Tuesday, July 26, 2011
+ Meh citer pasal azam! +
+ Aku dan Binatang +
Wednesday, July 20, 2011
+ Kisah Basikal Roda Tiga +
Lebih kurang cemni la basikal Mountain Bike kitorang but in Yellowish!
Basikal tu banyak berjasa ngan kitorang. Tolong bawak aku gi kedai, gi tusyen, gi makan angin, gi pasar malam. Banyak la tempat aku dan basikal telah bertenet. Cam sepasang kekasih plak aku ngan basikal ni, hehe. Kekadang jadik tempat aku bersidai kat balkoni umah, tempat sidai kain, sidai bantal, sangkut suar sepend, stokin busuk. Eheh! Keluarge aku kan intelligent!
Bukan tu sahaje, malah basikal aku kadang2 jadik "umpan" tuk ngurat jejaka2 idaman malaya. Aiceh! Mane taknyer, petang2 gi kayuh basikal sambil dengan sengajenyer mengerbang2kan rambut yang ikal mayang. Ade la 10 orang gak terpikat dek kerana ternampak keayuan aku mengayuh basikal. Time kaseh basikal! haha.
Tu kisah aku ngan basikal, korang camne plak? ^^
regards!
+ kisah Itik dan Kura-kura +
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.
Thursday, July 14, 2011
+ argh! sudah la ! +
+ Perigi mencari-cari si Timba +
Tuesday, July 12, 2011
+ sunday fever +
Friday, July 8, 2011
+ beautiful birthday +
Wednesday, July 6, 2011
+ kemurungan & perselisihan faham = asam garam umah tangge +
Tuesday, July 5, 2011
+ ada ape dengan VICTORIA BECKHAM +
mase die ngan spice girl dulu, die tak lah femes sgt pun.
sebab perwatakan die yang sentiase 'serius'
dan kerana kawan2 spice girl len yang len menonjol.
tapi reputasi beliau melonjak2 selepas berkahwin ngan david beckham.
ouch!
romantisnyer mereka.
walaupun rumah tangge mereka kerap dilanda gosip2 murahan.
but, they still in love sampai skrg.
mungkin kite tak tau ape yang mereka lalu.
it might be hard but they look happy with each other dan sekarang menghitung hari menunggu kelahiran baby girl meraka ;)
well,,sob,sob,,meleleh hingus
kenapelah mereka sgt cute together!
kenape nak cter sal dorang?
saje jerk sbb saye minat both of them.
dan mungkin kepingin memiliki suami cam beckham. (*_*)<--berangan!
he always love victoria.
saye pecaye david tak pernah curang (buat ape nak curang, bini ko cantek gile kut!)
saye lebih2 suke dorang bile they have kids, cute kids.
dan famili mereka look happy in and out.
hurm, bile saye nak ade anak cam mereka ni?! (T_T)
regards!
moral of the story today : JELES NGAN VICTORIA sehingga terciptanye entry ini. sekian terime kasih.
Monday, July 4, 2011
+ R.O.K.O.K +
ape lagi yang kerajaan nak buat tuk dapatkan kesedaran rakyat tentang bahaye merokok?
kat kotak rokok tu terpampang la gambar2 kesan akibat daripade merokok. tapi perokok ni ape kisah ngan gambar2 tu,kan? lagi beli sedozen adelah. siap order ngan mamak, "ane, rokok dunhill gambar tekak terkeluar unne! "
cait! tidak beradap sopan sungguh la mereka2 ini. kerajaan pun dah ambil one of the way to prevent damages cause by asap rokok which is isytiharkan beberape kawasan awam sebagai kawasan NO SMOKING ZONE!
salah seorang daripade perokok tegar daripade berjuta2 orang kat Mesia ni adelah cinte hati saye KHAIRUL ANUAR.
argh. camne lagi nak buat enchek anuar ni berhenti isap rokok. Janji? dah dimungkiri pun sbb janji kalo kawena benti, ni dah nak masuk 4 bulan kawen, seems like no changes. sangat hampe!
it's not only for me but also for you darling.
sile la berhenti isap rokok tu sebab kadang2 tak tahan bau asap rokok especially in a long journey and u had to smoking tuk hilangkan rase ngantuk. ase nak pensan!!
oh, yes! lagi perihal sang perokok tegar ni.
argh. kenape la kamu orang sungguh tidak rasional, menghisap rokok dalam kawasan berhawa dingin???!!!!
sangat haru sbb kami terpakse berlari bergelimpangan mencari udara segar. apelah, patut kan tau dalam kawasan berhawa dingin mane bleh isap rokok!