Salam korang!
Hey, it's Friday! *eksaited*
Sok cuti,kan? Bestnyer!
Bleh la dok lepak kat umah dari pagi sampai malam,kan? kan? kan?
Syok! (^^)
Alhamdulillah, kite maseh bernafas lagi hari ni.
Syukur pada Tuhan atas kurniaan kehidupan yang baik hari ni, semoga ianya akan terus baik.
Hari ni nak share kata2 dari Imam Ghazali yang sangat mendalam maksudnya.
ia baik dan boleh dijadikan iktibar dan panduan.
"Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini..
Maka aku saksikanlah bahawa
tiap-tiap mereka
mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat.
Sebahagian daripada kekasih itu
hanya mendampingi
sampai ke sakit yang membawa maut
dan sebahagian hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu
kesemuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya seorang diri.
Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkan di dalamnya.
Yang demikian tidak kudapati selain amal yang soleh.
Sebab itu
maka kuambil ia menjadi kekasihku
supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kubur
menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."
renung2kan dan selamat beramal!
regards.
No comments:
Post a Comment