Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

+ Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin +

"Kenape nak ade pantang larang plak emak? Kan nak kawen jerk, bukan ape pun. ."
Ayat yang bakal mendapat tamparan back hand dari mak2 anda. Pppaaannnnnngggggg!
Hamek ko sebijik! kehkehkehkeh. .

Untuk korang2 or adek2 yang tak tau, orang melayu ni sangat la terkenal ngan adat budaye dan pantang larang bukan sahaje tuk bakal raja sehari ye, tapi tuk kite2 sume dalam penjagaan diri sehari-harian.
But, for today, i wanna share some petua orang dolu2 ngan korang2 sume yang rajin sangat search artikel pasal kawen2. Besides of having a pleasure wedding celebration, kite jangan la lupe nak amalkan petua orang dulu2 ni, mungkin kadang2 cam tak masuk dek akal but end up kite akan cakap cenggini..
"Oh, patut la petua tu kate. . . . "

So, here goes your petua, sile bace dan amalkan okeh!

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga bleh menerbitkan rasa rindu antare dua mempelai. Aduh, ayat memang tak hengat but it's true. Cume masalahnyer, pasangan bakal pengantin sekarang ni menguruskan majlis secare bersame, nak beli riben pun nak gi beli sesame. Camne? Haa, ni la tujuannyer tuk ade kawan, bleh temankan korang sebagai pengganti bakal suami.

2. Jgn tidur dirumah orang / bakal pasangan takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga. Yang ni sebenarnyer lebih kepade menjage name baik keluarge, sebab belum ape2 lagi ko dah gi bertunjet kat umah orang nak buat ape, kan. Cam tak tau malu plak. Ish, jage etika dan kesopanan kite sebagai wanita okeh!

3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik. Haaa, nampak tu, seram tak? Orang tua tua ni suke sangat momokkan anak dulu, ni adelah care dorang nak jage perilaku anak, sekarang dah takleh pakai lagi neh,ekekeke. Actually, ia adelah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini, sebab malang tak berbau,kan? Mak kite tak nak majlis nikah bertukar majlis tahlil plak nanti, nauzubillah, mintak dijauhkan. So, ikut petua ni tau!

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. Okey, kene betulkan sket petua ni, bukan gulai berkuah jerk malah sup2 pun bleh membuncetkan perut. Tuk pastikan perut tak cam orang mengandung 2 bulan kat atas pelamin nanti, jage la makan dan kalo bleh minum air setengah jam selepas makan.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering. Hahaha, perangai ni korang bleh buat kalo korang nak kawen lagi sebulan sebab bau bleh sempat hilang, tapi kalo esok nak nikah, malam ni ko pakai melantak durian, petai, jering segale bagai, sok tok kadi pengsan!

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. Yang ni aku tak sure plak sejauh mane kebenaranyer, sebab orang dulo2 suke men santau2 kan. Kalo korang rase releven, bleh la ikut ye tapi kene pastikan korang kemas tanpe bercermin untuk mengelakkan orang bersangke korang adelah hantu tepung gomak.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. Haaa, camno nak eksplen ni? Skerang orang membuang kek tandas, memang satu mangkuk yo, camno gamak aih? hahaha. Aku pun pening ngan petua ni, sebab ikutkan zaman sekarang memang tak relevan,kan?

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. Ini sekaligus bleh manjage kesihatan pasangan mempelai, nak kawen, nak ade anak bini, takkan nak hidap penyakit berbahaye plak, kan?

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. Ni same la ngan yang kat atas, haruslah menjage kesihatan supaye performance memuaskan.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. Kalo untuk kesihatan tak kire la siang atau malam ye adek2.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. Orang sekarang bukan sibuk nak ngurut tapi sbuk manjekan diri kat spa,kan? Urutan tradisional sebenarnyer bagus tuk memulihkan otot2 dan persediaan malam pertame andaaa. Pesal eksaited sampai terlebih huruf A disitu? hahaha.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. Biasenyer ni amalan tuk orang lelaki sebab ia dipercayai bleh mengencangkan tahap performance anda. Sile cube. eheh. Perkataan kencang adekah okeh disitu?

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin seminggu sebelum. Ni plak tuk elak korang mengeluarkan bunyi kurang sopan ketika di atas pelamin ye. Orang sibuk menepung tawar, korang sbuk melepaskan gas pemedih mate dan hidung pule. Sile avoid perkare tak senonoh ini!

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. Okeh, ini sangat penting sebab perkahwinan merupakan pertambahan tanggungjawab pade lelaki dan juge pade wanita make korang haruslah menebalkan dade ngan ilmu rumah tangge bukan semate2 nak lepas soklan tok kadi jerk tau!

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri. Ini untuk mengelakkan korang berase kurang puas dengan layanan dan prestasi pasangan kamu. Ini kan pertame kali, sudah pasti agak tersipu2 malu, belajar la dari kesilapan ;) then next time, bleh la make it more better and better! (Pade adek2 bawah umur, sile pastikan adek2 membace dengan pengawasan parent okey, kalo tak faham tanyer!)

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari. Petua ini adelah tuk mengelakkan kelesuan di wajah pengantin dan elakkan stress. Kalo kurang tdo kite akan stress, bile kite stress kite ase nak marah. Hilang keayuan. Please okay!

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok. Okey, ni haruslah diamalkan even dah lepas majlis korang. Boths are not good for your health.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Seminggu sebelum kawen jangan korang ngade2 kate teringin nak ke pantai plak, len la kalo kulit korang putih gebu cam mat salleh tuh.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin. Timun juge dikatekan tidak bagus tuk unit pemprosesan anak,huhu.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. Kedua2 mempelai seharusnyer sedar malam pertame merupekan detik bersejarah bagi korang, so, buat la persediaan sebaik2nyer, tau!

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. Jage lah amalan kite, solat kite, hubungan kite dengan Allah, Insyaallah, Allah akan melancarkan segale majlis dan perancangan kite.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. Ini berikutan keadaan dalam kite yang stress, risau, berdebar dan pemakan yang tidak baik bleh mengganggu kesihatan kite.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). Okeh, korang kene jadi lebih exclusive pade keluarge sebelah lelaki supaye bile di hari perkahwinan mereka melihat korang ngan penuh impressed.

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. Sile faham maksud nikah gantung dulu dan kemudian anda bleh fikir sendiri kenape petua ni dibuat ;)

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan. Bukan maksud bawak adek korang tido bersame dan menjadi hakim. Owh, tidak! Maksud disini adelah jangan gelojoh tak sempat tetamu balik korang dah berjimak! Sabar2 la, malam pertame tak semestinye pade hari korang dinikahkan. faham?

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. Dikhuatiri menyakiti hati sesiape lebih2 lagi ahli keluarge dan bleh mengakibatkan keadaan dan situasi yang kurang best.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. Ini bleh di pinta pade mak andam agar jangan di cukur bulu kening, cukup la sekadar di rapikan.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh orang lain kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. Hahaha, kalo nak lebih mujarab, korang lempar la suar dalam yang korang dah pakai. Sure menjadi.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

cukup tak petua2 di atas?
Kalo bagi lagi banyak belum tentu sume kite bleh ikut kan?
But, any how, korang try la tuk ikut petua orang dulu2 ni sebab ade gak baiknyer.
Selamat menjadi pengantin!

regards!

1 comment: