Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 3, 2012

Silence Killer vs Pap Smear !


Rase lega plak bile dah buat pap smear! Yeah. Last friday, aku gi buat ujian pap smear kat Hospital Besar Kulaijaya. Kebetulan dorang ade buat ceramah pasal kanser serviks ni dan menggalakkan sume kakitangan kerajaan kat Kulai untuk join. Sebab somi aku ni laki dan takleh nak buat ujian ni, die daftarkan la name isteri tercinte die nih..mase kat kaunter, misi tu siap puji-puji laki aku sebab daftarkan name aku, hehehe. Tapi aku tak gitau pun kat die, isau die kembang semangkuk plak nanti. Gipun, hal ni tak penting. hahaha.

Lepas dah daftar, dapat beg goodies yang dipenuhi ngan makanan percume serte air pembasah tekak. Sape yang tak nak ooii, datang nak buat pap smear tapi dapat segale bagai makanan. Siap dapat tuala good morning lagi, due helai plak tuh, ekekeke. Yahuu! Dah tu, aku gi la duduk dengar ceramah jap. Actually, ramai wanita Malaysia yang tak perasan yang kite ni terdedah pade jangkitan kuman di bahagian sulit kite, sebab kanser ni takde spesifik  simptom yang menunjukkan kite sakit. Adoi, inilah silence killer wahai wanita!!

Pas abes je ceramah, aku tengok orang yang tadi dok khusyuk dengar ceramah sume dah sibuk-sibuk nak balik. Aik? Tak nak buat ujian ke? Bile jumpe ngan member aku sorang nih, die kate takut nak buat. Loh! Nak takut ape plak..ceh! Sebab tak ramai yang buat, so, ujian tu kejap jelah. Aku ni sebab memikirkan kesihatan diri, kalo nak tunggu-tunggu ntah bile lagi nak buat. Plak tu, misi tu dah puji-pujian kat laki aku yang sangat concern pasal bini die yang comel nih, buat jelah! hahaha.



Lebih kurang cemnih la proses pengambilan sample dari dinding rahim kite tuh. Tak sakit pun. Kalo ade yang kate sakit la, macam nak nangis la. Tipu je tuh. hehehe. Mase ujian tu actually, doktor dah bleh pasan kalo kite ade tande-tande dijangkiti sebab dinding rahim yang dijangkiti dan yang sehat tak same. Kalo korang memang ade tande-tande dijangkiti kanser serviks, jangan isau sebab korang akan terus dihantar untuk rawatan. Efisyen kan?

Meh aku share sket info pasal pap smear yang aku hamek dari alam hamil

Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.
Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.
Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. - Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. - Mereka yang bertukar-tukar pasangan seks.
  3. - Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. - Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. - Perokok
  6. - Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
Harap-harap entry ni bleh bagi kesedaran pade wanita-wanita yang kat luar sane. Mencegah lebih baik daripada mengubati!
Marilah hidup sehat!
*curik gambar mama, izzah, adik dan kekasih hatinyer (erk??) mase gi USS*

Bai!
Love.Izrin

2 comments:

  1. camne pakaian mase buat pap smear?

    ReplyDelete
  2. lebih mudah kalau pakai dress or baju kurung..elakkan pakai seluar :)

    ReplyDelete