan masuk tahun baru, tak wujud2 entry baru. Sian belogg ni dah lame sangat terabai. Tuan punyer belogg ni punyer la pemalas sekarang ni nak pikir2 idea nak buat karangan. Eheh.

Pejam celik. Pejam Celik. Zahra nak masuk 10 bulan dah. Ya Allah. Mase ni memang kuat cemburu kan. Tak sangke mase ni kuat berlari. Zahra at the time, this entry was written, die dah memapah dah. She is a very strong girl, berani. Exactly like me. Cewah. Berani dah diri sambil sandar badan kat memane ntah, pastu lepas tangan mase diri tuh. Dahtu, dah pandai tepuk2 tangan. Dah pandai cari punce makanan. Ahahaha.

Beza dengan Zaim, Zahra ni vakum. Kehkehkeh. Dulu Zaim tak pandai kutip2 habuk masuk mulut even though orang kate habits ni common untuk baby. Tapi Zahra memang sahih la, siap jauh2 pi merangkak celah2 kusi pastu meniarap bersungguh hanye untuk menelek seketul habok. Pastu, nampak lazat agaknyer habok tu terus nak bawak masuk ke mulut. Aihhh. Penat sebab nak kene perati die doploh pat jam.

Anak2 aku plak memang aku tak belikan walker. Sebabnyer, malas nak membazir. Budak nanti kang jap aje nak gune. Pastu buat panjat2. Pastu jatuh. Let's take less risk, dapat gak jimat duit. Kan? Kikiki. 

So far, jadi mak anak dua ni sangat la tiringgggg! Pagi gi keje, balik petang amek anak, main ngan anak jap. Pastu bersilat masak. Zahra plak jenis tak pandai nak main sendiri, kalo main tu nak jugak la aku dok sebelah die. So, imagine la. Kadang2 masak kat dapur sambil dukung anak. Ahaaa. Bahaye kan? Kalo tak, tak dan la masak. Nak kene tunggu babah dorang ni balik baru nak masak. Lecehh.

Zaim sekarang ni, alhamdulillah. Dah boleh dengar cakap. Dah buleh disuruh2. Ahaaa. Cakap ajelah blum pandai lagi. Korea btol anak sorang ni. Tapi arahan sume die paham dah. Cume manje plak kemainnn. Plus dengan masalah tantrum die tuh. Kadang letih gak nak melayan. Lelagi time2 petang die buat hal. Memang ibu jadi HULK la. Biase bile die tantrum aku buat bodo je. Dari penat nak marah bagai, bek jangan layan. Nanti die penat die diam la sendiri. Hiks. 

Ape2 pon jadik mak adelah perkare yang terbaik penah jadik dalam hidup aku. Yelah, the best experience ever. Dari pregnant, bersalin pastu pantang. Sekarang plak tengok dorang membesar. Bestnyer. Rindu plak nak ngandung lagi. Eceh! Impian aku sekarang cume nak benti keje and jage anak kat umah. Haiihh. Tapi tulah dengan ekonomi sekarang. Mampukah?




Ok lah. Nak rush gi UTC persiapan untuk perasmian! Bai korang.

Thank you for reading.

Love.Izrin