disini akan dicoretkan segala perjalanan kami berdue dalam perancangan tuk ke hari bahagia. idea ni datang daripada Anuar yang nak hari2 persiapan perkahwinan kami dicoretkan. jadi kami pun dah sebulat suare nak coretkan perjalanan hidup kami sebelum dan selepas kawen. sehinggalah kewujudan Anuar dan Izrin Junior! hehe.
kalo dihitung mmg la mase agak suntuk. kire2 tinggal kurang dari 10bulan je lagik. takut jugak aku nak melangkah ke alam perkahwinan. yelah. tanggungjawab sebagai isteri bukan mudah. apalagi bile berkahwin, banyak hati yang perlu dijage.kan. sedangkan dalam alam pertunagan ni pun macam2 yang dah kami telan. orang mengata. mencabar sungguh! kadang2 hati ni mmg tak tahan dengan kate2 dari mulut orang tapi tulah, mulut orang kite bukan boleh tutup,kan.
haha. yang kelakarnyer kunun2 kitorg nak limit la berdating2 ni pas tunang tapi takleh malah makin banyak lak mase dating. walaupun pas tunang aku ditukarkan tempat keje n nuar dah bli umah yang agak jauh dari umah aku. haha. mama ngan mak ade jugak bising.hehe. nakal!
sejak kebelakangan ni kitorg mmg banyak lah sangat berselisih faham. orang kate tu normal lelagi kalo nak kawen dah. tapi penat tau merajuk. marah. geram.ish! tapi semakin hari jugak, aku dan nuar semakin sayang menyayangi antare satu same lain. pecaye tak, pergaduhan tulah yang mengeratkan lagi ikatan antare kami.
really? haha. mungkin kerana aku dan anuar sangat optimis dalam sesuatu bende. jadi setiap pergaduhan yang kitorg lalui kite anggap macam proses mengenal diri masing2 dengan lebih mendalam. dari situ jugak la kasih sayang kami semakin kuat. ditambah lagi ngan masalah2 yang kitorg hadapi. fuh! tapi alhamdullillah, kami masih bersama.
camne aku dan anuar kenal? haha. cerite lame. yang pasti aku lah yang ngurat anuar. time tu anuar ni jual mahal. tengok sekarang? hehe. tapi memule kitorg kawan je sebab anuar tak suke pun ngan aku. haha. kelakar kalo ingat kisah kitorg dan tak sangke we end up like this dan sekarang tengah merancang pun nak kawen.
No comments:
Post a Comment