Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 30, 2012

Weird Wedding Idea yet Nice!

Salam Senin kengkawan.
Memule nak ucap time kaseh kat korang sbb rajin nak bace celoteh aku.. (^^)
Walaupun ade yang just 'sneak peak', but at least my reader graph increase! Toce! Nandri! Thank You!
Time kaseh! Hahaha.

Okeh. Ini serius.
Aku nak cter pasal wedding..
Abang ipar aku nak kawen, so, aku diberikan tugasan untuk menyiapkan barangan hantaran.
Aku agak eksaited, memandangkan aku memang suke buat creative works.
But, somehow, aku risau plak sbb aku dah lame tak buat keje2 ni since my wedding *oh, sudah lame*
Ape cite la ngan pistol tembak aku dan peniti2 sume, dah berkarat agaknyer.

So, tadi aku pun dok cuci2 mate tengok latest hantaran ideas on google.
But, guest what i found?!
A very weird but nice wedding theme!
OMG, nape la tak terfikir mase kawen dulu nak buat something yang pelik but meninggalkan kesan camni.
Rase cam nak kawen lagi jek..

okeh, mari kite 'pos motem' wedding pix mereka yang membuatkan aku jatuh hati.
Yang lebih best, they are Malaysian! *aaahhhh, i love Malaysian people*

What i can really say is, they made the outdoor wedding really interesting.
I guest their wedding theme is "kandang kude" or "cowboy"
Tapi memang aku respek la keberanian dorang amek wedding theme yang orang tak berani buat.


Ini pengantin. Bride n groom.
Spot their 'bunga pahar', nice kan?
sape yang tak terpikat sile butekan mate sekarang!
And, look at simple 'selipar' wearing by the groom.


hiasan meja makan damai memang sempoi.
But I really adore!


tada!! The dais!
Ohsem kan? Nampak cam men pondok2 je tapi sangat mengujakan!!



it's the centrepiece and signage. rawk!


rasenyer ini doorgift. cute!


I love the meja makan concept. Simple and cozy.
I love the chair, i love the table cloth..love..love..love..


Hiasan dari sudut2 lain.


lovely bride.

Oh, siapekah gerangan pasangan ini dan butik mane yang dah merealisasikan impian dorang?
I should give them a personal compliment for their touch.
Ape2 pun, i really love the concept. Sangat simple, cool, santai..totally in love!

Hah! Aku tau ramai kenkawan aku yang dah plan nak kawen, haha.
Maseh mencari2 wedding theme? why not try something yang weird camni..
Kalo korang berani and wedding planner korang sanggup buat la. hahaha.

Whatever it is, i will keep digging and looking for interesting wedding theme and share ngan korang okay.
So, keep reading my blog (^^)

Stay tune. Loves!

Friday, April 27, 2012

Now Everybody Wants to Get Married!

Hello guys & girls.. \(^^)/
pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Mei, kan?
Cepatnyer mase berlalu..
Dah hampir due bulan aku dok kuarters..
Dah due bulan gak aku 'berlatih' memasak tuk somi tercinte..sampai dah expert dah!
*idung kembang kempis*
Dah hampir due bulan jugak aku tak driving..*oh bahagianya hidup ini...*

Knape ngan bulan Mei?
Sebab 01 Mei adelah hari pekerja, so boley la dating kat umah 24jam! hehehe. Eh! bukan tu.
Ape yang lebih havoc adelah, kedatangan kad jemputan kawen yang berduyun2 ke pos box umah..
Alhamdulillah Ya Allah, ramai dah kawan2 aku yang akan mendirikan masjid..
Syukur Tuhan dah permudahkan jodoh mereka.. =)
Ramai jugak yang dah terbukak hatinyer tuk kawen, walaupun memule kate "tak plan lagi la..."
Last2, terkena gak panahan cinte. Tak plan kunun. ceh!
Hei, best tau kawen! hahaha.

Gipun, perkahwinan adelah sesuatu perkara yang baik, knape nak sorok2 plak,kan?
Even ratu kontroversi, Fasha Sandha pun dah kawen hari nih..
Sape tak tau bleh la usha kat sini..fasha sandha sibuk berinai..
Tak ketinggalan Malaysian Sweetheart, Scha & Awal pon sbuk nak kawen gak..kad kawen schawal!

Pade kawan2 yang dah invite secare realiti or maya,
thanks tau!
Mane yang sempat, insyaallah kami datang :)
Semoge persiapan korang berjalan dengan lancar sehingga selesai majlis nnt k!

Nak tips?
Yok bace kat sini..entry aku sebelum ni lelaki vs suami
Hopely dapat la description sal lelaki yang bergelar suami..haha.

ok la korang, nnt aku tulis and share lagi k.
kalo korang rajin, follow la blog aku ea :)
regards!

Tuesday, April 24, 2012

Kenape Orang Pompuan MEMBEBEL ?


Assalamualaikum..
Topik yang mesti menarik perhatian penuh kaum lelaki, kan?
Lelagi korang yang dah kawen,kan?
Sebab selalunyer, pompuan kalo dah berstatus 'isteri' sure akan otometik jadik kuat membebel.
Tambah2 lagi kalo dah ade anak..lagi ler kuat bebelan die..
Pompuan kalo time couple lagik dah kuat membebel, sure la korang dah reject awal2,kan?
Kalo survey chart aku bleh trace reader lelaki ke pompuan tuk setiap entry kan besh! hahaha.

Mesti orang lelaki selalu pikir;
"kenape la pompuan ni kuat membebel?? Tak penat ke?" hahaha.
Actually, kite orang pompuan pun tak sure knape la kite ni di cop "kaki membebel", betul tak?
Tapi cube orang lelaki amek butir kate pompuan yang tengah membebel tuh, ade point tak?
Or just cakap2 kosong?
Aku rase pompuan takkan membebel tanpa sebab! *yakin* (^^)/

Sebab semalam aku baru jep membebelkan encek somi :)
Bile aku pikir2 balik, aku rase aku membebel sebab aku penat.
yelah, aku balik terus je ke dapur memasak, tak sempat nak rehat2.
Yang encek somi ni plak, sampai jep umah terus mengadap laptop men game.
Uish, tak 'konsider' langsung kat aku yang kelam kabut masak nih.

Bile aku cakap pasal 'konsider', encek somi kate die konsider la sbb tu tolong aku basuh baju.
Okeh, ni kekdahnyer cam berkire plak,kan?
Tapi kat umah tu, bukan kene basuh baju hari2 pon.
Kirenyer sume keje kat umah tu tanggungjawab isteri ke??
Abeh, dalam rumah tangge lelaki hanya 'suami' semate2 ke?

Aduiihh lelaki..pelis dong.
Kalo korang penat keje, orang pompuan pun penat gak.
Kan best kalo somi bleh tolong isteri memasak kat dapur, bukan ke lebih romantik! Aauuuwww!

Antare sebab lain yang memungkinkan bebelan dari sang wanita adalah;

1. Inginkan Perhatian.

Cube korang, yang lelaki ni, due tige hari ni balik rumah and buat tak endah jep ngan isteri korang. Pastu sok luse aku nak korang komen kat comment box aku ape reaksi dari isteri korang. Sure dorang membebel. hahaha. Ini sebabnyer wanita memang sangat sukekan perhatian dari lelaki. Bile korang cube ignore dorang, sure dorang akan bertanye2 dan seterusnyer..membebel!

2. Tanda Peringatan.

Okeh, this one make sense! Cam aku cakap tadi, pompuan membebel sure bersebab. Antarenyer adalah untuk memperbetulkan mane yang salah. Kalo tak buat camni sure lelaki amek mudah je sesuatu perkara tu,kan?? Bukan sume bende boleh setel dengan 'berlalunyer mase' okey!

3. Geram & Marah.

As you guys know, orang pompuan ni unpredictable.hahaha. Lebih2 lagi dari segi emosi. So, bile emosi tak stabil, mule la nak ber taek kwan do jep. Oleh kerana kenkadang tak mampu nak bersilat bagai, tu yang amek pendekatan mudah dengan MEMBEBEL. Walhal yang digeramkan tu bende lain, tapi bleh je bende2 len sume terbabit bile emosi menguasai diri.

4. Menghilangkan Stress.

Terdapat satu kajian dan fakta yang menunjukkan bahawasanya wanita memerlukan 20 000-24 000 patah perkataan sehari untuk menghilangkan stress dan meredakan kemurungan berbanding lelaki yang hanya memperuntukkan 7 000-9 000 patah perkataan sehari untuk tujuan yang sama. Kesian.
Tapi fakta ni tak semestinya tuk acare membebel saje, bleh gak menyanyi, bercakap sambil menangis dan lain2. Huish, betul la. *teruja!*

5. Kerana Sayang.

Hahaha. Ni ada logiknya! sbb aku pun selalu gune sebab ni kat encek somi;
"sayang membebel ni sebab sayang and concern kat abang, kalo sayang tak sayangkan abang, sayang takkan membebel punyer la!"
eceh! mase cakap reason ni haruslah meyakinkan. Tapi betul la, kalo kite tak heran ngan seseorang tuh, ade ke kite sebok2 nak gi bebel kat orang tu? Takde kan? Sebab kite sayangkan seseorang la yang mendorong kite tuk membebel. Peace!

6. Kerana Naluri Keibuan.

sobs..sobs..asal cakap pasal keibuan je mesti nak sentap.
Setiap ibu, emak, mak, mama, amma sure akan kuat membebel sbb nak mengasuh anak2 supaye jadik orang..kan? kalo tak dipiat tinge, tak dicubit secukup rase..ase aku pun tak jadik orang skrg ni..
Tapi memang naluri keibuan mengalir deras dalam diriku ini, cewah! Ingat lagi ade orang ni penah cakap ngan aku yang die suke tengok muke aku sbb walaupun aku ni cam budak2 tapi sekilas wajah aku tampak ciri keibuan..fuh. Alhamdulillah. Patut la aku kuat gak membebel :)

7. Kerana Tuhan Kurniakan Mulut.

Hahaha. Reason paling sempoi. Betul gak kan? Aku punyer mulut, aku punyer suke lah!



Okeh la mak cik!

Regards!

Friday, April 20, 2012

kekasih - Imam Al-Ghazali

Salam korang!
Hey, it's Friday! *eksaited*
Sok cuti,kan? Bestnyer!
Bleh la dok lepak kat umah dari pagi sampai malam,kan? kan? kan?
Syok! (^^)

Alhamdulillah, kite maseh bernafas lagi hari ni.
Syukur pada Tuhan atas kurniaan kehidupan yang baik hari ni, semoga ianya akan terus baik.
Hari ni nak share kata2 dari Imam Ghazali yang sangat mendalam maksudnya.
ia baik dan boleh dijadikan iktibar dan panduan.

"Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini..
Maka aku saksikanlah bahawa
tiap-tiap mereka
mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat.
 
Sebahagian daripada kekasih itu
hanya mendampingi
sampai ke sakit yang membawa maut
dan sebahagian hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu
kesemuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya seorang diri.
 
Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkan di dalamnya.
Yang demikian tidak kudapati selain amal yang soleh.
Sebab itu
maka kuambil ia menjadi kekasihku
supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kubur
menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."

renung2kan dan selamat beramal!
regards.

Thursday, April 19, 2012

Tawa Anak Kecil..

Salam korang!
Kejap je minggu ni dah sampai hari Khamis,kan?
Cepatnyer mase berlalu sekarang..
How was your week so far?
Aku biase2 je, keje, makan, tdo dan lain2. hehehe.

Lepas lime belas hari dari hari aku keguguran ritu, nampaknyer aku maseh belum 'move on'!
urgh, susahnyer nak melepaskan sesuatu yang kite nak sangat,kan?
aku ingat aku kuat, tapi tidak jugak
namun kene jugak kuatkan hati :)

Semalam balik dari opis, aku terus solat Asar.
Cam biase la, solat kat bilik.
Dan macam biase gak kicauan burung memang merdu dengar dari corong yang ade dalam bilik air.
Lebih2 lagi rumah sunyi petang2 camni, budak2 belum kuar bermain kat depan tuh.
Memang terase sangat tenang.
Indahnyer rase balik rumah selepas seharian kat opis yang sejuk macam peti ais!

Mase tahhiyat akhir solat semalam, kedengaran sayup2 bunyi suare tawa kanak2 kecil.
Bunyinya berselang dengan kicauan burung.
Sayup aje bunyinya namun telinga aku pantas jugak menangkap bunyi tuh.
Bunyi tu seolah2 due orang budak sedang mengusik sesame sendirik.
Jarang budak2 main kat belakang rumah aku tuh, biasenyer dorang main kat depan.
Terus aku sentap.
Bukan takut, tapi rase rindu.

Terus dalam hati aku terdetik "anak2 ibu..."
Terus aku menangis..menangis semahunya.
Aku rindu dengan 'anak2' aku.
Aku tau bunyi cam bongok jep, rindu pade orang yang kite tak pernah jumpe.
Tapi ntah knape, hati ni rase rindu sangat2 kat 'dorang'.
Semoga 'mereka' berada dalam lindungan Allah dan semoga satu hari nanti kami akan dipertemukan jugak.

Ya Allah,
kau kuatkanlah hati aku ini dalam menerima dugaanMu.
Sesungguhnya aku redha dengan qada' dan qadar yang kau telah tetapkan untuk aku.
Hanya padaMu, Ya Allah aku meminta dan memohon.
Amin, Ya Rabbal Al Amin.

Semoga kite 'sekeluarga' akan ditemukan disana nanti, amin.


regards.

Monday, April 16, 2012

CATALYST

Salam!
have you guys ever heard of catalyst product??
ala, produk yang tengah hangat dipasaran tuh..*makcik kepoh*
haaa, tau kan??
Produk yang berasaskan bahan2 semulajadi dan yang penting buatan Malaysia!


*klik untuk tumbesaran*

Catalyst ade produce beberape produk kesihatan yang berasaskan bahan2 semulajadi.
Produk yang terlaris dipasaran sekarang ni adelah VIRGIN COCONUT OIL(VCO) yang boleh didapati dalam bentuk softgel atau pun syrup.
Berbeza dengan produk2 minyak kelapa dara yang ada dipasaran, produk dari catalyst ni diperbuat daripada 100% bahan semulajadi.
Insyaalah, tiada kesan sampingan :)

Aku sendiri menggunakan produk VCO ni sejak beberapa bulan,
ternyate hasilnyer sangat menakjubkan!!
Antare hasilnyer;

- kulit lebih bersih, kurang pertumbuhan jerawat
- kulit lebih lembut and moist
- pencernaan lebih bagus *since i have a digestion problem :)*
- terase lebih aktif selepas beberape bulan pengambilan

Insyaallah, aku akan teruskan pengambilan VCO sebagai suplemen sbb ia juga mengandungi zat2 dan vitamin2 yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Kalo korang rajin nak search, korang akan jumpe banyak lagi testimoni mereka2 yang menggunakan produk ni. Cayelah! Hargenyer pun berpatutan! *muke menyakinkan*

Lepas dah sekali try dan berpuas hati ngan hasilnyer, aku decide la tuk jadik agen.
So, pade sesape yang berminat nak tau pasal any of catalyst product ni, bleh la email aku ea..
kite bleh sembang2 dan share info :)

adios!

Dicelah-Celah Kota JB

Salam korang!
Happy Pinky Monday!
Knape nak blues,kan? walaupon tak seronok keje hari isnin, tapi tetap kne bangun pagi dan rushing to office, right? hehehe.
Dan setiap hari isnin, punch card pasti merah! huhu.
Incek somi yang antar, takleh nak F1 pepagi.

Semalam gi cuci mate kat PC Fair, venue : Persada Johor.
Pegi dengan harapan boley rembat sekor external hard disk dan tutti frutti free.
Malangnyer, tokei tutti frutti takde plak, punah la harapan nak tutti frutti free!
Dah la tu, orang kemain sesak. Memasing rakus nak beli gajet terbaru dan termurah.
Tu belum lagi yang dok berbincang serumpun kat tengah2 laluan, gile!
Kalo nak bincang pon, gi la sudut len, mangkuk!

Yelah, strategi kami adelah pegi dah lewat malam dengan harapan ade lelongan dan external hard disk boleh di'grab' dengan harge dibawah paras lutut.
Punah jugak, kalo turun pun, harge tetap tak memuaskan nafsu, hahaha.
Sbb tak nak balik ngan tangan kosong sambil berlenggang kangkung, incek somi decide untuk merembat set speaker Logitech siap dengan base. Cayalah!
Tambah lagi aset ngan gajet baru *nnt bleh wariskan kat anak2* :)
Balik umah terus inek somi men game counter strike ngan penoh kepuasan hati! Cheers!

Sebelum balik sempat gak singgah pasar karat, sbb kebetulan ade parking kosong, heh!
Terus la mencuci mate. Bleh tahan gak barang2 kat pasar karat nih.
Lame tak cium bau seget! (@_@)

ayang : eh, mee siput kat sini speacial tau! nak try tak? satu singget jep.
aku : ape yang sedap?
ayang : ko try ah dulu,,nanti baru ko tau. Memang speacial!
aku : okeh!

Lepas dah beli..

aku : ape yang speacial?
ayang : sebab makcik ni letak sambal. Sedap.
aku : erk? ni first time ke ko makan mee siput ngan sambal??
ayang : yelah, selalu kan makan gtu jep.
aku : err, mee siput memang makan ngan sambal. LOL!!

Kisahnyer, adik aku sorang ni first time makan mee siput ngan sambal, sebelum ni makan gtu jep. Haru!
Pas dah dapat mee siput, baru lah pegi grab air blended yang ade 30 PERISA!! - ntah betul ke tak sbb aku tak sempat kire bape byk perisa, tapi macam tak sampai 30 jep.
harge pon RM DUE HENGGET JE. tapi kalo tambah topping additional RM0.50.
Boleh tahan la air blended tuh, cume perisa die tu cam kedekut sgt. But, kurang manis tuh sgt okeh.
Dah dapat mee siput ngan air blended, kami pon nak balik.
*cam gi pasar karat tuk makanan je kan??*

owh, ye. Mase nak balik tu lalu la kat tempat public karoke.
Bukan men lagi akak tu nyanyi. Saket tinge aku lalu sebelah speaker dek lontaran vokal die. haha!
tapi yang sadisnyer adelah due orang makcik a.k.a nenek yang sbuk dok layan joget.
aku tak sure dorang tu maseh waras or dah nyanyuk.
tapi dalam hati aku terdetik rase kesian. huhu.
"manelah anak dorang ni ek..."
kalo aku tak sampai hati biarkan mak aku dijadikan bahan hiburan dan sindiran sinis orang cemtuh.
Insaf..insaf..

Tu belum lagi tengok scene 'lelaki sejati' dok tawar menawar harge ngan 'lelaki jadian', hahaha.
Kawasan tu kawasan india, so, miss2 sume haruslah indian.
Walaupun badan sasa, bile dah transform tu ase cam cun plak. haha.
Serius neh, ngan ketinggian yang lampai, badan udah di cucuk hormon, dress up saree. Cun!
aktiviti dorang kat celah2 bangunan, bajet orang tak nampak. hadoii!
Tapi tu lah realiti kota metroplitan,kan? :)

kekadang kalo survey JB memalam ni syok jugak,kan?
Di waktu2 aku takut nak kuar malam, ade gak mereka2 yang sangat aktif memalam.
Contohnyer cam, "temporary' litar sepang kat Jalan Skudai.
Wah, kemain sume dengan bakat kurniaan Tuhan! Superman bagai! Sume nak jadik hero.
Yang berkemampuan dengan ketenyer yang kadang2 dah tak macam kete. Cam jet, laju bebenor.
Aku suke jep kalo jadi penonton! kalo ade eksiden lagi horor,kan?? *jahat*

Haha. Tulah JB, yang tak pernah tido dan tak pernah sunyi.
Lain betul JB, nampak sangat aku dah lame tak turun bandar.
Kalo ade dok bandar pon, berkurung jep kat Hotel Grand Paragon.
Siang malam kelas vokal, tak sempat nak jenguk bandar.

Pasni, harus nak teroka bandar Jb lagi,kan??

regards!

Friday, April 13, 2012

Dugaan Lagi..

Salam sume..!
Dah lame rasenyer tak upload belog nih,,dah lebih sebulan,,
Rindu rasenyer nak menulis tapi idea kurang,,
tambahan lagi aku dan suami diduga dengan ujian Allah yang besar,,Innalillah~

Dalam setahun, dah dua kali aku keguguran..
sedeh sangat.
Yelah, pasangan mane yang berkahwin tapi tak nak zuriat,kan??
Zuriat tu anugerah Allah yang paling berharge,,
Tapi apekan daye, Tuhan lebih mengetahui ape yang terbaik tuk hambanya..
Kali kedua keguguran ni membuatkan aku lebih tabah menghadapinya..

Bukan kate tak sedih, tapi pengalaman dulu lebih mematangkan,,
kalo dulu aku asik nangis je, kali ni aku lebih rileks.
Bile dah kuar tande2 keguguran tuh memang aku dah berdoa supaya Allah kurangkan kesakitan yang akan aku rasai dan hapuskan segala kedukaan aku,,
Alhamdulillah, Allah Maha Adil. Doa aku dikabulkan.
Kesedihan tu ade namun maseh dapat ku hadapai berbanding dulu..

"Ya Allah, berilah aku peluang untuk memiliki walau seorang zuriat.."

Dalam pade aku kesedihan ni, alhamdulillah, ramai yang menyokong dan memberi semangat.
Terime kasih pade keluarga dan rakan2, lebih2 lagi suami..

Tapi ada jugak yang 'kondem' kami suami isteri..
takpe la, itu kami anggap sebagai angin lalu jep..masuk telinga kanan, kuar telinga kiri :)

Apa2 pun, aku maseh lagi percaye ngan rezeki Allah,,
dan kami maseh lagi berusehe, insyaallah.

Harap2 korang sume dapatlah mendoakan kesihatan kami,
dan mendoakan agar kami diberikan peluang untuk memiliki cahaya mata :)
Saye memang teringin sangat nak ade zuriat sendiri..T_T
Ya Allah, pada kau sahajalah aku meminta..

regards!