Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

+ Important Notice +

Salam untuk semua pembace. Selamat Petang, selamat makan kueh karipap ngan air teh panas.
Wahh! Heaven!  (^__^)

Ni penting tuk memberitahu para kenkawan yang comment2 dan mengharapkan reply daripade owner blog ni, ohh, aku ler tuh. ekekeke.
Aku kepeningan camne nak reply comment2 korang ni sebab sekarang ni setiap kali aku reply, comment aku tak appear. Maaf yerk korang2.huhuhu. Nanti aku try godam lagi nape la ngan blog aku ek.
Yang lebih penting nak korang tau yang aku ni bukan sombong tau, tau.

Ape kate untuk membuktikan kenyataan balas daripade aku ni, aku reply secare terbuke disini khas tuk korang (^^). Yeay!

Ok, aku nak jawab soklan ciknana regarding izphoto, photographer kami mase wedding dulu.

Sebenarnyer, kami memang sangat menjage budget kami tuk reception supaye kami tak ke'putus'an duit selepas majlis memandangkan cite2 kami nak ke Langkawi. Theee.  (^^)
Oleh yang demikian, aku sedaye upaye mencari photografer yang menawarkan harge yang rendah.
Memule macam takut jugak sebab memikirkan. ."harge murah kualiti mesti tak bagus!!" bisik hati jahat aku ni,huish!

Cari punyer cari, akhirnyer terjumpe laman web izphoto studio ni, tengok gambar2 mereka ok then tengok plak harge (fyi, dorang memang establish harge kat laman web, no hidden charge tau!), harge pun ok. Terus la email ngan pename Zuel ni. Sangat cepat dorang reply, setelah conformation pakej sume, siap dorang email kan resit lagi supaye tak ditipu ;) Bagus,kan?

Pastu, korang jugak bleh terus call dorang kalo rase nak oral conversation supaye lebih menjamin mase depan,hehehe.
Few days before solemnization tu, zuel personally call aku tuk bincang tempat, mase dan mintak izin nak amek gambar mase mekap, yelah sebab kan ade orang yang tak nak expose rambut, or muke time tak cantek sebelum siap tu. Kire dorang ni manners la,kan. Ikut kehendak pelanggan bukan pakai serbu jerk.

Then, bincang la segale details including mase nak amek outdoors, kat mane then siap ade Plan A dan Plan B lagi, hebat tul Zuel ni. Ini menunjukkan dorang dah biase berhadapan ngan kekangan semase amek gambar. So, ciknana, you don't have to worry to hired izphoto ni okay. Dorang sangat pro!
Pasti mereka bleh ikut kehendak you because it's your wedding, plus dorang siap bleh bagi cadangan yang ok2 lagi.

Ciknana kalo berminat, boleh la tengok2, skodeng2 kat laman web dorang kat http://www.izphotostudio.com/. dan boleh berhubung terus ngan dorang. Either by email ( kalo malu nak cakap) or directly call tuk lebih berpuas hati. ;)

Good Luck ciknana!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Next, iejanieza punyer question.

eijanieza tanyer pasal fuschia colour wedding idea. Wow! I like!!
Tapi soklan tu sangat general, nak ideas on what ye darling?
Kalo nak ideas of color combination, i will give some. **winks!
Aku suke sangat ngan warne fuschia (dulu bukan men tak suke pinkish ni, sejak jiwang ngan encek hubby bleh plak jatuh cinte ngan fuschia), ekekeke.

Kenape pilih warne fuschia? Sebab ia sangat attractive dan comel,kan? Betul tak iejanieza? (^^)
iejanieza nak match kan warne fuschia tu ngan kaler ape?
Aku ade some idea for fuschia color to matching with, nak tau tak??


ok, this one fuschia and natural color green and chocolate.
Warne fuschia pun tak la bright sangat tuk effect natural, sangat damai combination ni and sesuai tuk mereka yang suke ngan alam semula jadi (^^)

yang ni plak fuschia vs black.
Warne kombinasi ni sesuai tuk express notty side both bride and groom.
This combination is very attractive since it will pop up the fuschia color. Aumm!

Haa, ni lak berlawanan ngan light blue.
Pasangan yang suke ngan something soft and breezing bleh la try, lawa gak dan kalo tengok sejuk je mate memandang. ;)

This two color is quite bright, orange and fuschia.
Garang vs comel, what a great combination!

I kinda like this combination, silver and fuschia.
Lepas wedding baru aku terpikir nak color ni,huhuhu.
Warne ni cam agak millenium sebab silver tuh, cam cantek jerk.

Dan ini, fuschia vs white / cream.
Bleh imagine yang the wedding could be express the pureness love of lovebird,wahh. .


iejanieza, kalo rajin skodeng la website http://www.marthastewart.com/ for wedding ideas.
Martha selalu up date website die ngan idea2 yang sangat best in every aspect such decoration, DIY, cake decoration, door gift, and more!
Kite bleh ter'inspired' dengan idea2 die sebab sometimes it could give us difference idea and advance!


Psst, untuk idea2 baju yang vogie the vasss, bleh la intip kat http://www.hdbyhattadolmat.blogspot.com/ tuk persalinan yang indah2 sebab kadang2 kite tak tau nak baju yang camne.
But lebih baik tuk cari pix of wedding gown tuk contoh dan bincang ngan wedding planner kite sebab dorang bleh bagi idea dan bagi tips jugak pade kite.

iejanieza, cukup tak ape yang di perlukan? (^^), hehe.
Kalo nak idea on gift ke, wedding gown design ker, i'm willing to share some ideas tau.
Just tell me about it okay darling? Anything.


okay for now!

regards!

+ Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin +

"Kenape nak ade pantang larang plak emak? Kan nak kawen jerk, bukan ape pun. ."
Ayat yang bakal mendapat tamparan back hand dari mak2 anda. Pppaaannnnnngggggg!
Hamek ko sebijik! kehkehkehkeh. .

Untuk korang2 or adek2 yang tak tau, orang melayu ni sangat la terkenal ngan adat budaye dan pantang larang bukan sahaje tuk bakal raja sehari ye, tapi tuk kite2 sume dalam penjagaan diri sehari-harian.
But, for today, i wanna share some petua orang dolu2 ngan korang2 sume yang rajin sangat search artikel pasal kawen2. Besides of having a pleasure wedding celebration, kite jangan la lupe nak amalkan petua orang dulu2 ni, mungkin kadang2 cam tak masuk dek akal but end up kite akan cakap cenggini..
"Oh, patut la petua tu kate. . . . "

So, here goes your petua, sile bace dan amalkan okeh!

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga bleh menerbitkan rasa rindu antare dua mempelai. Aduh, ayat memang tak hengat but it's true. Cume masalahnyer, pasangan bakal pengantin sekarang ni menguruskan majlis secare bersame, nak beli riben pun nak gi beli sesame. Camne? Haa, ni la tujuannyer tuk ade kawan, bleh temankan korang sebagai pengganti bakal suami.

2. Jgn tidur dirumah orang / bakal pasangan takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga. Yang ni sebenarnyer lebih kepade menjage name baik keluarge, sebab belum ape2 lagi ko dah gi bertunjet kat umah orang nak buat ape, kan. Cam tak tau malu plak. Ish, jage etika dan kesopanan kite sebagai wanita okeh!

3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik. Haaa, nampak tu, seram tak? Orang tua tua ni suke sangat momokkan anak dulu, ni adelah care dorang nak jage perilaku anak, sekarang dah takleh pakai lagi neh,ekekeke. Actually, ia adelah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini, sebab malang tak berbau,kan? Mak kite tak nak majlis nikah bertukar majlis tahlil plak nanti, nauzubillah, mintak dijauhkan. So, ikut petua ni tau!

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. Okey, kene betulkan sket petua ni, bukan gulai berkuah jerk malah sup2 pun bleh membuncetkan perut. Tuk pastikan perut tak cam orang mengandung 2 bulan kat atas pelamin nanti, jage la makan dan kalo bleh minum air setengah jam selepas makan.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering. Hahaha, perangai ni korang bleh buat kalo korang nak kawen lagi sebulan sebab bau bleh sempat hilang, tapi kalo esok nak nikah, malam ni ko pakai melantak durian, petai, jering segale bagai, sok tok kadi pengsan!

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. Yang ni aku tak sure plak sejauh mane kebenaranyer, sebab orang dulo2 suke men santau2 kan. Kalo korang rase releven, bleh la ikut ye tapi kene pastikan korang kemas tanpe bercermin untuk mengelakkan orang bersangke korang adelah hantu tepung gomak.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. Haaa, camno nak eksplen ni? Skerang orang membuang kek tandas, memang satu mangkuk yo, camno gamak aih? hahaha. Aku pun pening ngan petua ni, sebab ikutkan zaman sekarang memang tak relevan,kan?

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. Ini sekaligus bleh manjage kesihatan pasangan mempelai, nak kawen, nak ade anak bini, takkan nak hidap penyakit berbahaye plak, kan?

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. Ni same la ngan yang kat atas, haruslah menjage kesihatan supaye performance memuaskan.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. Kalo untuk kesihatan tak kire la siang atau malam ye adek2.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. Orang sekarang bukan sibuk nak ngurut tapi sbuk manjekan diri kat spa,kan? Urutan tradisional sebenarnyer bagus tuk memulihkan otot2 dan persediaan malam pertame andaaa. Pesal eksaited sampai terlebih huruf A disitu? hahaha.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. Biasenyer ni amalan tuk orang lelaki sebab ia dipercayai bleh mengencangkan tahap performance anda. Sile cube. eheh. Perkataan kencang adekah okeh disitu?

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin seminggu sebelum. Ni plak tuk elak korang mengeluarkan bunyi kurang sopan ketika di atas pelamin ye. Orang sibuk menepung tawar, korang sbuk melepaskan gas pemedih mate dan hidung pule. Sile avoid perkare tak senonoh ini!

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. Okeh, ini sangat penting sebab perkahwinan merupakan pertambahan tanggungjawab pade lelaki dan juge pade wanita make korang haruslah menebalkan dade ngan ilmu rumah tangge bukan semate2 nak lepas soklan tok kadi jerk tau!

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri. Ini untuk mengelakkan korang berase kurang puas dengan layanan dan prestasi pasangan kamu. Ini kan pertame kali, sudah pasti agak tersipu2 malu, belajar la dari kesilapan ;) then next time, bleh la make it more better and better! (Pade adek2 bawah umur, sile pastikan adek2 membace dengan pengawasan parent okey, kalo tak faham tanyer!)

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari. Petua ini adelah tuk mengelakkan kelesuan di wajah pengantin dan elakkan stress. Kalo kurang tdo kite akan stress, bile kite stress kite ase nak marah. Hilang keayuan. Please okay!

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok. Okey, ni haruslah diamalkan even dah lepas majlis korang. Boths are not good for your health.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Seminggu sebelum kawen jangan korang ngade2 kate teringin nak ke pantai plak, len la kalo kulit korang putih gebu cam mat salleh tuh.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin. Timun juge dikatekan tidak bagus tuk unit pemprosesan anak,huhu.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. Kedua2 mempelai seharusnyer sedar malam pertame merupekan detik bersejarah bagi korang, so, buat la persediaan sebaik2nyer, tau!

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. Jage lah amalan kite, solat kite, hubungan kite dengan Allah, Insyaallah, Allah akan melancarkan segale majlis dan perancangan kite.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. Ini berikutan keadaan dalam kite yang stress, risau, berdebar dan pemakan yang tidak baik bleh mengganggu kesihatan kite.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). Okeh, korang kene jadi lebih exclusive pade keluarge sebelah lelaki supaye bile di hari perkahwinan mereka melihat korang ngan penuh impressed.

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. Sile faham maksud nikah gantung dulu dan kemudian anda bleh fikir sendiri kenape petua ni dibuat ;)

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan. Bukan maksud bawak adek korang tido bersame dan menjadi hakim. Owh, tidak! Maksud disini adelah jangan gelojoh tak sempat tetamu balik korang dah berjimak! Sabar2 la, malam pertame tak semestinye pade hari korang dinikahkan. faham?

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. Dikhuatiri menyakiti hati sesiape lebih2 lagi ahli keluarge dan bleh mengakibatkan keadaan dan situasi yang kurang best.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. Ini bleh di pinta pade mak andam agar jangan di cukur bulu kening, cukup la sekadar di rapikan.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh orang lain kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. Hahaha, kalo nak lebih mujarab, korang lempar la suar dalam yang korang dah pakai. Sure menjadi.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

cukup tak petua2 di atas?
Kalo bagi lagi banyak belum tentu sume kite bleh ikut kan?
But, any how, korang try la tuk ikut petua orang dulu2 ni sebab ade gak baiknyer.
Selamat menjadi pengantin!

regards!

+ Tips Untuk Raje Sehari +

Salam and mocking morning! (^^)
Let's start our day with a bright and wide smile. Theeee!
See, sparkling white teeth, yeah.
Sume dah gosok gigi? Pasti la sebelum ke pejabat dah gosok kan?
But, ade sise2 sarapan dicelah gigi, ouch! hahaha.

Tbe-tbe ase nak tanyer, ramai ke bakal bride and groom yang skodeng blog ni?
Coz, wedding entry sering mendapat banyak veiwer, almost everyday.
Or, kite-kite memang suke acare perkahwinan? Like me, theee.
Terus terkenang zaman perkahwinan dolu, so much joy!

Ok la, sebab ramai yang minat ngan wedding entry,
Ape kate aku sebagai orang tua (rolling eyes), bagi tips kat korang camne nak bagi seri dihari indah korang,ok? Korang sure nak tau, kan?

Tip yang aku nak share ni adelah tips menggunekan basic2 makanan yang korang bleh dapatkan di shopping2 kompleks. Sangat mudah okey. Go!

1. Bunga Mawar
Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya. Petua ni aku lambat dapat tau so aku tak amalkan but kawan aku buat and memang mase die kawen wajah die berseri. Comel!

2. Timun

Timun dikenali sebagai sayuran yang sangat berkawan baik ngan kulit,kan? Selain daripade bleh bersih dan muluskan kulit, timun ade gak kegunaan len. Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata. So, bleh la hilangkan lebam bawah mate korang tu and hide those ugly eye bag!


3. Lobak
Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam. Kalo nak pakai sampai pagi pun bleh but korang akan buat sepah or tinggalkan kotoran pade pillow case. So, don't fall asleep! hahaha.


4. Tomato
Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas. This is really works! Tomato sangat sayang kulit dan hasilnyer kulit akan mulus. Kalo nak lebih berjaye, ape kate korang makan tomato setiap hari dari sekarang sehingge menjelang your big day, pasti kulit korang bersih dan sangat flowless.


5. Avocado
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru. Haaa, korang yang ade jerawat tu pasti senyum2 kambeng bace tips ni kan, aku tak try plak sebab buah avocado kalo potong terus habes dibaham ke perut, kehkehkeh. Tapi kalo korang ase nak try, why not, it's a natural so chemical reaction occur, do not worry okay.


6. Limau Purut
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap. Selain tu, korang yang agak2 ade masalah ngan bau badan akibat kilang peluh yang aktif sangat, bleh la hari2 bersiram ngan menyental limau purut ke bahagian2 berkenaan, seperti ketiak. Ini adelah kerane, limau purut juge bagus sebagai agen yang mengurangkan bau badan.

Kalo korang pasan ade gak produk2 yang dijual kat pasaran yang mengaplikasikan buah-buah sebagaimane diatas ni tuk produk kecantikan seperti masker, but trust me, dorang dah campurkan ngan chemical sebab pernah sekali aku try gune satu produk yang basic componentnyer adelah timun dan haselnyer, sume adek beradek jerawat tumbuh kat muke aku.huhhu. It means there are chemical reaction sebab kalo buah sahaje takkan ade ape2 perubahan pade kulit even timun tu tak geng pun ngan kulit kitew. Timun baik!

So, aku rase lebih baik korang bersusah payah sket tuk mendapatkan seri muke dengan buat sendiri masker tuk ditempek dimuke compared to beli the produk ngan korang suffer! Whoaaaa! Tidak!!

Selain tu, aku nak suggest gak satu produk yang terkini yang bleh serikan wajah korang. It can be use daily which is Aura Seri.


Produk yang di asaskan dari gabungan 7 jenis pati bunga-bungaan terpilih dikatekan mampu menaikkan seri wajah, mengurangkan tekanan, membantu membersih aura yang kurang stabil serta banyak lagi.
Okeh, secare serius. sebelum kawen aku langsung tak pernah amek tau pun pasal produk ni, walaupun produk ni dan pengasasnyer sangat femes dan bersepah2 kat kiosk2 shopping kompleks.
But, sebelum kawen kan aku ade gi spa tuk mandi mande, pemilik spa tu suggestkan aku produk ni sebab katenyer bleh naekkan lagi seri wajah tuk bakal2 pengantin.
Lepas pakai tu, aku pasan cam ade shining2 kat wajah aku, cam sise2 emas dan muke aku pun tampak lebih segar dan berseri.

Okeh, aura seri ni sebenarnyer cam minyak aromaterapi, ikut pendapat aku la,kan. Sebab produk ni bleh reduce stress jugak, same cam aromateraphy. Bau die sangat la wangi, suke sangat!
Aura seri ni juge bertindak merangsang, membersihkan serta menjernihkan aura yang bermasalah lalu menaikan seri diwajah anda. Selain itu ia juga meningkatkan proses awet muda, membangkitkan karisma, tampil lebih berkeyakinan, bertuah diri, mudah didampingi, lebih disayangi, penampilan, tenang, sabar dan ceria sepanjang hari.
Mase pakai aura seri ni korang mesti la berfikiran positif dan niat dalam hati akan perkara2 yang baik2 sahaja. Sejurus tu korang akan rase sendiri kelainannyer. Trust me!

Tuk korang2 yang dah dekat hari BESARnyer tu, dah bleh la amalkan tips2 diatas yek. Bukan tu jerk nak kene amalkan tau, korang jangan ingat nak wajah berseri je tapi dalam tak sehat. Masalah lain plak nanti.
Kesihatan perlu dijage dari segi pemakan jugak, haruslah dijage pemakan agar dalam memuatkan dalam baju yang dah siap diukur 6 bulan sebelum kawen tuh, hehehe!
Takde la, actually, ukuran baju juge mampu menjadi pemangkin kepade diet bakal pengantin sebab isau berat badan bertambah dan tak muat nak pakai baju idaman, ye dop? hahahaha.

ok la, kite sambung dalam next entry, nanti korang bosan plak bace entry aku yang panjang berjela ni.

Bakal2 pengantin, sile mencube!!

regards!

Tuesday, September 27, 2011

+ Selamat Pengantin Baru +


Salam Sume, happy tuesday!
Maaf agak lambat menghapdep blog, sbuk ngan exam. Huhuhu!
Nanti i cter pasal exam okay?

Sekarang mari cter pasal kawen lagi. Eksaited! hahaha.
okeh, aku ni tak la suke sangat ngan si Memey ni since kes dorang kene cekup dulu.
Kalo tak ingat sile hantuk kepale kat dinding sekarang yer, sebab kes dorang ni hangat giler time tuh.
Yang lebih extreme kan lagi follower kes dorang ni adelah kes serang menyerang Abby Abadi yang tanpe malu membawa wartawan membuat liputan penuh segale maki hamun yang dilemparkan pade Norman, uish! Dose2! Tak cium bau syurge sebab aibkan suami, huhu. Sile tobat ye Abby. ;)

Selepas beberape lame kes tu di bicare, akhirnyer di putuskan mereka ni tak bersalah.
Benar atau tak, keputusan dunie dah pun dibuat. If they really guilty, Allah has something for him later  ;)
Tapi, end up daripade kejadian tu, mereka juge telah dikurniakan kebahagian dengan sebuah perkahwinan, mungkin juge kerane kesabaran mereka melalui ujian Allah, Alhamdulillah~
SELAMAT PENGANTIN BARU TO BOTH NORMAN AND MEMEY.
Semuge ikatan berkekalan hingga akhir hayat dan perhubungan langsung di redhai Allah.

But, sekarang ni, yang meroyan lebih adelah Abby Abadi plak.
She is sometimes annoying! I know what had happen to her is really tough, no one deny that she is strong going thru all sort of things but kadang2 perilaku beliau seolah2 nak aibkan Norman jerk.
It's good that Norman never reveal her weakness, sebab as a human being kite bukan perfect, kan?
Tapi dengan memburuk2kan orang adelah care kite menutup aib kite!
Why don't she post a status like : " Saye bukan isteri yang baik, semoge memey layan Norman lebih baik dari saye. . " ?

Nope? No. She even write like this :

Abby yang aku puje dulu hampir hilang pedoman sekarang, aiyoo!
Aku tak suke Abby berperangai camni, move on kak Abby. You make people think you deserve better when you call all press to cover all your rubbish nonsense tuduhan, maki hamun segala bagai pade Norman but now, you plak cam hegeh2 bising2 kat Facebook. Why? Diam2 sudah, segale hutang piutang tu kan antare akak ngan Norman jer, so, korang settle la sendirik as grown up. Okay?


ok, done with her. Muak! (^^)
Next, cter kawan2 aku nak kawen! Yeay! Sume dah nak berkeluarge dah,, sume dah besar dah, ops! ;)
To all my friends yang akan berkahwin, SELAMAT PENGANTIN BARU YOU GUYS!
Selamat menempuh alam perkahwinan, ingat perkahwinan ngan percintaan tak same.
It's like a fantasy and reality ;)

haha. Takut kan aku cakap gitu?
Well, our life is our story, kite karang la elok2. Kalo kite berniat baik, memberi dengan baik make, ia akan menjadi baik. Camtu gak dengan sebaliknyer.
There's many things you guys will learn thru out married life, it's sometimes bitter but you are the one who can turn it to sweets. Trust me!
Ape2 pun, it's great that my friend ramai yang dah kawen sebab nanti korang faham kenape aku selalu limited jerk nak hang out since kawen, hahaha.
Bukan sebab suami tak bagi tapi sebab kuar ngan suami lagi2 best! yabedabedu!

psst, orang laki tak sume kite korek kisah silam die, tapi kite orang pompuan ni suke sangat nak tau,kan?
Kalo aku, aku korek jerk, sebab encek hubby tau isteri die ni memang perhatian lebeh! haha.
Kekadang aku bersenda loka ngan kenangan mengusik jiwa hubby, it doesn't mean i want him to keep memorizing his bad memories but i just want him to know that wut ever it is, i can share his bad or sweet memories ;).
Siape pun suami saye sebelum kami berkenalan is like we are a totally stranger, so, tak heran pun.
Yang penting is present, mase sekarang ni, who he is when he is with me.

I love you, Khairul Anuar! Tetibe jiwang plak!

Owh, sambung balik sal kawan2 nak kawen. (^^)
This saturday is makan2 day! Yeeepppii. Sebab already got 3 wedding invitation.
Kapten Noredy & Ct Hajar
Hazlinda & Fendy
Nurul Aini & Saufi

Tige2 kawan sekelas,,err, empat2. Sebab both aini and saufi is my friend. So, takleh nak pilih2, musti pegi sume wedding sebab dorang datang wedding aku. ;) tau encek hubby.
Kite kene menggemukkan badan lagi, sebab tu kite cutest couple ;)

Kamu2, here we come!!
Anyway, congratulation to triplet bride & groom!
Enjoy your big day okay!!











Thursday, September 22, 2011

+ Malaysia vs. Japan +

Salam and good "breezing" morning..
Cuace diluar sgt sejuk umpama berade di obesi, ala2 di kota London gamaknyer  ;)
It's raining since last night, tdo pun best jerk. No need kipas anymore cuz we have natural air-cond, superb!

Nak cakap pasal ape hari ni?
oh yeah! Let's talk BOLA?
I'm not really a football fan but lately ni cam layan gak bola (setat kawen cuz temankan my hubby!)
Semalam, i watch perlawanan Japan vs. Malaysia in qualification game to Olympic.

This was the news up dated before qualification game!
Credits to Metro.
Confiusing which one is Malaysian capten as KFCM is korean look  ;)
Tapi sile bace dengan jelas kenyataan capten Japan, "Malaysia memang handal bertahan".
It's a compliment y'all!

Benar bagai dikate, Malaysia memang handal dalam bertahan.
Last night game shows the truth!
Malaysian player cant keep up to Japan player. Like they are out of energy and they only keep defending.
Ape sudah jadik ngan players kite, they seems weak and not fit! 


Ape2 pun, good job to Khairul Fahmi yang banyak menyelamatkan gol Malaysia.
( rambut KFCM dah panjang, saye kurang gemar. I like this one  ;) )
Kalo tak, mau 6-7 bijik gak gol disumbat.
Defend kite tak kuat la coach, tak isau ker?
Harap2nyer pasukan negara kite tak la harapkan pade tuah saje, they still need to work hard on field.

Akhirnyer, pasukan kite kalah 0-2 kepada Japan.
Harap korang kat luar tu tak la kutuk2 dorang sebab mungkin kite tengok cam dorang tak usehe jerk.
Pade pasukan negara kite plak, korang jangan terus putus ase, korang must keep practising!
Work hard on skills, ball passing pun lemah. And, belajar tuk keep your mind free!
Selepas dah usehe, tawakal to Allah. Most of you are muslim,kan? ;)

I keep on supporting you guys coz i'm Malaysian!!
Go Tiger!

Tiger tau bukan buaye, ooopppss!

regards!





Tuesday, September 20, 2011

+ My Sister Dream Wedding +


hye lagik!
Tbe2 nak buat lagi entry sal wedding, ouhhhh! I love wedding~~
I loike everything about wedding!
I love the environment, the smile, joy, difficulties, nerves and lots.
Banyak perkare yang akan terjadi in our way to create a perfect wedding day, but at the end everyone will enjoying themselve with smile and joy!

Now, it's my older sista time to bling2 the wedding bell, yahuu!
So, bleh la sekali lagi merasai kesibukan hari perkahwinan, apatah lagi she's making the grand one.
Name pun kakak, mane bleh kalah,kan? kan? Ye dop? (^^)
But, this time i wont arrange anything like i did on my wedding day. This time, dok tunggu jelah tuk makan.
Hehehe. Well, seriusly, the main attraction on that day could be the deco and food, yummy!!
My sista might taking the same catering, so kite dah tau kelazatan masakan mereka, ape lagi. Bersedia tuk memboncetkan perut!!!  Yahuuuu!!

She choose combination of blazing red and black out, black. It's kinda awsome, but it's too play safe for me. It's not really "in" for my age kut! Tuk orang yang nak effect kurus bleh la, hahaha.
But, it will sparkle somehow. :). Looking forward the deco, cuz my sista sgt cerewet jadi hasilnyer sure gempak! Tak sabarnyer!!
I know that she had choose the grand dais for our side, wow!

Sayangnyer, dewan agak sempit sebab dewan yang aku gune tuk wedding aku under construction.
Kalo tak, sure bleh panggil majalah pengantin  ;)
Dais set are from the same vendor as me, i was the one who recommend her ;)
Mase tu kunun2 nak cari pakej yang murah2, instead of getting the save cost one, she choose to have the RM6k wedding package. Kak long aku, sape tak kenal, hakhakhak!
Walaupun agak cemburu ngan pakej yang gile kentang tu, kalo difikirkan dari segi kos2 yang lain, aku takkan amek pakej semahal tuh just for few minutes sit, pose and camwhore! No way!
My value money is still high  <--in terms of macro economics!  :)

Cume harapnyer mase majlis tu nanti kami dapat la bergambar ngan pengantin yep cik Noly.
Sebab tbe2 teringat mase kak long tunang, asik bergambar ngan sebelah Adib jerk. Kitorang ni tunggu jerk nak gambar ngan orang bertunangan tapi hampeh. Tertogok2 kitorang menyaksikan kegembiraan kak long ngan famili Adib mase tuh, sedey. Dah tu, bile cakap tak dapat amek gambar, kak long marah kate kitorang lambat. Mase orang tunang, amek gambar famili lepas rombongan laki balik, we all bleh tunggu, kan kite famili  ;). Gives us a bit tolerate ya, thanks!
Pastu, pas majlis jangan la terus gi huha huaha cam mase tunang dulu, ingat tak?
Kak long kate nak gi antar cameraman balik, sampai ke pagi kak long tak balik. Upenyer celebrate ngan kawan2 on your E-day. Kitorang kat umah ni sbuk ngemas, membasuh. Sian mama, sedeh die. Dah la tak dapat bergambar, tiade langsung ungkapan terime kaseh. Please appreciate us ye, kite kan famili  ;)

Hal2 your wedding ni pun, cam kitorang je yang eksaited lebih sebab kak long jarang2 bincang ngan kitorang. Even ngan mama pun. Memang la kite self arrange but still need to sit and talk ngan famili. Walaupun banyak arguement nanti tapi at the end it will satisfy sume orang. It's normal to argue on something big like this, cuz it's really important and kite nak perfect. Tapi hati juge nak kene dijage  ;)

It's just a small advice from me to you my dear sis.
Kak long pun tau kite hadapi macam2 karenah dalam persiapan majlis kite, perhaps, you know what will you faced in discussion nanti. You shud be more ready, that is the reason why i'm letting you know any problem that i faced on my way to get married. It's a lesson you know!
But, ape pun, hati sume orang nak kene jage. Especially, hati mama. walau camne sekali pun saket kite hadapi kerenah die, tak setuju ngan die, walau camne pun die salah. Syurga itu di telapak kaki ibu.



regards!


+ I Wanna Get Pregnant Again, Please. . +

Fiiiuuuuuhhhh! Hela nafas panjang---
It takes time for me to think about what i'm going to write after showering myself wif a lot of open houses and also concerntrate on my final sem exam. Argh! (-___-)*

But, today i came out with this title which i cant deny that it's my obsession for now!
I'm kinda stress out myself for this goal.
I know that i shouldnt take it very2 obsess but this is what i really want now.
After having an abortion, just few months back, i really miss the moment that i carry someone inside me. =>
I really have someone to talk to, i can even sing for that tiny me inside.
It's really crazee to think about that beauty moment, where i really enjoying myself. Cuz I know that someone might be listening to me. Ouch! I really missed that moment!

Bile Tuhan nak bagi aku peluang tuk merase nikmat mengandung tu sekali lagi?
I promised this time i will make it right, i will concern much on my health and that tiny me. .
Please God, Please make it happen again (^^)

Sekarang ni perasaan sentiase sensitif whenever i saw a pregnant lady, yeah!
Im kinda not in my normal line anymore,kan? Sangat teruk!
My office got two college yang sedang heavily pregnant and another one yang baru2 jugak pregnant.
Saket hati plak asenyer but i really concern on them and giving them my advise, hikhik!
Padahal sendirik yang tak pandai jage diri, huhuhu.
I wont let that happen to my friend, coz it sucks!
The feeling, last long!

Skrg ni aku dah pass 3rd time period after abortion, it shud be okay kalo nak get pregnant again,kan?
It shud be safe and clean,kan? I just worried that something might be the obstacle again, no, not again please
I frequently surf on internet on getting pregnant after abortion, read some stories from others yang ade alami hal yang same ngan aku. Agak eksaited to make it happen again, tau tak! Chaiyok2! hahaha. Cheers!!

You know what, after what had happen my husband and i realize that ape yang jadi adelah kerane kesalahan2 kami di mase lalu. Maybe. We are human being, mane lepas dari buat salah,kan? So, this is what God plan for us, to clean out the mess that we did before, huhuhu. Siannyer sbb my bby yang tanggung if it's true :,(

Bukan tu je, malah as a normal human, kami memang selalu lalai dalam mencari keredhaanNya. So, Allah pun uji kami sedikit to make sure that we wake up from our nap. Now im waking up.
Aku sedar akan kesilapan2 lalu and i had repent. Semoge Allah terime taubat aku dan suami.

Skrg ni, aku cume mengharap dan redha ngan plan yang Tuhan dah tentukan utk kami.
But, we did a liltle usehe la jugak,kan. Sape tahu, it might change our destiny.
Tolong doakan aku ye,kawan2!
InsyaAllah.


regards!

Monday, September 5, 2011

+ Raye & Dugaan . . .+

Salam Sume! Selamat Hari Raye! Maaf Zahir Batin!
Mesti korang sume maseh dalam mud raye,kan?
Aku ni memule jerk semangat gaban nak beraye, dah tu makin hari makin lemau mud ni tenggelam,huhu.

Ape2 pun, aku hepi sebab first time dapat duit raye daripade seorang lelaki bername suami  ;)
Thanks abang. . .Love u!! hehe. Thaun depan bagi lebih lagi yerk! :p

Camne ngan raye korang? Havoc tak?
Raye aku sederhane jerk walaupun persiapan ye2 tak sudah, hahaha.

Pagi raye aku keje, ni dah jadi routine sejak aku keje ngan SUK Johor ni. Raye pertame aku kene jadik tuan umah kat umah bos, hehe. But, tahun ni aku lambat sket la sebab tahun ni dah ade suami. Perlu gi keje ngan izin suami tuk mengelakkan sebarang dose2,huhu. Alhamdulillah, aku berkahwin ngan seorang lelaki yang sangat memahami. Walaupun ade la sket kesh tak pueh hati sebab bini kene keje tapi hubby izinkan jugak. It is one of my responsible towards my employer. Ampun abang. .

Balik dari keje, aku terus gi jemput keluarge aku yang terdiri daripede mama yang hot!, kakak ku si kilaliyana, ayang the troublemaker & sarah si gile anime. Sume dah siap berbaju raye. Aku amek dorang tuk dibawa kerumah mentua ku. So, both family dapat la beraye bersame2, alhamdulillah  :). Love my sweet big happy family sekarang, really love it!

Setelah mereka beraye bersame, make tibe mase nak beraye ngan sebelah mama plak. So, kami gerak ke kluang, Johor. Hujan bukan men mencurah2, ibarat orang jirus air dari beldi tuh. Mak aiiihh! memang dasyat ujan ari tu. Dah ler nak gi kebun paklong kene meredah segala belukar bagai. Dok kebun pun takde buat ape2 sebab ujan kan. Tak dapat la panjat pokok2 buah. Pas balik dari Kluang, singgah umah pak long kat Bandar Tenggara, Kulai. Makan la kat umah mak long ngan gelojohnyer sebab pas ujan pasti kebuluran  :).

Malam tu, penuh sejarah sebab kitorang reramai tido kat ruang tamu ngan mama skali. Memasing kepenatan sebenanrnyer, sebelum tido tu layan cter Mantera, memang terbaek!. Aku pun tak pasan bile aku terlelap, sedar2 jerk dah pagi. Naseb ayam tolong kejut  ;)


Dugaan
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Baru semalam aku dan encek hubby mendapat perkhabaran yang tak bape best ;(, dugaan lagi dalam perkahwinan kami. Mungkin ini balasan atas kenakalan or kekhilafan kami di mase dulu. Ternyate sesalan dah tiada makne. Hurm,,actually takde la teruk mane pun perkhabaran tu cume aku risau ia akan memudaratkan dalam jangka mase panjang nnt. Dan aku sangat takut ia akan memberi kesan dalam rumah tangge kami.

"Aku redha andai aku tidak ditakdirkan tuk memiliki anugerah amanah zuriat dariMu, Ya Allah, aku terime takdirku tetapi jangan kau pisahkan aku dan suamiku kerana aku sangat takut dengan berase kecewa akibat kehilangan cinta hatiku. Jangan kau ambil suamiku dariku selagi belum aku puas berase kaseh dan sayangnye. Lindungilah kami dari hasutan jin dan syaitan. Lindungilah kami dari api nerakaMu, Jauhkanlah kami dari azabMu. Ya Allah, sesungguhnyer aku sangat mencintai suamiku, keluargaku dan hanya cinta dariMu dan mereka yang aku perlu dalam pengembaraan hidupku. Semoga kau mengizinkan suamiku serta rahmatMu tuk terus bersama diriku. Panjangkan la jodoh kami, Ya Allah. PadaMu sahaja aku meminta. . ."

Really mean it. Redha & Tawakal.

regards!